83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Disember 2019                             Analisis Sesi Petang

 

Mata wang berisiko melonjak berikutan dengan penyusutan ketegangan perdagangan.

Mata wang utama lain meningkat berbanding dengan dolar baru-baru ini oleh kerana rundingan perdagangan antara AS dan China berkembang sesama jangkaan pasaran, ia telah meningkatkan sentimen risiko para pelabur dalam pasaran FX. Baru-baru ini, duta besar China iaitu Cu Tian Kai mendedahkan bahawa Beijing akan meneruskan komitmen perdagangan mereka yang dijanjikan dalam perbincangan perdagangan terdahulu. Sebelum ini, China telah bersetuju untuk membeli lebih banyak produk pertanian daripada petani tempatan Amerika Syarikat, dan tanpa sebarang tarif akan dikenakan ke atas barang-barang mereka yang dieksport ke Amerika Syarikat sebagai balasan, dengan harapan perjanjian interim ini dapat menamatkan isu perdagangan yang telah menghantui global ekonomi selama lebih daripada satu tahun. Walau bagaimanapun, Cu Tian Kai mengulas bahawa pentadbiran China tidak mengesahkan bahawa pemimpin China Xi Jin Ping dan Presiden AS Donald Trump akan bertemu, tetapi hanya mengatakan bahawa kedua-dua negara pasukan perdagangan dan ekonomi berada dalam hubungan yang rapat, dan sedang menamatkan peringkat terakhir perjanjian perdagangan termasuk semakan dan terjemahan sah. Di samping itu, ia perlu diperhatikan bahawa perkembangan perdagangan AS dan China seterusnya adalah rundingan perdagangan fasa 2, namun kedua-dua pihak maish belum mendedahkan sebarang jadual atau komen pada masa ini. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar merosot 0.17% ke 96.35.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.10% ke $61.70 setong oleh kerana optimisme perdagangan dan penurunan besar dalam inventori minyak mentah AS telah menaikkan sentimen positif pasaran komoditi hitam ini. Walau bagaimanapun, pasaran masih menunggu maklumat yang lebih lanjut daripada perbincangan perdagangan AS-China kerana ia akan menentukan permintaan minyak mentah masa depan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.34% ke $1515.70 kerana fenomena tax loss harvesting telah meningkatkan daya tarikan pasaran emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov) -1.7% 1.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 96.85. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.25.

 

Tahap rintangan: 96.85, 97.25

Tahap sokongan: 96.25, 95.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1.3085. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3165, 1.3225

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3035

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1240.

 

Tahap rintangan: 1.1240, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1075

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 109.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 108.95.

 

Tahap rintangan: 109.25, 109.70

Tahap sokongan: 108.95, 108.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6965. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7005, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6965, 0.6925

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat muncul sebelum memasuki pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6865

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 1.3085. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3085.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2940

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji tahap sokongan 0.9725. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9770, 0.9810

Tahap sokongan: 0.9725, 0.9690

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend meningkat. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 61.90.

 

Tahap rintangan: 61.90, 62.35

Tahap sokongan: 61.10, 60.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1513.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1513.55, 1520.25

Tahap sokongan: 1507.75, 1501.95