31 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Yen menyusut di tengah-tengah peningkatan kes-kes Covid-19.
Yen Jepun telah menyusut dengan ketara pada minggu yang lalu susulan dengan kebimbangan mengenai peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dari rantau Jepun telah mengurangkan daya tarikan ke atas Yen Jepun. Para pelabur tetap pesimis terhadap perkembangan ekonomi di Jepun dengan latar belakang data pekerjaan yang suram, penurunan harga pengguna dan dasar-dasar “lockdown” di Tokyo dan kawasan lain di Jepun akibat daripada pandemik Covid-19. Menurut kepada Reuters, hospital di bandar Osaka kedua terbesar di Jepun telah mengalami keruntuhan di bawah gelombang besar jangkitan Covid-19 baru, kehabisan katil dan ventilator ketika doktor yang keletihan memberi amaran mengenai “keruntuhan sistem”. Jangkitan yang serius tersebut adalah akibat dari varian British dan India, yang menyebabkan peningkatan yang ketara ke atas jumlah pesakit Covid-19. Sebaliknya, Pound Sterling telah melonjak pada minggu lalu susulan dengan para pelabur berspekulasi Bank of England akan meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan berikutan kes Covid-19 dari wilayah UK menurun dengan ketara, yang memacu harapan pada pemulihan ekonomi yang pesat pada masa depan. Semasa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.03% ke 109.85 manakala GBP/USD melonjak 0.10% ke 1.4188.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.09% ke $66.55 se tong semasa penulisan selepas pentadbiran Maklumat Tenaga A.S. (EIA) menegaskan bahawa pengeluaran untuk minyak mentah A.S. telah meningkat sebanyak 14.3% ke 11.2 juta tong sehari (bpd) pada bulan Mac daripada bacaan sebanyak 9.8 juta barel se hari pada bulan Februari. Sebaliknya, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.05% ke $1904.35 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara-negara Asia telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas aset selamat emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.50.
Tahap rintangan: 90.25, 90.75
Tahap sokongan: 89.50, 88.80

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4195. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4195, 1.4235
Tahap sokongan: 1.4125, 1.4075

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2170. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2255.
Tahap rintangan: 1.2255, 1.2340
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2070

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.90. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.90, 110.90
Tahap sokongan: 108.55, 107.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7880
Tahap sokongan: 0.7710, 0.7620

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7240. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7240, 0.7140

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2075. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2075, 1.1785

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9095, 0.9175
Tahap sokongan: 0.8955, 0.8850

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 67.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 67.80, 71.45
Tahap sokongan: 63.75, 61.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1908.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1908.10, 1923.95
Tahap sokongan: 1886.85, 1867.35