83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 November 2020                              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 2 – 6

 

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 26 – 30

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam jenis mata wang utama berjaya memulihkan kerugiannya sepanjang minggu lalu di tengah-tengah harapan terhadap pelan rangsangan yang semakin pudar sementara data ekonomis yang optimis juga telah menyokong kenaikan dolar.

Pada awal minggu lalu, pasaran dolar AS berubah ‘wangi’ sambil menerima momentum kenaikan besar kerana kurangnya kemajuan dalam pelan bantuan koronavirus kedua AS. Setakat ini, kebanyakan pakar dan pelabur tidak menjangkakan pelan rangsangan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya AS kerana kebuntuan antara Demokratik dan Republik tetap tidak dapat mencapai kesepakatan antara satu sama lain. Kedua-dua pihak mempunyai pendapat yang berlainan mengenai jumlah pelan rangsangan pusingan berikutnya. Ketika semakin dekat dengan Pilihan Raya Presiden AS, para pelabur sekarang akan mengawasi persaingan antara Joe Biden dan Donald Trump untuk mengukur arah dolar AS yang lebih jauh. Meskipun demikian, pelan bantuan Coronavirus perlu dilaksanakan di AS secepat mungkin di tengah-tengah ekonomi AS yang masih dihantui oleh kesan negatif wabak itu, terutama sektor perniagaan kecil dan sederhana. Dari segi data, kenaikan dolar dapat dilanjutkan ke tahap yang lebih tinggi selepas data seperti GDP AS dan Initial Jobless Claims menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, masa depan ekonomi AS masih kabur ketika pandemi Covid-19 terus merebak ke seluruh wilayah AS sementara jumlah kes yang dijangkiti tetap pada tahap tinggi.

Dengan gabungan ketidakpastian dalam pelan rangsangan dan pilihan raya yang akan datang, para pelabur dijangka akan memberikan fokus pada pilihan raya antara Joe Biden dan Donald Trump sambil juga memberi perhatian pada pelan rangsangan.

 

USD/JPY

Pasangan naik USD / JPY mengalami kerugian yang ketara sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 105.31. Sumbangan utama momentum penurunan pada pasangan mata wang ini adalah sepenuhnya dari kekukuhan dolar AS dan ciri-ciri aset selamat Yen Jepun. Setakat ini, ketidakpastian pasaran mengenai Pilihan Raya Presiden AS, Brexit dan kebangkitan wabak di zon euro mendesak pelabur untuk mengalihkan sebahagian besar pegangan portfolio mereka ke pasaran aset selamat Yen Jepun untuk melindungi nilainya.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah menurun dengan ketara sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1646 di tengah kebangkitan Covid-19 di negara-negara zon Euro seperti Perancis dan Jerman. Menurut statistik terkini, negara-negara yang mencatat kes yang dijangkiti paling tinggi di Zon Euro adalah Perancis dan Sepanyol. Pada minggu lalu, Perancis, Jerman dan Belgium telah memutuskan untuk melaksanakan sekatan penguncian di negara mereka masing-masing setelah jumlah kes melonjak dengan ketara sambil menunjukkan tanda di luar kawalan. Selepas langkah yang lebih ketat telah dilaksanakan di Zon Euro, para pelabur percaya bahawa ekonomi akan merosot lagi kerana sebahagian daripada kegiatan ekonomi terpaksa dihentikan selama tempoh penutupan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah mengalami corak campuran dagangan sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 1.2948. Setakat ini, arah paun masih banyak ditentukan oleh perkembangan Brexit. Minggu lalu, berita positif dari perbincangan perdagangan Brexit telah meningkatkan sentimen pasaran paun. Menurut pusingan terakhir atau perbincangan perdagangan, rundingan perdagangan dan keselamatan antara UK dan EU telah mencapai kemajuan yang baik, dikatakan oleh Ursula von der Leyen. Lebih-lebih lagi, David Frost dan Michel Barnier mengulas bahawa mereka sedang bekerja keras dalam rundingan Brexit untuk mengelakkan Brexit keras setelah tempoh peralihan berakhir. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah utama seperti perikanan yang masih belum dapat diselesaikan, sementara memerlukan lebih banyak masa dan perbincangan yang lebih lanjut untuk mencapai kesepakatan dalam isu Brexit.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 26 – 30

