83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Jun 2020                            Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 1 – 6

Reviu Pasaran (Forex): Mei 25 – Mei 30

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu selepas data-data yang negatif dari rantau A.S. dan juga peningkatan risiko geopolitik dari Amerika Syarikat selepas kematian George Floyd, seorang lelaki yang telah dibunuh oleh seorang anggota polis Minneapolis putih berlutut di lehernya, yang selanjutnya mendorong orang ramai melakukan tunjuk perasaan di banyak bandar Amerika Syarikat. Sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari rantau A.S. ke negara lain. Indeks Dolar menutup harganya pada 98.243 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang sangat suram. Menurut kepada Conference Board, A.S. CB Consumer Confidence telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 85.7 ke bacaan sebanyak 86.6, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 88.0 manakala A.S. Core Durable Goods untuk bulan yang lepas telah menurun dengan mendadal dari bacaan terdahulu sebanyak -1.7% ke bacaan sebanyak -7.4%. Tambahan pula, Bureau of Economic Analysis telah melaporkan bahawa A.S. Gross Domestic Product (GDP) untuk suku terakhir telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 2.1% ke bacaan sebanyak -5.0%, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu -4.8%. Sementara itu, A.S. Initial Jobless Claims telah memberikan bacaan sebanyak 2,123K, leibh buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 2,100K, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif terhadap data pekerjaan Non-farm Payrolls yang akan dibebaskan pada 5hb Jun 2020, dilaporkan oleh Department of Labor. Data-data yang negatif tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS.

 

R.I.P George Floyd. Selepas kematian Floyd, demonstrasi dan tunjuk perasaan telah dijalankan di kawasan Minneapolis-Saint Paul untuk menuntutkan keadialan bagi George Floyd, yang dibunuh oleh anggota pasukan polis Minneapolis. Walau bagaimanapun, Presiden A.S. Donald Trump, yang memalsukan identiti politiknya dalam teori konspirasis rasis tentang tempat kelahiran Brack Obama, tidak berusuha untuk menyelesaikan masalah rasis di Amerika Syarikat, namun beliau menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih buruk. Beliau menuliskan siri tweet yang memualkan, meradang dan mementingkan diri sendiri. Pada hari Jumaat yang lalu, beliau menyebut para penunjuk perasaan sebagai “samseng” dan memperingatkan di Twitter bahawa: “when the lotting starts, the shooting starts”, yang menterjemah kepada Bahasa Melayu adalah “ketika penjarahan dimulai, penembakan dimulai.”

 

Dari segi perang perdagangan di antara A.S dan China, Presiden A.S. Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan menarik balik kedudukan istimewa Hong Kong sebagai khas kastam setelah parlimen China sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong. Beliau juga mengulangi bahawa pentadbiran Trump akan mengenakan sekatan terhadap pegawai dari China dan Hong Kong. Dalam sanksi tersebut, permerintah A.S. akan melarang visa pelajar dari China dan menghalau mereka dari A.S. Dari segi pasaran kewangan, A.S. juga mengambil tindakan terhadap China termasuk membatalkan lisen syarikat-syarikat China disenearikan di bursa A.S. sekiranya mereka gagal mematuhui undang-undang kewangan A.S.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dalam satu saluran sisi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 107.75. Sementara itu, pasaran kewangan global terjebak dalam konflik di antara optimisme dan pesimisme mengenai pandangan global ekonomi. Sebilangan para pelabur membuat spekulasi mengenai harap prospek positif untuk pertumbuhan ekonomi global berikutan dengan beberapa negara telah membuka kembali ekonomi mereaka, walaupun yang lain khuatir bahawa ancaman sekatan A.S. terhadap China akan menyebabkan pembalasan dari pemerintah China. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga hubungan perdagangan di antara A.S. dan China untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1099. Pasangan tersebut menerima tekanan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, Euro telah menerima isyarat bullish yang lanjutnya susulan dengan rancangan rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Kesatuan Eropah dengan dana pemulihan yang sebanyak 750 bilion euro untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di zon Euro. Tambahan pula, pasangan euro telah melanjutkan keuntungannya selepas data yang positif dari rantau Jerman telah dibebaskan. Menurut kepada Ifo Institute for Economic Research, Jerman Ifo Business Climate Indeks telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 74.2 ke bacaan sebanyak 79.5, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 78.3.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2363. Pasangan GBP/USD telah mencatat keuntungannya kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar A.S. Tambahan pula, Paun Sterling telah melanjutkan keuntungannya selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson pada har Khamis yang lalu menegaskan bahawa “lockdown” yang akibat daripada wabak koronavirus akan dilonggarkan pada minggu ini, yang selanjutnya meningkatkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di UK. Namun, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan ketidakpastian mengenai perjanjian pasca-Brexit. Selain itu, Bank Pusat UK telah mendakwa bahawa ekonomi Britain tidak mungkin pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun ke depan, yang juga mencetuskan beberapa penjualan ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 25 – 30

