31 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun melonjak selepas Shinzo Abe meletakkan jawatan.
Yen Jepun yang bertindak sebagai mata wang aset selamat melonjak dengan ketara setelah perdana menteri Jepun mengumumkan bahawa beliau akan berhenti jawatannya sekarang kerana keadaan kesihatan badannya yang semakin teruk. Menurut berita terbaru, Shinzo Abe yang berusia 65 tahun telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana dia telah berjuang dengan jangkitan usus sejak beberapa tahun yang lalu. Selain itu, beliau juga meminta maaf dalam sidang media tersebut kerana beliau tidak dapat berdiri sama dengan orang Jepun dan juga negara lain untuk memerangi wabak itu. Kembali ke tahun 2012, Shinzo Abe telah memperkenalkan dasar ekonomi yang dikenali sebagai ‘Abenomics’ di Jepun. Secara terperinci, Abenomics terdiri daripada pelonggaran dasar monetari dari Bank of Japan, pelan rangsangan fiskal melalui perbelanjaan kerajaan dan reformasi struktur yang bertujuan untuk menghidupkan kembali ekonomi setelah bertahun-tahun deflasi berlaku di Jepun. Walaupun impak Abenomics tidak mencapai apa yang diharapkan oleh para pelabur, namun ia tetap berjaya meningkatkan GDP ekonomi dan menstabilkan pertumbuhan ekonomi. Walaupun begitu, prospek masa depan Jepun berubah menjadi kabur ketika pelabur masih memberikan perhatian terhadap pengganti Shinzo Abe dalam latar belakang ekonomi yang masih suram. Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan mata wang USD/JPY melantun 0.31% ke 106.65.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.05% ke $42.95 setong kerana kebimbangan pasaran terhadap Taufan Laura telah menurun kerana ia dijangka tidak akan memberikan impak yang besar terhadap harga minyak. Pakar pasaran meramalkan bahawa pengeluaran minyak akan pulih dengan cepat kerana kekuatan taufan ini tidak sekuat seperti jangkaan sebelumnya. Di samping itu, harga emas meningkat 0.48% ke $1973.65 setroy auns kerana peralihan dasar sasaran inflasi di AS mendorong pelabur untuk melarikan diri ke aset selamat iaitu emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 92.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.60, 93.25
Tahap sokongan: 92.10, 91.45

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3470.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3590
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1900. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.1950, 1.1990
Tahap sokongan: 1.1900, 1.1840

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 105.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 106.15.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan:105.20, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7380. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.7380, 0.7445
Tahap sokongan: 0.7330, 0.7265

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2950

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9050. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9050, 0.9120
Tahap sokongan: 0.8975, 0.8905

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 42.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 43.40.
Tahap rintangan: 43.40, 44.35
Tahap sokongan: 42.75, 42.05

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1905.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 2069.75.
Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50
Tahap sokongan: 1905.85, 1761.65