83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Februari 2021                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 1 – 5

Reviu Pasaran (Forex): Januari 25 – 29

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat secara keseluruhan pada minggu lalu, namun masih menyerah sebahagian daripada keuntungannya pada akhir minggu lalu sebelum mengakhiri pasaran pada harga 90.48. Walaupun koronavirus terus menimbang terhadap sentimen, data yang positif dan kenyataan dari Jerome Powell minggu lalu telah memberi sokongan untuk permintaan dolar AS.

 

Dari segi data, kebanyakan datanya adalah cenderung  kepada arah positif. Data CB Consumer Confidence telah meningkat kepada 89.3 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 89.0. Data Core Durable Goods Order juga meningkat sebanyak 0.7%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Sementara itu, ekonomi AS juga menyaksikan pertumbuhan lebih lanjut untuk akhir tahun ini dengan data GDP berkembang sebanyak 4% dalam suku ke-4, selaras dengan jangkaan pasaran. Data tuntutan pengangguran mingguan juga memberi bacaan sebanyak 847K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 875K. Statistik yang lain dalam minggu ini juga merangkumi data sektor perdagangan dan perumahan, tetapi statistik-statistik tersebut tidak mempunyai kesan yang ketara pada dolar AS.

 

Pada masa yang sama, mesyuarat FOMC menjadi acara utama dalam minggu lalu. Fed terus mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah seperti yang dijangkakan, pengerusi FED Powell berusaha untuk meyakinkan pasar bahawa beliau tidak akan mengurangkan program pembelian aset. Walaupun dengan nada yang dovish, para pelabur kekal yakin terhadap pada dolar AS berikutan dengan keputusan FED untuk tidak menghentikan pelonggaran dasar dengan lebih awal dari yang dijangkakan. Apabila melihat data dari AS, proses pemulihan ekonomi adalah jauh lebih baik dibandingkan dengan negara lain seperti UK dan EU. Oleh itu, para pelabur percaya bahawa keputusan Fed akan mendorong ekonomi AS untuk pulih dengan ketara pada akhir tahun ini apabila digabungkan dengan proses vaksinasi yang lebih cepat.

 

Sementara asas yang positif terus menyokong dolar, dolar AS dijangka kekal bertahan untuk jangka masa yang terdekat sementara menunggu untuk lebih banyak pemangkin dalam menentukan arah selanjutnya. COVID-19 dan rangsangan AS dijangka akan mempengaruhi pasaran sementara pasaran terus memantau perkembangannya.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah melambung sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi pasaran minggu lalu pada harga 104.69. Tajuk utama seperti Gamestop dan sekatan dalam perdagangan, ketegangan antara AS serta ketakutan terhadap ekonomi global telah mendorong para pelabur ke mata wang selamat. Namun, peningkatan dalam hasil AS yang menyokong aliran dari Yen ke dolar AS dan juga data AS yang positif telah menyebabkan prestasi Yen lebih rendah berbanding dengan dolar AS sebagai mata wang selamat. Dari segi data, data Tokyo Core CPI meningkat kepada -0.4% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak -0.6%. Japan Retail Sales juga mengalahkan jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak -0.3% berbanding dengan ramalan sebanyak -0.4%. Walau bagaimanapun, data-data ini tidak memberi sebarang kesan kepada pasangan ini.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah didagang dengan stabil secara keseluruhan pada minggu lalu tetapi masih mencatatkan kerugian pada harga 1.2136 sebelum mengakhiri pasaran lalu. Dari segi data, data German IFO Business Climate Indeks merosot kepada 90.1 pada bulan Januari sementara GDP Jerman juga jatuh kepada 0.1%. Data German Unemployment Change telah bertambah baik kepada -41K berbanding dengan ramalan sebanyak 6K tetapi data tersebut mempunyai impak yang terhad pada pasangan ini. Kadar vaksinasi yang rendah dan langkah-langkah sekatan di seluruh negara EU terus memberi impak yang besar terhadap mata wang ini. AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech kedua-duanya mengatakan masalah pengeluaran sebelum ini bermaksud mereka tidak dapat memberikan jumlah yang diharapkan kepada blok tersebut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dalam lingkungan yang ketat sepanjang minggu lalu, tetapi mengakhiri minggu lalu dengan keuntungan pada harga 1.3696. Keseluruhan data adalah cenderung kepada positif. Data Claimant Count Change hanya mencapai 7.0K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 35.0K sementara kadar pengangguran juga bertambah baik kepada 5.0% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 5.1%. Kadar jangkitan UK terus menurun dengan angka terbaru menunjukkan jangkitan pada 29K, jauh di bawah puncak baru-baru ini hampir 70K jangkitan baru yang disahkan setiap hari. Pasaran juga menurunkan pertaruhan mereka terhadap kadar negatif dari BoE dan memberikan sokongan lebih lanjut untuk mata wang ini.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 25 – 29