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1729.30 se troy auns. Aset selamat seperti komoditi emas telah menerima permintaan pasaran susulan dengan peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat akan melepaskan beberapa pertimbangan khas untuk Hong Kong sebagai pembalasan terhadap tindakan Beijing untuk meluluskan undang-undang keselematan baru. Di samping itu, pasaran emas telah melanjutkan keuntungannya berikutan dengan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jay Powell memberikan pernyataan dovish terhadap perkembangan ekonomi di A.S. Menurut kepada CNBC, beliau menegaskan bahawa pemulihan sepenuhnya dari pandemik koronavirus tidak akan dicapaikan sehingga orang merasa yakin untuk kembali hidup seperti sebelum wabak tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $35.59 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa pemotongan minyak mentah dari OPEC dan allies yang akan bermula pada 1hb Mei akan dapat mengatasi masalah bekalan berlebihan yang akibat daripada wabak koronavirus. Selain itu, tinjauan terbaru mengenai pengeboran minyak oleh Baker Hughes pada hari Sabtu yang lalu menunjukkan pengurangan sebanyak 15 pelantar minyak pada minggu ini. Data tersebut akan menunjukkan bahawa belakan untuk minyak mentah dari rantau A.S. akan terus menurun pada masa yang akan datang, yang mendorong prospek positif untuk harga minyak mentah. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas data inventori yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), invnetori minyak mentah A.S. telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak -4.983M ke bacaan sebanyak 7.928M, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu -1.944M.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 1 – 6

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti A.S. Nonfarm Payroll yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 1 – 6

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 1hb Jun 2020
15:55 EUR German Manufacturing PMI (May) 36.8 34.5
16:30 GBP Manufacturing PMI (May) 40.7 40.6
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (May) 43.0 41.5
Selasa – 2hb Jun 2020
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Jun) 0.25% 0.25%
Rabu – 3hb Jun 2020
09:30 AUD GDP (QoQ) (Q1) -0.3% 0.5%
15:55 EUR German Unemployment Change (May) 195K 373K
16:30 GBP Services PMI (May) 28.0 27.8
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (May) -9,000K -20,236K
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (May) 44.0 41.8
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -1.944M 7.928M
Khamis – 4hb Jun 2020
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (Apr) -17.9% 8.5%
16:30 GBP Construction PMI (May) 30.0 8.2
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Jun) 0.00% 0.00%
20:30 USD Initial Jobless Claims 2,123K
20:30 EUR ECB Press Conference
Jumaat– 5hb Jun 2020
20:30 USD Nonfarm Payrolls (May) -8,250K -20,500K
20:30 USD Unemployment Rate (May) 19.7% 14.7%
20:30 CAD Employment Change (May) -500.0K -1,993.8K
22:00 CAD Ivey PMI (May) 22.8
01:00

(6hb)

CrudeOIL US Baker Hughes Oil Rig Count 222