83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 November 2020                           Analisis Sesi Pagi

Dolar menyusut susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.

Indeks dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam jenis mata wang utama telah mencatat kerugiannya susulan dengan prospek positif mengenai perkembangan vaksin Covid-19 dan juga kemenangan Biden dalam pilihan raya Presiden AS telah menandakan hubungan antarabangsa dan keadaan perdagangan global akan menjadi lebih baik, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset selamat seperti Dolar AS. Selain itu, Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjut susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa Rizab Persekutuan akan melonggarkan program QE semasa mesyuarat FOMC pada 16hb Disember 2020 sekiranya prospek ekonomi adalah lebih buruk daripada jangkaannya susulan dengan sekatan Covid-19. Dari segi Covid-19, A.S. telah melaporkan kes-kes tertinggi sebanyak 205,460 jangkitan Covid-19 sepanjang hari pada hari Jumaat yang lalu, menurut kepada data dari New York Times. Rata-rata, negara tersebut telah melaporkan lebih daripada 162,000 kes sehari untuk minggu terakhir. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 91.75.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.31% ke $45.05 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada awal hari ini berikutan OPEC dan sekutu yang diketuai oleh Rusia menegaskan bahawa mereka belum mencapai konsensus mengenai dasar pengeluaran minyak untuk 2021 semasa perbincangan pusingan awal pada hari Ahad. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai mesyuarat OPEC pada hari Isnin dan Selasa untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1787.30 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CAD – GDP (MoM) 1.2%
23:00 USD – Pending home Sales (MoM) (Oct) 1.0% -2.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 91.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.00, 95.85

Tahap sokongan: 91.75, 90.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3310. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3475

Tahap sokongan: 1.3310, 1.3220

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1970. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1970, 1.2010

Tahap sokongan: 1.1925, 1.1885

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 103.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 104.30.

 

Tahap rintangan: 104.30, 104.65

Tahap sokongan: 103.85, 103.15

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.7415. MACJD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7415, 0.7475

Tahap sokongan: 0.7365, 0.7320

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7035. Oleh kereana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7110

Tahap sokongan: 0.6915, 0.6820

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2960. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3030, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2875

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9065, 0.9095

Tahap sokongan: 0.9035, 0.9010

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 44.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 46.15, 47.85

Tahap sokongan: 44.55, 42.90

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1787.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek,.

 

Tahap rintangan: 1815.55, 1835.15

Tahap sokongan: 1787.30, 1761.80