29 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Euro meningkat susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.
Pasangan Euro telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan perkembangan positif mengenai perjanjian perdagangan pasca-Brexit serta keputusan Presiden AS Donald Trump untuk menyetujui pakej rangsangan fiskal yang baru telah mencetuskan sentimen selera risiko di dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah mata wang berisiko seperti Euro. Menurut kepada laporan Reuters, Dewan Perwakilan A.S. yang dipimpin oleh Demokrat telah memilih sebanyak 275-134 untuk menyokong permintaan Presiden A.S. Donald Trump untuk meningkatkan bantuan Covid-19 dari $600 ke $2,000 pada hari Isnin yang lalu. Walau bagaimanapun, keputusan yang baru tersebut sekarang akan diundi oleh Senat di mana Republikan memiliki kekuatan yang lebih besar. Selain itu, kemajuan dalam vaksin Covid-19 telah meningkatkan sentimen pasaran yang lanjutnya terhadap aset berisiko. Menurut CNBC, vaksin AstraZeneca dijangkakan akan mendapat anggapan peraturan dari pihak berkuasa kesihatan UK akhir minggu ini. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan terbaru berkenaan dengan rangsangan ekonomi terkini dari pemerintah A.S. serta vaksin Covid-19 yang berkembang untuk menjangkakan pergerakan dalam pasaran tersebut. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.04% ke 1.2220.
Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.25% ke $47.80 se tong semasa penulisan susulan dengan prospek positif mengenai vaksin Covid-19 dan juga rangsangan ekonomi dari A.S. telah memberikan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, pasaran emas telah menyusut sebanyak 0.25% ke $1875.55 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX telah mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Dec) | 96.1 | 97.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 90.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 90.50.
Tahap rintangan: 90.50, 91.05
Tahap sokongan: 90.00, 89.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3450. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3520, 1.3620
Tahap sokongan: 1.3450, 1.3365

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2260.
Tahap rintangan: 1.2260, 1.2330
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.05, 104.55
Tahap sokongan: 103.70, 103.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7625. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7625, 0.7690
Tahap sokongan: 0.7510, 0.7425

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6930

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2825. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2920, 1.2995
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2765

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8835.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8835, 0.8755

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 47.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 48.45.
Tahap rintangan: 48.45, 49.30
Tahap sokongan: 47.60, 46.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1871.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1883.80.
Tahap rintangan: 1883.80, 1892.05
Tahap sokongan: 1871.65, 1860.90