83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Disember 2022                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar merosot susulan pelan pembukaan semula China dan data pekerjaan AS yang optimistik.

Indeks itu, yang digunakan untuk mengukur kekuatan atau kelemahan dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama, menurun semasa sesi dagangan sebelum ini kerana keyakinan terhadap pelan pembukaan semula China mengurangkan permintaan pasaran terhadap mata wang selamat. Awal minggu ini, Beijing mengumumkan bahawa mereka akan membuka semula sempadan di mana pengunjung tidak wajib menjalani proses kuarantine mulai 8 Januari 2023. Langkah melonggarkan sekatan Covid-19 di China dijangka memacu pertumbuhan ekonomi global, di mana pelabur akhirnya dapat melihat cahaya di hujung terowong. Selain itu, data suram dari Amerika Syarikat telah menghalau pelabur keluar daripada pasaran Greenback. Menurut kepada Jabatan Buruh AS, bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran meningkat daripada 216K bacaan sebelumnya ke 225K minggu ini. Peningkatan dalam data Tuntutan Pengangguran menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap daya tahan pasaran buruh AS. Semasa penulisan, indeks dolar turun sebanyak -0.47% ke 103.95.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak -0.15% ke $78.80 setong apabila lonjakan kes Covid-19 di China menjejaskan prospek permintaan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.59% ke $1814.95 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Early close            GBP                                        New Year’s Day

Early close            NZD                                        New Year’s Day

Early close            AUD                                       New Year’s Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 1.2200. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2000.

 

Tahap rintangan: 1.2200, 1.2345

Tahap sokongan: 1.2000, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0575. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0775.

 

Tahap rintangan: 1.0775, 1.0935

Tahap sokongan: 1.0575, 1.0475

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 134.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6355. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 80.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 76.10.

 

Tahap rintangan: 80.60, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.45

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1807.85. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1835.30.

 

Tahap rintangan: 1835.30, 1869.85

Tahap sokongan: 1807.85, 1786.00