30 Disember 2021 Analisis Sesi Petang
Risiko Brexit terus mengurangkan daya tarikan Paun Sterling.
Mata wang berisiko seperti Pound Sterling telah melonjak berlatarbelakangkan peningkatan sentimen risiko dalam pasaran kewangan global berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron berkurangan. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling adalah terhad di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai isu pasca Brexit. Menurut kepada Reuters, the British Frozen Food Federation mendakwa bahawa kawalan sempadan baharu ke atas produk haiwan dan tumbuhan dari EU boleh menyaksikan kelewatan besar pada tahun 2022. Peraturan baharu mulai 1 Januari 2022 menyatakan bahawa pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh ke atas barangan. sebelum memasuki UK dari rantau EU. Potensi kelewatan besar-besaran dan isu bekalan makanan pada bulan Januari akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat dengan ketara, mencetuskan risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Pound Sterling. Namun, buat masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19 serta isu Brexit pada masa hadapan untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3495.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.27% ke $77.10 setong semasa penulisan di tengah-tengah data inventori yang bullish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -3.576M, lebih baik daripada ramalan pasaran pada -3.233M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.17% ke $1801.75 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan yang berkurangan terhadap pandemik Covid-19 telah mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset selamat tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari In
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
23:00 | USD – Initial Jobless Claims | 205K | 205K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 95.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.90, 97.50
Tahap sokongan: 95.65, 94.90
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3630
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3195
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1345. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1235.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1235, 1.1175
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 114.20. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.40
Tahap rintangan: 115.40, 116.80
Tahap sokongan: 114.20, 112.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7535
Tahap sokongan: 0.7175, 0.6995
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6840. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6570
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2765. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2840, 1.2935
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2695
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9190, 0.9260
Tahap sokongan: 0.9150, 0.9105
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 75.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 79.00, 81.35
Tahap sokongan: 75.30, 72.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1812.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1786.30.
Tahap rintangan: 1812.85, 1830.55
Tahap sokongan: 1786.30, 1762.20