83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 Mac 2020                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 2 – 6

Reviu Pasaran (Forex): Februari 24 – 29

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan, sementara itu indeks tersebut menutup pasarannya pada harga 97.95. Tambahan pula, pasaran saham A.S. mengalami kejatuhan yang besar pada minggu yang lepas susulan dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk memindahkan portfolio mereka dari Amerika Syarikat ke negara lain sambil mencetuskan penjualan yang lanjut ke atas AS Dolar.

AS Dolar telah menerima tekanan bearish susulan dengan kebimbangan mengenai momentum ekonomi yang perlahan di Amerika Syarikat selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan. Menurut kepada Conference Board, A.S. CB Consumer Confidence telah memberi bacaan sebanyak 132.0, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 132.0 susulan dengan para pelabur khuatir bahawa wabak koronavirus akan menjejaskan perkembangan ekonomi di A.S. Selain itu, perbelanjaan peribadi A.S. untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 0.4% ke 0.2%, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 0.3%. Sementara itu, A.S. Initial Jobless Claims telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 211K ke bacaan sebanyak 219K, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 212K sambil memberikan prospek negatif untuk pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat. Memandangkan data-data tersebut adalah lebih buruk daripada jangkaan, yang selanjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat sambil mendorong beberapa penjualan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, A.S. Dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas beberapa data yang positif dari rantau A.S. dibebaskan. Menurut daripada National Association of Realtors, A.S. Pending Home Sales untuk bulan yang lepas telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak -4.3% ke bacaan sebanyak 5.2%, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak 2.2%. Selain itu, A.S. Core Durable Goods Order memberi bacaan sebanyak 0.9%, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 0.2%.

Berlatarbelakangkan risiko koronavirus, Dolar A.S menerima penjualan yang lanjutnya susulan dengan koronavirus telah menyebar lebih cepat di luar China, yang selanjutnya mendorong beberapa jangkaan terhadap Bank Pusat AS untuk mengurangkan kadar faedahnya dalam jangka pendek bagi mengurangkan kesan negatif koronavirus ke atas perkembangan ekonomi A.S. Menurut kepada CME Group’s FedWatch Tool, kebarangkalian bagi Bank Pusat AS untuk mengurangkan kadar faedahnya pada bulan Mac kini telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0% ke bacaan sebanyak 97%. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur masih perlu memberi pemantauan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga ekonomi data dari rantau A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 108.06. Yen Jepun telah mencatat keuntungannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX yang akibat daripada wabak koronavirus. Sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari arah aset berisiko ke arah aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1050. Pasangan tersebut menerima sokongan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kelemahan mata wang saingan, terutamanya dalam A.S. Dolar. Selain itu, pasangan Euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya selepas data yang positif dari rantau Eropah telah dibebaskan. Menurut kepada IFO Institute Economic Research, Jeman IFO Business Climate Indeks telah memberi bacaan sebanyak 96.1, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 95.3 manakala Jerman Unemployment Change telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak -4K ke bacaan sebanyak -10K, lebih baik daripada ramalan iaitu 3K sambil menunjukkan pasaran pekerjaan di Eropah masih kekal stabil. Tambahan pula, pasangan Euro melanjutkan keuntungannya susulan dengan penyataan yang hawkish dari Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde. Beliau menegaskan bahawa Bank Pusat Eropah sedang memantau wabak koronavirus dengan berhati-hati, namun beliau mengatakan bahawa kesan-kesan koronavirus masih belum akan membahayakan perkembangan ekonomi di Eropah. Sentimen yang hawkish tersebut telah memberikan jangkaan terhadap Bank Pusat Eropah untuk mengekalkan kadar faedahnya semasa mesyuarat moneteri, sambil meningkatkan beberapa permintaan ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2815.  Paun Sterling telah menyusut pada minggu yang lalu susulan dengan wabak koronavirus, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko seperti Paun Sterling ke arah aset selamat seperti Yen Jepun. Tambahan pula, Paun Sterling melanjutkan kerugiannya selepas UK mengesahkan pendirian tegas pada rundingan perdagangan dengan Eropah, yang selanjutnya mendorong beberapa prospek negatif untuk rundingan perdagangan di antara kedua-dua negara tersebut. Selain itu, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak menegaskan bahawa beliau mungkin akan menangguhkan pelonggaran dasar fiskal di UK, yang juga selanjutnya mencetuskan penjualan ke atas pasangan tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 24 – 29

