31 Ogos 2020 Analisis Sesi Petang
Sasaran inflasi purata Fed, yang terus menimbang Dolar AS.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut berikutan dengan para pelabur masih mencerna kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell semasa simposium Jackson Hole pada minggu lalu. Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell mencetuskan jangkaan bahawa Bank Pusat A.S. akan menetapkan kadar faedah dengan tahap yang sangat rendah untuk jangka masa yang panjang sambil memberi isyarat bahawa Bank Pusat A.S. akan berusaha untuk mencapai kadar inflasi ke tahap rata-rata 2%. Pendekatan bank pusat terbaru dari Federal Reserve telah mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap kemajuan ekonomi dari Amerika Syarikat, dan memacu penjualan yang besar untuk Dolar AS. Pada masa kini, para pelabur akan terus meneliti ucapan daripada Pegawai Persekutuan yang baru, dengan Naib Pengerusi Richard Clarida dan Presiden Fed Atlanda, Raphael Bostic pada hari ini untuk mengukur pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.14% kepada 92.19.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.84% kepada $43.10 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah ancaman taufan di Teluk Mexico, yang mendorong syarikat tenaga minyak Laura mengurangkan pengeluaran minyak yang sebanyak 84%. Kemerosotan kejutan bekalan telah mendorong momentum kenaikkan harga minyak mentah. Selain itu, Rig Count Oil Baker A.S. A.S. telah menyusut dari bacaan sebelumnya 183 ke bacaan sebanyak 180, yang mendorong prospek positif harga minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas meningkat 0.29% ke $1969.90 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.50, 92.95
Tahap sokongan: 92.10, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3365. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3365, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3250, 1.3155

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1915, 1.2040
Tahap sokongan: 1.1785, 1.1710

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 105.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 105.85.
Tahap rintangan: 105.85, 106.40
Tahap sokongan: 105.30, 104.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7380. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7380, 0.7570
Tahap sokongan: 0.7130, 0.6820

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6735, 0.6810
Tahap sokongan: 0.6690, 0.6640

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3140. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3225
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2950

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9000. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9000, 0.8775

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 43.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 43.40.
Tahap rintangan: 43.40, 43.75
Tahap sokongan: 42.65, 42.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1956.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 2005.65, 2034.15
Tahap sokongan: 1956.60, 1911.40