83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Jun 2020                         Analisis Sesi Pagi

Paun menyusut susulan dengan beban hutang yang tinggi.

Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya pada hari Isnin yang lalu susulan dengan kebimbangan mengenai rancangan perbelanjaan pasca-Brexit akan mencetuskan peningkatan yang ketara dalam beban hutang negara. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangkakan akan melancarkan rencana untuk meningkatkan pengeluaran projek infrastruktur pada hari Selasa. Namun, pada masa kini hutang awam UK telah melebihi GBP untuk pertama kalinya sejak tahun 1963 selepas kerajaan UK meminjam sebanyak £55bn pada bulan Mei untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di UK. Justerunya, rancangan tersebut akan menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan negara Uk untuk membayar hutang yang besar. Selain itu, kekurangan kemajuan dalam perbincangan Brexit telah memberikan prospek yang negatif ke atas “soft-Brexit”, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang lanjutnya ke atas pasangan Paun Sterling. Jurucakap kerajaan UK menegaskan bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson akan bersedia untuk meninggalkan tempoh akhir transisi dengan “syarat Australia” sekiranya perjanjian dengan Kesatuan Eropah tidak dapat dicapai. Tambahan pula, pemerintah UK menegaskan bahawa mereka tidak akan mengikuti “EU’s Common Fisheries Polciy” sambil mengulangi bahawa mereka ingin mengambil alih akses ke perairan dan ikannya tidak tempoh peralihan Brexit berakhir. Namun, EU menegaskan bahawa mereka tidak akan bersetuju dengan langkah-langkah yang akan mengancam kebebasan untuk pasaran tunggal. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.17% ke 1.2285.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.42% ke $39.70 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan peningkatan data-data ekonomi dari seluruh dunia, yang selanjutnya mendorong prospek positif terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.04% ke $1773.00 se troy auns selepas data ekonomi yang positif dari rantau A.S. telah dibebaskan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – GDP (QoQ) (Q) -2.0% -2.0%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jun) 0.1% 0.1%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Apr) -7.2% -12.0%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Jun) 86.6 91.6

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 97.20.

 

Tahap rintangan : 97.60, 98.00

Tahap sokongan: 97.20, 96.80

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2330. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan : 1.2330, 1.2405

Tahap sokongan: 1.2255, 1.2185

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1270. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1210.

 

Tahap rintangan : 1.1270, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1210, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 107.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

 

Tahap rintangan : 107.90, 108.45

Tahap sokongan: 107.35, 106.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6845. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan : 0.6965, 0.7120

Tahap sokongan: 0.6845, 0.6690

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6395. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan : 0.6505, 0.6575

Tahap sokongan: 0.6395, 0.6320

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3690. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3520.

 

Tahap rintangan : 1.3690, 1.3805

Tahap sokongan: 1.3520, 1.3360

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9470. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9530.

 

Tahap rintangan : 0.9530, 0.9580

Tahap sokongan: 0.9470, 0.9435

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 39.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan : 40.35, 41.40

Tahap sokongan: 39.15, 37.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1779.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan : 1779.50, 1812.75

Tahap sokongan: 1727.50, 1680.35