30 Julai 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Kiwi bergelut di tengah-tengah sentimen yang bercampuran.
Mata wang Kiwi yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain gagal untuk melanjutkan momentum kenaikan sebelum ini dan jatuh pada lewat sesi Asia susulan dengan keputusan yang lemah dari data New Zealand. Menurut kepada ANZ, data Business Confidence untuk bulan Julai telah merosot kepada -31.8, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -29.8 sementara data New Zealand Building Permits telah melebihi jangkaan dari 0.0% hingga 0.5%. Pada masa yang sama, koronavirus yang semakin teruk di Australia juga mempengaruhi mata wang Kiwi. Negeri Australia, Victoria baru-baru ini mencatatkan 723 kes virus baru dengan 13 kematian pada hari Rabu. Oleh kerana Australia adalah rakan perdagangan yang terbesar kepada New Zealand, keadaan yang semakin merosot tersebut boleh memberikan alasan lebih lanjut untuk tekanan penjualan. Pada masa penulisan, NZD/USD merosot sebanyak 0.22% ke 0.6650.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan menokok sebanyak 0.03% kepada $41.25 setong susulan dengan tanda-tanda peningkatan terhadap permintaan bahan bakar. Oleh kerana EIA melaporkan penurunan inventori sebanyak 10.6 juta tong, sentimen pasaran tetap bersemangat tinggi dan disokong oleh harapan terhadap prospek permintaan yang positif. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 1962.96 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Jul) | 0.25% | 45K | – |
| 16:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q2) | – | -9.0% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 69K | -34.0% | |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | -2.2% | 1,400K |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 93.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.35, 95.70
Tahap sokongan: 93.15, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2810.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3200
Tahap sokongan: 1.2810, 1.2660

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata dalam lingkungan yang ketat. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1695.
Tahap rintangan: 1.1825, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1695, 1.1595

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata selepas pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 105.40 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 105.40.
Tahap rintangan: 105.40, 106.00
Tahap sokongan: 104.60, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7185. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.7040.
Tahap rintangan: 0.7185, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7040, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6670. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6490

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3195

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9160. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9075.
Tahap rintangan: 0.9160, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9075, 0.8985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 41.00. Oleh kerana kekurangan arah yang jelas dan momentum dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 42.45, 43.85
Tahap sokongan: 41.00, 39.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1969.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1908.55.
Tahap rintangan: 1969.50, 2010.60
Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95