83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Pandangan positif Mnuchin meningkatkan indeks dolar.   

 

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melonjak selepas mencapai tahap terendah dalam tempoh 13 hari di tengah-tengah kenyataan Menteri Kewangan Amerika Syarikat telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dolar AS. Walaupun ekonomi AS sedang mengalami tekanan yang kuat sejak wabak virus bermula, Mnuchin melihat keadaan ekonomi AS masih kekal baik sambil meramalkan pertumbuhan ekonomi akan menjadi baik selepas virus hilang. Di samping itu, Mnuchin juga menekankan bahawa dasar monetari dan pakej bantuan kerajaan akan berjaya ‘menemani’ Amerika Syarikat untuk melepasi kesusahan ini. Di samping itu, data perumahan yang dibebaskan pada hari semalam juga bertindak sebagai pemangkin, mendorong para pelabur memasuki ke pasaran dolar. Menurut kepada National Association of Realtors, Pending Home Sales AS untuk bulan Februari mencapai bacaan sebanyak 2.4%, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada -1.0%, menunjukkan sektor perumahan di AS amat kuat sebelum penyebaran wabak virus korona. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar naik 0.69% ke 99.05. Sebaliknya, pasangan EUR/USD mencatatkan penurunan sebanyak 0.03% ke 1.1040 oleh kerana kes-kes virus di Eropah melonjak, sementara tiada tanda untuk melonggarkan langkah kawalan yang sedia ada pada masa ini. Tambahan lagi, ahli parlimen Jerman juga meramalkan ekonomi negara akan mengalami kemerosotan yang lebih serius berbanding dengan krisis Lehman pada tahun 2008.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.15% ke $20.20 setong selepas Presiden AS Donald Trump mendedahkan bahawa beliau akan bercakap dengan Presiden Putin mengenai pertarungan minyak antara Rusia dan Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Arab Saudi tidak memberi sebarang isyarat bahawa ia akan berunding dengan Rusia untuk menstabilkan harga minyak walaupun pentadbiran Trump telah menekan mereka untuk mencapai kompromi. Selain itu, harga emas dipetik turun 0.18% ke $1,618.75 satu troy auns di tengah pengukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
14:00 GBP – GDP (YoY)(Q4) 1.1% 1.1%
15:55 EUR – German Unemployment Change (Mar) -10K 29K
17:00 EUR – CPI (YoY)(Mar) 1.2% 0.8%
20:30 CAD – GDP (MoM)(Jan) 0.3% 0.1%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Mar) 130.7 110.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 99.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 99.35, 101.20

Tahap sokongan: 97.60, 95.95

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2340. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2470, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2340, 1.2230

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran tahap rintangan di 1.1040. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0970.

 

Tahap rintangan: 1.1040, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0970, 1.0900

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 107.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 108.75.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.25

Tahap sokongan: 107.65, 106.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.6035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6350.

 

Tahap rintangan: 0.6350, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6035, 0.5720

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5865.

 

Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250

Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.4175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4175, 1.4335

Tahap sokongan: 1.3990, 1.3805

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9580. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9625.

 

Tahap rintangan: 0.9625, 0.9680

Tahap sokongan: 0.9580, 0.9520

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 20.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 21.15.

 

Tahap rintangan: 21.15, 23.15

Tahap sokongan: 20.15, 19.40

 

 


GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1634.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1602.55.

 

Tahap rintangan: 1634.90, 1664.70

Tahap sokongan: 1602.55, 1579.00