30 April 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar jatuh susulan dengan data ekonomi yang suram.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama merosot berikutan AS membebaskan serangkaian data ekonomi suram dari negaranya. Menurut Bureau of Economic Analysis, kadar GDP negaranya untuk suku pertama pada tahun 2020 dibebaskan pada -4.8%, lebih rendah daripada anggaran ekonomis iaitu pada -4.0%, membuktikan bahawa AS telah mengalami kemerosotan ekonomi pada tahap awal pandemik. Namun, data tersebut belum sepenuhnya mencerminkan kejatuhan coronavirus terhadap ekonomi AS, dan data ekonomi yang akan datang mungkin lebih buruk lagi. Selain itu, data US Pending Home Sales turun 20.8%, lebih lemah daripada ramalan ekonomis iaitu pada -10.0%, menunjukkan bahawa sektor perumahan berubah ‘masam’ akibat kesan negatif virus. Sejak tercetusnya Covid-19, ekonomi global telah ditekan dengan ketara sementara AS adalah negara yang paling terjejas. Menurut statistik terkini, kes yang dijangkiti di AS adalah sejumlah 1,035,675 kes, mencatat kes tertinggi dan kadar pertumbuhan tertinggi di antara semua negara. Meskipun demikian, kerugian dolar AS dibatasi kerana pergerakan baru-baru ini untuk membuka semula ekonomi telah meningkat daya tarikan dolar, di mana pasaran percaya bahawa ekonomi akan melantun dalam jangka masa yang pendek. Semasa sesi perdagangan awal Asia, indeks dolar jatuh 0.37% ke 99.50.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 4.03% ke $16.00 setong di tengah-tengah data EIA menunjukkan penurunan dalam inventori minyak mentah AS. Menurut EIA, inventori minyak mentah AS mencatatkan peningkatan sebanyak 8.991M, lebih rendah daripada jangkaan ahli ekonomi iaitu 10.619M, dan ia telah berjaya meningkatkan daya tarikan produk komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkatsebanyak 0.01% ke $1713.00 setroy auns disebabkan oleh kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Rate (Apr) | 1K | 76K | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY)(Apr) | 0.7% | 0.1% | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Apr) | -0.50% | -0.50% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
| 19:45 | EUR – Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | – | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 4,427K | 3,500K | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM)(Feb) | 0.1% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 50 MA (biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 99.70, 100.85
Tahap sokongan: 98.30, 97.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2520.
Tahap rintangan: 1.2520, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2370

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.0830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0940.
Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.25.
Tahap rintangan: 10.25, 108.20
Tahap sokongan: 106.25, 104.65

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6460, 0.6180

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan seterusnya.
Tahap rintangan: 0.6205, 0.6250
Tahap sokongan: 0.6120, 0.6055

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sbelumnya di 1.3980. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3790.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4105
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3790

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9745. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9685.
Tahap rintangan: 0.9745, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9650

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 15.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 15.70, 18.05
Tahap sokongan: 12.95, 10.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1711.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1726.05.
Tahap rintangan: 1726.05, 1738.15
Tahap sokongan: 1711.25, 1699.75