GOLD

Harga emas menjunam sepanjang minggu lalu, namun ia masih mengakhiri minggu tersebut dengan keuntungan pada harga  $ 1878.75 per troy auns di tengah-tengah kebuntuan pelan rangsangan AS dan optimisme kemajuan Brexit. Minggu lalu, harga emas mendapat momentum penurunan besar ketika harapan pelan rangsangan semakin pudar setelah Presiden AS Donald Trump dan Nancy Pelosi mendedahkan bahawa pelan rangsangan hanya akan dilaksanakan setelah Pilihan Raya Presiden AS berakhir. Dalam latar belakang kemungkinan rendah untuk meluluskan pelan stimulus dalam jangka pendek, ia telah menyebabkan tekanan jual besar di pasaran emas karena tekanan inflasi dijangka akan tetap berada pada tahap rendah. Selain itu, kemajuan perbincangan Brexit telah memberikan momentum penurunan yang lebih besar di pasaran emas kerana kemungkinan Brexit tanpa perjanjian telah semakin pudar.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam sepanjang minggu ketika menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 35.75 setong di tengah lonjakan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia dan data inventori yang kecewa.

Pada awal minggu lalu, harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah setelah data API AS menunjukkan kenaikan yang lebih besar daripada yang dijangkakan sebanyak 4.577 juta tong untuk minggu yang berakhir pada 23 Oktober. Selain itu, keadaan bekalan melebihi juga dapat diperhatikan dalam data Inventori Minyak Mentah EIA dengan bacaan sebenar 4.320M, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 1.230M, menunjukkan bahawa masalah bekalan melebihi telah bertambah buruk. Pada masa yang sama, harga minyak mentah jatuh dengan ketara lagi setelah Perancis dan Jerman mengumumkan sekatan penguncian baru sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes Covid-19. Dengan latar belakang langkah penutupan di zon Euro, aktiviti ekonomi utama dijangka berhenti sambil menyebabkan permintaan yang lebih rendah dari negara-negara ini terhadap pasaran minyak. Selain itu, beberapa anggota OPEC nampaknya enggan menlanjutkan pemotongan pengeluaran yang seharusnya dilonggarkan sebanyak 2 juta tong sehari mulai tahun depan Januari kerana ekonomi negara-negara tersebut akan terjejas oleh pemotong pengeluaran minyak mentah yang lebih besar.

Walaupun prospek komoditi hitam ini tetap negatif sementara tidak ada tanda-tanda pemulihan yang kuat, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data inventori dan perkembangan wabak untuk menentukan arah komoditi tersebut.

Tinjauan Pasaran: November 2 – 6

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan yang berterusan mengenai pelan rangsangan AS dan juga data-data ekonomi seperti Pilihan Raya AS dan Fed Interest Rate Decision untuk mendapat isyarat selanjutnya. Selain itu, situasi koronavirus yang berterusan  juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 2 – 6

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 2hb November 2020
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Oct) 58.0 58.0
17:30 GBP Manufacturing PMI (Oct) 53.3 53.3
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Oct) 55.8 55.4
Selasa – 3hb November 2020
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Nov) 0.10% 0.25%
11:30 AUD RBA Rate Statement
21:00 USD U.S. Presidential Election
Rabu – 4hb November 2020
05:45 NZD Employment Change (QoQ) (Q3) -0.8% -0.4%
07:50 JPY BoJ Monetary Policy Statement
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Sep) -1.5% -4.0%
17:30 GBP Services PMI (Oct) 52.2 52.3
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Oct) 650K 749K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) 57.5 57.8
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 4.320M
Khamis – 5hb November 2020
17:30 GBP Construction PMI (Oct) 55.0 56.8
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Nov) 0.10% 0.10%
21:30 USD Initial Jobless Claims 733K 751K
Jumaat– 6hb November 2020
03:00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25%
03:30 USD FOMC Press Conference
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Oct) 600K 661K
21:30 USD Unemployment Rate (Oct) 7.6% 7.9%
21:30 CAD Employment Change (Oct) -7.5K 378.2K
23:00 CAD Ivey PMI (Oct) 54.3