31 Disember 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar berayun menjelang tahun 2021.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berayun di sekitar tahap terendah dalam tempoh dua tahun kerana para pelabur sedang menunggu lebih banyak pemangkin pada hari dagangan yang nipis. Walaupun pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell membantah cadangan peningkatan cek rangsangan dari $600 ke $2000, tetapi pelabur menjangkakan lebih banyak pelan rangsangan akan dilancarkan pada tahun 2021. Semalam, Mitch McConnell mendedahkan bahawa pelan rangsangan tersebut tidak mungkin dapat diluluskan dengan cepat di Senat kerana dia percaya bahawa pelan rangsangan $900 bilion baru-baru ini telah mencapai keseimbangan antara sokongan luas untuk semua jenis isi rumah dan bantuan yang lebih disasarkan kepada golongan yang lebih memerlukan. Di sisi lain, Donald Trump sekali menyatakan bahawa pembayaran langsung $2000 itu harus diluluskan secepat mungkin. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar turun 0.17% ke 89.45.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.08% ke $48,10 setong semasa penulisan kerana kebimbangan pasaran terhadap virus bermutasi di UK berkemungkinan akan mengganggu permintaan pasaran minyak di masa depan. Dalam statistik terbaru, UK telah melaporkan lebih daripada 50k kes sehari dan jumlah kematian juga meningkat dengan ketara, dan ia telah meningkatkan kebimbangan pasaran bahawa sekatan penguncian yang lebih ketat akan dilaksanakan di UK. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1895.00 setroy auns di tengah kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day Switzerland New Year’s Day
All Day Japan Market Holiday
All Day Germany New Year’s Eve
All Day Italy New Year’s Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 803K | 835K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 89.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.30.
Tahap rintangan: 89.60, 89.90
Tahap sokongan: 89.30, 88.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3710
Tahap sokongan: 1.3535, 1.3470

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2300. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2325
Tahap sokongan: 1.2260, 1.2205

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.65, 104.00
Tahap sokongan: 103.00, 102.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7680. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7720.
Tahap rintangan: 0.7720, 0.7750
Tahap sokongan: 0.7680, 0.7635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7225.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7100

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2770. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2825
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2625

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.8820. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8780.
Tahap rintangan: 0.8820, 0.8855
Tahap sokongan: 0.8780, 0.8740

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan aliran menurun. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 48.15.
Tahap rintangan: 48.70, 49.40
Tahap sokongan: 48.15, 47.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1895.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1883.45.
Tahap rintangan: 1895.40, 1914.35
Tahap sokongan: 1883.45, 1870.15