30 Mac 2022 Analisis Sesi Pagi
Kekurangan ketegangan di antara Rusia-Ukraine, aset selamat menyusut.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah menerima momentum bearish dengan ketara semalam di tengah-tengah ketegangan yang semakin reda dari Rusia-Ukraine telah mencetuskan peralihan sentimen ke arah aset berisiko lain, mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat Dolar AS. Menurut kepada the Guardian, Rusia telah berjanji untuk mengurangkan secara drastik aktiviti ketenteraannya di utara Ukraine untuk membantu memajukan rundingan damai. Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin, berkata selepas rundingan di Istanbul pada hari Selasa bahawa Rusia mahu meningkatkan kepercayaan bersama, mewujudkan keadaan yang sesuai untuk rundingan masa depan dan mencapai matlamat akhir untuk menandatangani perjanjian dengan Ukraine”. Selain itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mendakwa bahawa isyarat daripada rundingan tersebut adalah masih kekal positif. Namun begitu, perunding Rusia Tertinggi Medinsky mendakwa bahawa penurunan ketegangan di antara kedua-dua pihak tidak bermakna akan gencatan senjata, sambil mengulangi bahawa ia masih memerlukan perbincangan lanjut untuk memperbaiki hubungan antara Rusia-Ukraine. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.69% ke 98.40.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $107.00 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah semalam di tengah-tengah harapan bahawa penyelesaian perang Rusia-Ukraine telah mencetuskan prospek positif terhadap isu gangguan bekalan minyak. Sebaliknya, harga emas mencatat kerugiannya sebanyak 0.08% ke $1917.95 se auns troy ketika penulisan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Mar) | 475K | 438K | – |
20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.30% | 7.10% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.508M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.80, 96.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1135. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0895
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan terebut.
Tahap rintangan: 123.40, 125.55
Tahap sokongan: 119.90, 116.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7525. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6800
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkruangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9295, 0.9115
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 107.10, 111.60
Tahap sokongan: 101.50, 97.15
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1944.55, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35