GOLD

Harga emas telah menaik ke paras yang lebih tinggi sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1585.85 se troy auns. Pada awal minggu lalu, harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan wabak koronavirus, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil meningkatkan beberapa permintaan ke atas aset selamat. Namun, pada hari Jumaat yang lalu, pasaran emas telah menyusut susulan dengan para pelabur bermula untuk menjual logam emas untuk menampung panggilan margin. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan koronavirus untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $45.23 setong. Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah oleh para pelabur kerana wabak koronavirus baru-baru ini akan menjejaskan permintaan ke atas komoditi minyak mentah.

 

Menurut berita terkini, koronavirus terus merebak dari pusat gempa di China ke negara-negara di seluruh dunia. Iran melaporkan bahawa sebanyak 11 lagi kematian daripada koronavirus, membawa angka kematiannya kepada bacaan sebanyak 54. Selain itu, jumlah jangkitan di Itali telah  meningkat ke bacaan sebanyak 1,694 orang, manakala angka di Perancis telah meningkat ke bacaan sebanyak 130. Sementara itu, Washington telah melaporkan kematian kedua dari koronavirus dan Korea Selatan telah melaporkan sebanyak 4 orang mati semalam dam 476 kes baru koronavirus telah disahkan di Korea Selatan. Secara keseluruhan, 22 orang telah meninggal dunia akibat koronavirus di Korea Selatan dan 4,212 orang telah dijangkiti.

 

Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas data inventori minyak mentah AS telah dibebaskan pada minggu lepas. Menurut kepada EIA institute, inventori minyak mentah telah menyusut ke bacaan sebanyak 0.452M, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 2.005M. Selain itu, harga minyak mentah telah menerima beberapa bullish momentum susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa OPEC akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah pada masa depan dan juga Bank Pusat di seluruh dunia akan melaksanakan beberapa dasar-dasar untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di dunia. Menurut daripada Reuters, beberapa ahli utama Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) sedang mempertimbangkan untuk memotong pengeluaran tambahan sebanyak 1 juta tong sehari, lebih tinggi daripada 600,000 tong sehari yang dicadangkan pada bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, pasaran kini masih menunggu mesyuarat OPEC + yang dijadualkan pada awal bulan Mac untuk meneliti paras bekalan minyak pada masa akan datang. Berita mengenai coronavirus juga tidak boleh diabaikan kerana ia juga bertindak sebagai pemangkin penting untuk menentukan arah minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 2 – 6

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data ISM Manufacturing PMI and NFP untuk mengetahui arah tuju mata wang dolar AS.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 2 – 6

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 2hb Mac 2020
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Feb) 45.7 51.1
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Feb) 47.8 47.8
17:30 GBP Manufacturing PMI (Feb) 51.8 51.9
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Feb) 50.4 50.9
Selasa – 3hb Mac2019
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Mar) 0.75% 0.75%
11:30 AUD RBA Rate Statement
17:30 GBP Construction PMI (Feb) 48.4 48.4
18:00 EUR CPI (YoY) (Feb) 1.2% 1.4%
Rabu – 4hb Mac 2020
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 1.300M
08:30 AUD GDP (QoQ) (Q4) 0.4% 0.4%
17:30 GBP Composite PMI (Feb) 53.3 53.3
17:30 GBO Services PMI (Feb) 53.3 53.3
  GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 170K 291K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) 54.9 55.5
23:00 CAD BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
23:30 USD Crude Oil Inventories 0.452M
Khamis –5hb Mac 2020
18:00 USD OPEC Meeting
Jumaat– 6hb Mac 2020
01:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
01:45 CAD BoC Gov Poloz Speaks
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Jan) -0.5%
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Feb) 175K 225K
21:30 USD Unemployment Rate (Feb) 3.6% 3.6%
21:30 CAD Employment Change (Feb) 10.0K 34.5K
21:30 CAD Ivey PMI (Feb) 57.3