30 Julai 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 30 – Ogos 3
Kajian Pasaran (Forex): Julai 23 – 27
Dolar AS
Dolar AS telah susut berbanding dengan enam mata wang utama yang lain pada hari Jumaat lepas walaupun data GDP AS bagi suku kedua memberikan bacaan yang optimistik. Indeks dolar menurun sebanyak 0.09% sambil menutup minggu lalu di paras 94.67.
Menurut kepada US Commerce Department, Gross Domestic Product (GDP) bagi suku kedua bertumbuh dengan lebih pantas sebanyak 4.1% bagi bulan April hingga Jun, sejajar dengan ramalan ekonomis. Data GDP yang kukuh tersebut telah didorong oleh perbelanjaan pengguna yang mantap walaupun ia telah diimbangi oleh sumbangan negatif dari pelaburan inventori swasta dan perumahan.
Sesetengah penganalisis telah mempersoalkan kelestarian pertumbuhan sedemikian oleh kerana faedah dari dasar fiskal boleh menyusut mulai tahun depan. Tinjauan sedemikian telah diberikan oleh kerana Bank Pusat AS telah menyeru untuk mengetatkan dasar dengan lebih kerap memandangkan pertumbuhan inflasi dan pasaran pekerjaan makin bertambah rancak.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.18% ke 111.03 pada lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Euro telah memulih sebanyak 0.13% ke $1.1658 berbanding dengan dolar AS. Mata wang tunggal tersebut telah menerima sokongan membeli pada Jumaat lepas sambil memulih dari kerugian yang dialami susulan dengan penegasan Presiden ECB Mario Draghi bahawa kadar faedah akan kekal rata sehingga tahun depan.
GBP/USD
Pound sterling menyusut sebanyak 0.02% ke $1.3106 berbanding dengan dolar AS.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 23 – 27
GOLD
Harga emas telah memulih sedikit pada hari Jumaat lepas susulan dengan kelemahan yang dialami oleh dolar AS walaupun pertumbuhan ekonomi serantau adalah lebih pantas bagi suku kedua. Harga logam kuning tersebut menokok sebanyak 0.03% ke $1,223.08 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
Logam safe-haven yang didenominasikan dengan mata wang dolar akan menerima permintaan yang lebih tinggi sekiranya mata wang tersebut melemah. Namun, pemulihan yang dialami oleh logam ini adalah terhad sementara para pelabur masih memberikan prospek yang tinggi terhadap Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar dengan lebih kerap lagi bagi jangka panjang.
Di dalam keadaan di mana kadar faedah adalah lebih tinggi, aset yang tidak membawa hasil seperti emas akan gagal untuk bersaing dengan aset yang membawa hasil pulangan tinggi seperti bon perbendaharaan AS.
Crude Oil
Harga minyak mentah mengalami kerugian pada hari Jumaat lepas susulan dengan peningkatan pelantar minyak yang aktif di AS. Harga komoditi hitam ini menjunam sebanyak 0.82% sambil menutup minggu lepas di paras $70.07 setong.
Menurut kepada pembekal servis Baker Hughes, mereka melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 3 ke jumlah sebanyak 863. Bacaan tersebut mencatat peningkatan kali pertama di dalam tempoh tiga minggu sambil memberi isyarat bahawa pembekalan minyak di AS bakal meningkat kembali.
Namun, kerugian yang dialami oleh komoditi ini adalah terhad selepas para pelabur memberi tumpuan kepada isyarat yang optimistik di dalam pasaran. Terdahulu, Arab Saudi telah menghentikan pembekalan minyak melalui Selat Merah selepas kapal penghantaran mereka diserang oleh pemberontak Houthi.
Kekacauan yang berpunca dari Timur Tengah boleh menurunkan eksport minyak sambil meningkatkan prospek pasaran terhadap pembekalan yang rendah dan peningkatan pada harga minyak global. Selain itu, isu pembekalan dari Libya, Venezuela dan Nigeria juga telah membantu untuk meningkatkan optimisme pasaran terhadap kekurangan stok global.
Pandangan Mingguan: Julai 30 – Ogos 3
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS bagi melihat pandangan mereka terhadap dasar kewangan dan ramalan ekonomi untuk jangka panjang.
Sementara itu, para pedagang minyak akan memantau mesyuarat OPEC yang dijadualkan bagi hari Rabu untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pendekatan yang diambil bagi mengatasi kekurangan stok di dalam pasaran minyak dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 30 – Ogos 3
| Isnin, Julai 30 |
Data USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun)
Acara N/A
|
| Selasa, Julai 31 |
Data CNY – Manufacturing PMI (Jul) CNY – Non-Manufacturing PMI (Jul) JPY – BoJ Interest Rate Decision EUR – German Unemployment Change (Jul) EUR – CPI (YoY) (Jul) USD – Core PCE Price Index (YoY) (Jun) USD – Employment Cost Index (QoQ) (Q2) USD – Personal Income (MoM) (Jun) USD – Personal Spending (MoM) (Jun) CAD – GDP (MoM) (May) USD – CB Consumer Confidence (Jul)
Acara JPY – BoJ Outlook Report JPY – BoJ Monetary Policy Statement JPY – BoJ Press Conference
|
| Rabu, Ogos 1 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock NZD – Employment Change (QoQ) (Q2) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jul) EUR – German Manufacturing PMI (Jul) GBP – Manufacturing PMI (Jul) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) USD – ISM Manufacturing Employment (Jul) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara CrudeOIL – OPEC Meeting
|
| Khamis, Ogos 2 |
Data USD – Fed Interest Rate Decision GBP – Construction PMI (Jul) GBP – BoE Interest Rate Decision USD – Initial Jobless Claims
Acara USD – FOMC Statement GBP – BoE Inflation Report GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
|
Jumaat, Ogos 3
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Jun) GBP – Services PMI (Jul) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) USD – Nonfarm Payrolls (Jul) USD – Unemployment Rate (Jul) CAD – Trade Balance (Jun) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Jul) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 30 – Ogos 3
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah paras atas segi tiga.
Tahap rintangan: 95.00, 95.90
Tahap sokongan: 94.10, 93.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3170, 1.3300
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2890
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya pada jangka pendek selepas ia menutup di atas tahap rintangan 111.00.
Tahap rintangan: 111.00, 112.10
Tahap sokongan: 110.50, 109.35
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang telah membentuk corak silang bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah 1.1560.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1560, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1222.00.
Tahap rintangan: 1239.20, 1257.00
Tahap sokongan: 1222.00, 1204.70
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 70.45, 74.00
Tahap sokongan: 68.40, 66.40