83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Disember 2020                             Analisis Sesi Pagi

Dolar AS telah menyusut susulan dengan prospek ekonomi yang negatif.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut ke paras terendah hampir dua tahun susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa peningkatan dalam rancangan rangsangan fiskal A.S. tidak mungkin dilancarkan dalam jangka pendek, yang selanjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Reuters, Ketua Majoriti Senat A.S. Mitch McConnell pada hari Selasa telah menolak cadangan dari Presiden AS Donald Trump untuk meningkatkan pembayaran bantuan Covid-19 dari $ 600 ke $ 2000. Selain itu, kebimbangan terhadap mutasi Covid-19 yang baru dari rantau A.S. juga telah menurunkan daya tarik ke atas Dolar AS. Kes varian coronavirus yang sangat berjangkit yang pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada hari Selasa. Tambahan pula, Presiden terpilih Joe Biden memberi amaran bahawa rakyat A.S masih memerlukan masa bertahun-tahun bagi kebanyakan orang Amerika untuk diberi vaksin bagi memerangi wabak Covid-19 susulan dengan kadar bekalan semasa adalah masih rendah. Menurut statistik terkini, AS telah melaporkan lebih daripada 186,000 jangkitan Covid-19 sementara lebih dari 1900 orang terbunuh oleh virus tersebut semalam. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut 0.41% kepada 89.97.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.21% ke $48.05 se tong semasa penulisan selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada American Petroleum Institutasi (API), A.S. API Weekly Crude Oil Stock telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -2.100M ke bacaan sebanyak -4.785M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.700M. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak $1878.60 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov) -1.1% 0.2%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.562M -2.583M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 89.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 90.20, 90.50

Tahap sokongan: 89.85, 89.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3520. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3520, 1.3620

Tahap sokongan: 1.3450, 1.3365

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2260. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2260, 1.2330

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 103.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.30.

 

Tahap rintangan: 103.70, 104.-5

Tahap sokongan: 103.30, 102.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7625. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7625, 0.7690

Tahap sokongan: 0.7510, 0.7425

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7165, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2825. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2825, 1.2920

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2690

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8835. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8835, 0.8755

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 48.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 47.55.

 

Tahap rintangan: 48.45, 48.95

Tahap sokongan: 47.55, 47.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintagan 1900.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1856.80.

 

Tahap rintangan: 1900.20, 1931.40

Tahap sokongan: 1856.80, 1825.85