83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Disember 2019                             Analisis Sesi Petang

 

 

Pound mendatar oleh kerana ketidakpastian Brexit.

Pound sterling berlegar berhampiran tahap 1.3125 selepas mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua minggu kerana kebimbangan pasaran terhadap perkembangan masa depan Brexit terus menimbang pada mata wang tunggal ini. Sebelum ini, Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen mendedahkan bahawa EU mungkin perlu melanjutkan tarikh akhir bagi rundingan mengenai hubungan perdagangan baru dengan UK, dikatakan dalam satu temu bual daripada harian Perancis Les Echos. Kembali ke 3 minggu yang lalu, Boris Johnson segera mengumumkan untuk menulis ke dalam undang-undang bahawa UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah sebelum akhir tahun 2020 selepas Parti Konservatif memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum, dengan cuba untuk menyekat sebarang lanjutan pada tempoh peralihan. Walau bagaimanapun, nampaknya kedua-dua belah pihak kini perlu mempertimbangkan secara serius sama ada lanjutan tentang rundingan perdagangan dan isu-isu lain adalah diperlukan. Perjanjian harus dicapaikan secepat mungkin supaya dapat menyelesaikan isu Brexit yang telah merosot pertumbuhan ekonomi UK selama lebih dari 3 tahun. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD naik 0.12% ke 1.3130. Sebaliknya, pasangan AUD/USD meningkat 0.13% ke 0.7000 selepas data pembuatan positif dari China dibebaskan. Menurut China Logistics Information Census, PMI Pembuatan China mencapai 50.2, sedikit lebih tinggi daripada unjuran ekonomi sebanyak 50.1, menunjukkan sektor perkilangan China kekal berdaya tahan kerana bacaan di atas 50 adalah tanda pengembangan. Oleh itu, sentimen dolar Australia bertukar menjadi baik kerana prestasi negara ini adalah berkait rapat dengan China.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh 0.03% ke $ 61.65 setong setelah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 3 bulan disebabkan oleh kebimbangan para pelabur terhadap prospek permintaan minyak mentah di masa depan tahun 2020. Selain itu, beberapa laporan juga menunjukkan pasaran minyak mentah mungkin menghadapi permintaan yang tidak bersemangat dan masalah pengeluaran minyak mentah yang melebihi kerana pasaran dapat melihat pengeluaran minyak yang kuat dari AS dan pengeksport minyak mentah utama lain. Selain itu, harga emas naik 0.44% ke $1521.80 satu troy auns susulan dengan kesan Januari yang menyebabkan para pelabur memindahkan portfolio mereka ke pasaran emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Dec) 125.5 128.2
05:30

(1hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -7.900M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 96.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.95.

 

Tahap rintangan: 96.50, 96.95

Tahap sokongan: 95.75, 95.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepa ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3115. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3225, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3115, 1.3005

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1220. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1220, 1.1270

Tahap sokongan: 1.1160, 1.1120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 108.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.50.

 

Tahap rintangan: 108.90, 109.35

Tahap sokongan: 108.50, 108.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6965. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7020, 0.7060

Tahap sokongan: 0.6965, 0.6915

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6660. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6760.

 

Tahap rintangan: 0.6760, 0.6825

Tahap sokongan: 0.6660, 0.6600

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3045. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3180

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2955

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9670. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9730, 0.9790

Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 61.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 61.70, 63.10

Tahap sokongan: 60.25, 58.45

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1512.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1531.60.

 

Tahap rintangan: 1531.60, 1556.85

Tahap sokongan: 1512.45, 1488.25