1 Mac 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 1 – 5
Reviu Pasaran (Forex): Februari 22 – 26
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Tambahan pula, Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan peningkatan baru-baru ini dalam hasil Perbendaharaan AS dan prospek positif terhadap tindak balas Covid-19 AS telah memberikan momentum bullish ke atas Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 90.90.
Pada minggu yang lalu, hasil perbendaharaan AS telah melonjak ke tahap tertinggi sejak Februari 2020, ketika para pelabur mulai mempertimbangkan kesan ekonomi dari rancangan rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $1.9 trilion. Pergerakan yang besar di pasaran bon AS telah menunjukkan para pelabur bermula untuk membuat spekulasi pada pemulihan ekonomi yang lebih kuat dan menjangkakan bahawa Federal Reserve akan melaksanakan dasar monetari kontraksi pada masa yang akan datang untuk menangani masalah risiko inflasi. Hasil bon yang lebih tinggi akan menarik lebih banyak aliran masuk ke A.S., yang selanjutnya mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar AS. Dari segi data ekonomi, kebanyakkan data ekonomi penting dari rantau AS telah memberi bacaan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran. Menurut kepada Census Bureau, A.S. New Home Sales telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 885K ke bacaan sebanyak 923K, lebih baik daripada jangkaan ekonomis sebanyak 855K. Tambahan pula. A.S. Core Durable Goods Order dan AS Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 1.4% dan 838K, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.7% dan 838K masing-masing. Menurut kepada Reuters, ahli ekonomis menjangkakan bahawa ekonomi AS akan mencipta sebanyak 165,000 pekerjaan baru pada bulan Februari. Data-data ekonomi yang positif tersebut telah mencetuskan lebih banyak prospek positif ke atas perkembangan ekonomi di AS, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas Dolar AS.
Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Vaksin Covid-19 dan juga data-data ekonomi yang baru dari A.S. untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 106.40. Momentum bullsih untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Tambahan pula, harapan positif terhadap resolusi wabak Covid-19 telah juga meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset selamat Yen Jepun. “Untuk minggu ketiga berturut-turut, jumlah kes-kes Covid-19 yang baru di seluruh dunia telah menunjukkan tren menurun dengan ketara pada minggu lalu”, kata Ketua Pengarah World Health Organization (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2075. Momentum bearish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Walau bagaimanapun, mata wang euro masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu pembebasan data daripada zon Eropah di dalam minggu ini.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3920. Momentum penurunan keseluruhan bagi pasangan GBP/USD adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam Dolar AS. Namun, pasangan GBP/USD telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data pekerjaan yang positif dan juga kadar jangkitan Covid-19 yang lebih rendah dari rantau U.K. telah mencetuskan beberapa momentum bullish ke atas Paun Sterling. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K. Averang Earning Indeks + Bonus dan juga U.K. Claimant Count Change telah memberi bacaan sebanyak 4.7% dan -20.0K, kedua-dua adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.1% dan 35.0K masing-masing.
Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 22 – 26
GOLD
Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1726.95 se troy auns susulan dengan kekurangan kes-kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia, yang selanjutnya mencetuskan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti komoditi emas. Penyusutan yang ketara dalam kes-kes Covid-19 di seluruh dunia telah meningkatkan harapan terhadap resolusi terhadap wabak Covid-19 walaupun ada kekhawatiran akan munculnya varian baru. Menurut kepada data terkini, kadar jangkitan global telah menyusut dengan ketara sejak awal 2021, dari lebih daripada 5 juta kes seminggu ke 2.5 juta pada pertengahan Februari. Para pakar menegaskan bahawa program vaksinasi telah memainkan perenan penting dalam penurunan jumlah kes di negara UK dan AS. Selan itu, aset selamat emas telah menerima momentum bearish yang lebih ketara susulan dengan peningkatan dalam hasil Perbendaharaan AS telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari emas ke arah bon Perbendaharaan AS, yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas komoditi emas.
Crude Oil
Harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $61.20 se tong susulan dengan perkembangan terhadap vaksin Covid-19 telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan selepas data inventori yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -7.258M ke bacaan sebanyak 1.285M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak -5.1909M, yang mencetuskan momentum bearish ke atas komoditi tersebut. Namun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai mesyuarat OPEC+ yang akan diadakan pada Khamis untuk menerima isyrat dagangan yang lanjut.
Tinjauan Pasaran: Mac 1 – 5
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti data Nonfarm Payroll dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 8 – 12
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 1hb Mac 2021 | |||||
16:55 | EUR | German Manufacturing PMI (Feb) | – | 51.5 | 51.5 |
17:30 | GBP | Manufacturing PMI (Feb) | – | 54.9 | 54.9 |
23:00 | USD | ISM Manufacturing PMI (Feb) | – | 58.8 | 58.7 |
Selasa – 2hb Mac 2021 | |||||
11:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (Mar) | – | 0.10% | 0.10% |
11:30 | AUD | RBA Rate Statement | – | – | – |
16:55 | EUR | German Unemployment Change (Feb) | – | -15K | -41K |
18:00 | EUR | CPI (YoY) (Feb) | – | 1.0% | 0.9% |
21:30 | CAD | GDP (MoM) (Dec) | – | 0.3% | 0.7% |
Rabu – 3hb Mac 2021 | |||||
08:30 | AUD | GDP (QoQ) (Q4) | – | 2.5% | 3.3% |
17:30 | GBP | Services PMI (Feb) | – | 49.7 | 49.7 |
21:15 | USD | ADP Nonfarm Employment Change (Feb) | – | 168K | 174K |
23:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) | – | 58.7 | 58.7 |
23:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | -5.190M | 1.285M |
Khamis – 4hb Mac 2021 | |||||
04:15 | NZD | RBNZ Gov Orr Speaks | – | – | – |
08:30 | AUD | Retail Sales (MoM) (Jan) | – | 0.6% | 0.6% |
17:30 | GBP | Construction PMI (Feb) | – | 51.5 | 49.2 |
21:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 775K | 730K |
Jumaat – 5hb Mac 2021 | |||||
21:30 | USD | Nonfarm Payrolls (Feb) | – | 165K | 49K |
21:30 | USD | Unemployment Rate (Feb) | – | 6.3% | 6.3% |
23:00 | CAD | Ivey PMI (Feb) | – | – | 48.4 |