83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 November 2019                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berlegar di tengah tengah Hari Thanksgiving.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama didagangkan dengan rata pada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu iaitu 98.25 di tengah-tengah pasaran AS ditutup. Pada cuti Thanksgiving, semua pasaran di AS akan mengalami pergerakan yang minimum dan kecairan yang nipis kerana tidak banyak data ekonomi yang penting akan dibebaskan dalam tempoh dua hari ini. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam peperangan perdagangan disebabkan oleh Presiden AS Donald Trump yang baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan menyokong rang undang-undang Hong Kong menyalakan ketakutan pasaran ke atas perjanjian perdagangan fasa 1 berkemungkinan tidak dapat dicapai. Semalam, China menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan balas terhadap AS sebagai urusan ekstradisi Hong Kong adalah hal ehwal dalaman China yang tidak membenarkan sebarang campur tangan oleh negara lain. Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai tindakan balas telah diumumkan daripada pentadbiran China lagi, oleh itu para peserta pasaran masih mengawasi lebih banyak perkembangan dalam perang perdagangan antara kedua-dua pihak. Selain itu, pasangan EUR/USD menaik meskipun CPI Jerman yang kecewa telah diumumkan pada malam tadi. CPI Jerman yang sebagai data pengukur inflasi maju gagal untuk merangsang sentimen pasaran euro memandangkan data tersebut dibebaskan pada bacaan -0.8%, lebih lemah daripada ramalan ahli ekonomi pada -0.6%. Semasa penulisan, indeks dolar menurun 0.04% ke 98.25 manakala EUR/USD meningkat 0.05% ke 1.1010.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun 0.33% ke $58.00 setong di tengah-tengah binaan inventori minyak mentah baru-baru ini dan sokongan Trump terhadap bil Hong Kong telah merosotkan prospek pasaran minyak mentah. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.13% ke $1456.00 se troy auns susulan dengan kekurangan faktor berisiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                                     Pasaran                Acara

Ditutup awal pada 2AM   USD                                        Thanksgiving Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
16:55 EUR – German Unemployment Change 6K 5K
18:00 EUR – CPI (YoY) (Nov) 0.7% 0.9%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Sep) 0.1% 0.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahah berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 98.20. MACD yang memaparkan momentum bullish bias mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 98.80.

 

Tahap rintangan: 98.80, 99.05

Tahap sokongan: 98.25, 97.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang leibh tinggi. MACD yang memaparkan signal bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2865.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2865, 1.2820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1000. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1000, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun pada tahap sokongan 109.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.80, 110.25

Tahap sokongan: 109.40, 109.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6770. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan seterusnya di 0.6750.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6810

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6700

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6430. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6365.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6365, 0.6325

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3210

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9985. MACD yang memaparkan momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan 0.9985.

 

Tahap rintangan: 0.9985, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 58.55.

 

Tahap rintangan: 58.55, 59.20

Tahap sokongan: 57.50, 56.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata di bawah tahap rintangan 1458.70. MACD yang menunjukkan isyarat bullish momentum mencadangkan komoditi ini didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1458.70, 1471.65

Tahap sokongan: 1448.95, 1443.75