83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Februari 2023                  Analisis Sesi Petang

Paun Steling berundur selepas Keputusan kadar faedah daripada BoE.

Paun sterling yang berpasangan dengan dolar jatuh kembali ke arah $1.2200 selepas keputusan kadar faedah oleh Bank of England, bank pusat UK. Kenaikan kadar BoE adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, di mana ia menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas kepada 4.00%. Bagaimanapun, kenaikan kadar ini tidak membiarkan paun menembusi paras tertingginya sejak Jun 2022. Dalam kenyataan keputusan dasar monetari oleh BoE, Andrew Bailey – presiden bank pusat, mengulas bahawa inflasi mungkin memuncak. Memandangkan harga barangan dan perkhidmatan di UK dan rantaian bekalan global telah mula berkurangan, ia meningkatkan jangkaan pasaran bahawa BoE mungkin mula memperlahankan pelan kenaikan kadar yang agresif. Selain itu, penurunan mendadak dalam pasaran paun juga dirangsang oleh pengukuhan dolar. Dolar kembali bersinar berikutan data ekonomi optimis yang dibebaskan oleh Jabatan Buruh AS. Menurut laporan itu, tuntutan pengangguran awal AS mencecah 183K, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya 186k serta jangkaan konsensus 200k. Semasa penulisan, GBP/USD susut -0.12% ke $1.2208.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula sebanyak 0.01% ke $75.89 setong selepas penurunan mendadak sepanjang sesi dagangan semalam kerana kebimbangan pasaran terhadap kesan sampingan kenaikan kadar terhadap pasaran minyak terus berlegar di pasaran tersebut. Di samping itu, harga emas turun sebanyak -0.01% ke $1930.55 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Jan) 47.8 47.8
17:30 GBP – Services PMI (Jan) 48 48
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jan) 223K 185K
21:30 USD – Unemployment Rate (Jan) 3.50% 3.60%
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jan) 49.6 50.3

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 101.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.15.

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.20, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2200. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2470

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2105

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0975. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0850.

Tahap rintangan: 1.0975, 1.1150

Tahap sokongan: 1.0845, 1.0670

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 128.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 131.25, 134.15

Tahap sokongan: 128.60, 126.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7125. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6985.

Tahap rintangan: 0.7125, 0.7260

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6460. sebelumnya di 0.6460. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6460, 0.6355

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3265. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3400.

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3155

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9110. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9225.

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9310

Tahap sokongan: 0.9110, 0.9040

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran tersebut.

Tahap rintangan: 76.10, 81.80

Tahap sokongan: 71.50, 66.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1944.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1900.00.

Tahap rintangan: 1944.60, 1985.90

Tahap sokongan: 1900.00, 1884.00