83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 November 2020                           Analisis Sesi Tengah Hari

 

Data China meningkatkan optimisme pasaran.

Dolar Australia dan New Zealand telah melanjutkan kenaikannya semasa sesi dagangan Asia susulan dengan pembebasan data ekonomi dari China. Untuk bulan November, Manufacturing PMI telah meningkat ke 52.1, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 51.5. Data tersebut memaparkan bahawa aktiviti perindustrian telah bertumbuh dengan kadar yang terpantas di dalam tempoh tiga tahun dan ia telah memberi isyarat bahawa China adalah salah satu ekonomi utama untuk memulih dari krisis koronavirus dengan sepenuhnya. Namun, peningkatan kes koronavirus dan penutupan ekonomi di negara rakan dagangan utama China berkemungkinan untuk mendorong penyusutan bagi permintaan eksport China. Data tersebut telah meningkatkan permintaan bagi mata wang negara yang bergantung kepada ekonomi China seperti dolar Australia dan New Zealand. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.20% ke 0.7399 sementara NZD/USD melonjak sebanyak 0.26% ke 0.7041. Sementara itu, pentadbiran Trump telah mengumumkan keputusan untuk meletak syarikat pembuat cip China SMIC dan pengeluar minyak dan gas nasional CNOOC ke dalam senarai hitam pertahanan. Keputusan tersebut telah diambil selepas AS menuduh kedua-dua syarikat mempunyai hubungan dengan ketenteraan China dan menegaskan bahawa motif penyenaraian hitam sebagai langkah keselamatan negara. Pengumuman tersebut telah meningkatkan ketegangan AS dan China di dalam beberapa minggu sebelum calon Presiden AS Joe Biden dilantik. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY merosot sebanyak 0.19% ke 103.87.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.79% ke $45.20 setong. Niaga hadapan minyak telah berundur dari paras tingginya susulan dengan penghindaran risiko dari ketegangan AS-China. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.30% ke $1,782.22 se troy auns berikutan dengan kemungkinan ekonomi utama seperti AS dan UK untuk meluluskan vaksin koronavirus yang telah meningkatkan permintaan pasaran terhadap ekuiti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                      ECB President Lagarde Speaks

 

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CAD – GDP (MoM) 1.2%
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct) 1.0% -2.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 91.85. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian ke 90.25.

 

Tahap rintangan: 91.85, 94.30

Tahap sokongan: 90.25, 88.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikan ke arah 1.3390.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3500

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3190

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas 1.1950. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2000.

 

Tahap rintangan: 1.2000, 1.2065

Tahap sokongan: 1.1950, 1.1890

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 104.15. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah 103.65.

 

Tahap rintangan: 104.15, 104.65

Tahap sokongan: 103.65, 103.20

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan penutupan di atas 0.7390. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7430, 0.7480

Tahap sokongan: 0.7390, 0.7325

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya ke arah 0.7050.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7140

Tahap sokongan: 0.6965, 0.6885

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2965.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2890

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji berhampiran 0.9035. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9070, 0.9095

Tahap sokongan: 0.9035, 0.9005

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di44.70.

 

Tahap rintangan: 46.05, 47.00

Tahap sokongan: 44.70, 43.30

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1772.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1842.95, 1930.75

Tahap sokongan: 1772.00, 1701.00