GOLD

Harga emas kekal didagang rata secara keseluruhan dan masih mengakhiri minggu lalu dengan kerugian pada harga $1848.05 se troy auns. Pasaran terus menghadapi kesukaran dalam menentukan arahnya berdasarkan dengan tajuk utama yang bercampuran seperti kegilaan Gamestop, koronavirus yang semakin teruk dan Fed. Walau bagaimanapun, kekuatan dolar AS pada hari Jumaat telah memberi tekanan kepada logam kuning kerana harga emas berkorelasi negatif dengan dolar AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal stabil sepanjang minggu lalu tetapi masih menetap dengan kerugian sambil menutup pasaran pada harga $ 52.12 se tong. Walaupun dengan berita mengenai pemotongan bekalan dari Arab Saudi, kes koronavirus yang meningkat dan kebimbangan terhadap permintaan tetap menjadi pengaruh utama terhadap pasaran.

 

Pada separuh awal minggu lalu, pasaran minyak mentah disokong oleh data yang menunjukkan kejatuhan dalam inventori minyak mentah A.S. Arab Saudi telah dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Februari dan Mac. Walaupun begitu, momentum tersebut tidak dapat kekal lama kerana peningkatan dalam ketakutan terhadap prospek permintaan dan koronavirus. Pada minggu lalu, kes koronavirus global telah melebihi jumlah 100 juta disebabkan oleh peningkatan yang mendadak di Eropah dan AS sementara kes baru mula muncul kembali di Asia. Di China, pengguna minyak terbesar kedua di dunia, lonjakan kes koronavirus telah menyebabkan sekatan perjalanan menjelang Tahun Baru Cina, biasanya musim perjalanan yang paling sibuk. Berita mengenai varian virus Afrika Selatan telah sampai ke AS juga menimbulkan ketakutan bahawa ia boleh menyebar dengan cepat dan memaksa pihak berkuasa untuk mengenakan semula sekatan.

 

Berikutan pemangkin yang bercampuran, komoditi hitam dijangka terus kekal stabil untuk masa terdekat sementara  pasaran menunggu untuk isyarat lebih lanjut bagi menentukan arah komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 1 – 5

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rangsangan A.S , situasi koronavirus dan data-data ekonomi seperti ADP Non-Farm Employment Change dan Non-Farm Payroll untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 1 – 5

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 1hb Februari 2021
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Jan) 52.7 53.0
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Jan) 57.0 58.3
17:30 GBP Manufacturing PMI (Jan) 52.9 52.9
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Jan) 60.0 60.5
Selasa – 2hb Februari 2021
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Jan) 0.10% 0.10%
11:30 AUD RBA Rate Statement
Rabu – 3hb Februari 2021
05:45 NZD Employment Change (QoQ) (Q4) -0.8% -0.8%
16:00 EUR ECB Monetary Policy Statement
17:30 GBP Services PMI (Jan) 38.8 38.8
18:00 EUR CPI (YoY) (Jan) 0.5% -0.3%
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Jan) 45K -123K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Jan) 58.6 57.7
23:30 USD Crude Oil Inventories 0.430M -9.910M
Khamis – 4hb Februari 2021
17:30 GBP Construction PMI (Jan) 52.9 54.6
20:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Feb) 0.10% 0.10%
21:30 USD Initial Jobless Claims 830K 847K
Jumaat – 5hb Februari 2021
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Dec) -4.2%
21:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Jan) 50K -140K
21:30 USD Unemployment Rate (Jan) 6.7% 6.7%
21:30 CAD Employment Change (Jan) -55.0K -62.6K
23:00 CAD Ivey PMI (Jan) 46.7