29 Disember 2022 Analisis Sesi Petang
Euro menurun berikutan ekonomi zon Euro menghadapi masalah berterusan.
EUR/USD, yang terkenal oleh pelabur di seluruh dunia jatuh dengan ketara pada semalam kerana zon Euro masih menghadapi masalah ekonomi. Menurut kepada Reuters, Naib Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Luis de Guindos mendakwa pada hari Rabu bahawa kawasan euro mengalami situasi ekonomi yang sukar, di mana mengancam isi rumah serta perniagaan. Inflasi yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan di negara-negara Eropah telah menjejaskan keyakinan pasaran terhadap mata wang Euro, manakala mendorong para pelabur untuk melarikan diri ke aset selamat seperti Dolar AS. Selain itu, satu lagi ucapan negatif daripada ahli ECB telah memberi tekanan lanjut kepada Euro. Majlis Tadbir ECB Gediminas Simkus telah menyampaikan ucapannya semalam bahawa inflasi zon Euro belum mencapai kemuncaknya, kerana ia menunjukkan ketinggalan setengah tahun berbanding Lithuania. Dengan itu, beliau menegaskan bahawa krisis tenaga berkemungkinan akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka tidak mendapat tenaga mampu milik. Semasa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.12% ke 1.0620.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.41% ke $78.63 setong semasa penulisan. Walau bagaimanapun, harga minyak telah melantun semula daripada paras terendah baru-baru ini apabila Stok Minyak Mentah Mingguan API menunjukkan bekalan yang semakin berkurangan. Sebaliknya, harga emas merosot sebanyak 0.10% ke $1807.31 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 216K | 225K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan tinggi selepa ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 104.90, 106.70
Tahap sokongan: 103.50, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2335
Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0465
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 135.80, 139.00
Tahap sokongan: 132.60, 129.35
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6955
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6590
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6150
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 81.50, 85.20
Tahap sokongan: 77.25, 73.90
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1808.55, 1833.00
Tahap sokongan: 1783.50, 1756.05