83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Oktober 2020                                Analisis Sesi Petang

 

Euro jatuh susulan isyarat pelonggaran yang lebih lanjut dari ECB.

Semasa lewat sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh selepas ECB baru-baru ini memberi isyarat pelonggaran dasar yang lebih lanjut pada akhir tahun ini. Seperti yang dijangkakan, ECB mengekalkan kadar faedahnya pada tahap 0.0%. Namun, bank pusat telah mengisyaratkan kebimbangannya terhadap koronavirus yang semakin teruk dan berkemungkinan akan meningkatkan pembelian bon untuk mengatasi kejatuhan ekonomi. Menurut kepada kenyataannya, bank pusat menyatakan bahawa risiko ekonomi di Zon Eropah semakin meningkat kerana peningkatan dalam kes-kes koronavirus baru-bari ini. Pada masa yang sama, mereka juga menyebutkan untuk mengkaji semula ramalan yang telah dibuat sebelum ini untuk menentukan sama ada tindakan yang lebih lanjut diperlukan. Kenyataan dovish tersebut telah menimbulkan spekulasi bahawa ECB berkemungkinan akan meningkatkan pembelian bon untuk mengekang risiko ekonomi yang dicetuskan oleh koronavirus gelombang kedua, jsuterunya ia menyeret nilai mata wang Euro dengan lebih rendah. Pada masa penulisan, EUR/USD menyusut sebanyak 0.09% kepada 1.1683.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal lemah dan turun sebanyak 0.12% kepada $36.45 setong semasa penulisan di tengah-tengah ketakutan terhadap koronavirus tetap menguasai pasaran. Prospek permintaan minyak tetap rapuh berikutan dengan Jerman dan Perancis baru-baru ini mengenakan sekatan yang lebih ketat dan juga kes yang meningkat di negara-negara seperti AS dan Rusia. Pada masa yang sama, pasaran juga ditakutkan oleh peningkatan stok yang disahkan oleh EIA baru-baru ini. Sebaliknya, harga emas merosot sebanyak 0.13% kepada $1873.15 pada masa penulisan berikutan dengan lonjakan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q3) -9.7% 7.2%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Oct) -0.3% -0.3%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Aug) 3.0% 0.9%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.

 

Tahap rintangan: 94.10, 94.90

Tahap sokongan: 93.50, 92.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2935. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.2935.

 

Tahap rintangan: 1.2935, 1.2980

Tahap sokongan: 1.2875, 1.2785

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1700.

 

Tahap rintangan: 1.1700, 1.1735

Tahap sokongan: 1.1655, 1.1615

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 104.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 104.50.

 

Tahap rintangan: 104.90, 105.15

Tahap sokongan: 104.50, 104.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7010. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7140

Tahap sokongan: 0.7010, 0.6930

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6660.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6725

Tahap sokongan: 0.6610, 0.6555

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3245, 1.3175

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9150. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9150.

 

Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225

Tahap sokongan: 0.9150, 0.9115

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 35.95. MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 43.25, 49.25

Tahap sokongan: 35.95, 31.45

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1876.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1876.00.

 

Tahap rintangan: 1876.00, 1882.95

Tahap sokongan: 1870.10, 1863.65