83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Mei 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 3 – 7

 

Reviu Pasaran (Forex): April 26 – 30

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 91.23. Dengan optimisme pasaran disokong data positif ditambah dengan tekanan inflasi yang meningkat, dolar AS mengalami permintaan yang ketara.

 

Dari perspektif data, kebanyakan statistik utama adalah cenderung kepada positif. Data Core Durable Goods Orders A.S memberi bacaan yang  seperti dijangkakan pada 1.6% sementara GDP meningkat kepada 6.4%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 6.2%. Di samping itu, data CB Consumer Confidence juga meningkat untuk April pada 121.7 berbanding dengan jangkaan sebanyak 113.0. Walaupun data Initial Jobless Claims adalah sedikit lemah dengan bacaan sebanyak 553K berbanding dengan jangkaan sebanyak 549K, keputusannya juga dianggap positif kerana lebih baik berbanding bacaan sebelumnya. Tekanan inflasi juga meningkat dengan data Core PCE Price Indeks yang digemari oleh FED meningkat sebanyak 1.8% untuk bulan Mac.

 

Selain itu, pasaran juga menghadamkan keputusan dasar terbaru Fed yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu. Walaupun pengerusi Fed Jerome Powell telah mengenali pertumbuhan ekonomi A.S., beliau tetap meragui dan menambahkan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi dalam kemajuan yang lebih besar untuk menyebabkan perubahan nada dalam dasar kewangan. Namun, optimisme terhadap pemulihan ekonomi AS terutama di pasaran buruh berpotensi menyebabkan Fed untuk mengurangkan asetnya lebih awal dari yang dijangkakan. Oleh itu, jangkaan tersebut telah meningkatkan permintaan dolar AS, dan menyebabkan harganya ke paras tertinggi Mac 2021.

 

Walaupun dengan nada dovish dari Fed, dolar AS dijangkakan dapat melanjutkan keuntungannya dalam waktu terdekat dengan latar belakang pakej rangsangan A.S., tinjauan ekonomi yang bertambah baik sementara pasaran terus memantau sebarang pemangkin selanjutnya yang boleh mempengaruhi mata wang tersebut.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melonjak sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran dengan harga 109.32. Pada minggu lalu, BoJ mengekalkan dasarnya dengan tidak berubah dan mengambil pandangan yang lebih optimis mengenai prospek pertumbuhan Jepun. Walau bagaimanapun, bank pusat tersebut telah mengurangkan tinjauan harganya kepada 0.1% untuk tahun ini susulan dengan kecemasan virus yang diperbaharui. Selain itu, ramalan baru untuk fiskal 2023 juga mengesahkan bahawa gabenor Jepun Haruhiko Kuroda berkemungkinan tinggi akan gagal untuk mencapai tujuannya pada pertumbuhan harga 2% yang stabil.

 

EUR/USD

EUR/USD telah menjunam sepanjang minggu lalu dan mengakhiri minggu ini dengan harga 1.1793. Dari segi data, sebahagian besar daripada data adalah cenderung kepada negatif disebabkan oleh lonjakan terbaru kes COVID-19 baru. Data German IFO Business Climate Index jatuh kepada 96.8 berbanding dengan jangkaan sebanyak 97.8. Selain itu, data German Unemployment Change juga lebih lemah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 9K berbanding dengan jangkaan sebanyak-10K sementara data GDP Jerman untuk suku pertama juga kecewa dengan bacaan sebanyak -1.7% berbanding dengan jangkaan sebanyak -1.5%. Di samping itu, pasangan mata wang ini juga diseret oleh optimisme terhadap dolar AS yang mengurangkan daya tarikan Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD juga jatuh sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri sesi perdagangan pada harga 1.3813. Disebabkan oleh kekurangan statistik untuk memberikan arah, pergerakan dalam pasangan ini kebanyakan adalah didorong oleh kekuatan dolar. Selain itu, pasangan ini juga dipengaruhi oleh risiko terhadap pilihan raya Scotland. Tinjauan pendapat menunjukkan majoriti untuk parti pro-kemerdekaan di parlimen Scotland yang mungkin meningkatkan tekanan untuk referendum kemerdekaan dan bertindak sebagai halangan untuk paun sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 22 – 26

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan sementara mengakhiri pasaran minggu lalu pada harga $ 1768.66. Disebabkan oleh kenaikan dolar AS dan hasil perbendaharaan minggu lalu, permintaan untuk logam kuning telah jatuh. Dengan latar belakang keyakinan pengguna AS yang kukuh, bon AS mula mengalami tekanan penjualan yang besar yang juga menyebabkan hasil perbendaharaan mengikutinya. Selain itu, komoditi ini juga menghadapi halangan dari peningkatan optimisme terhadap pemulihan ekonomi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah berundur dari paras yang tinggi sebelum akhir sesi pasaran lalu, tetapi berjaya menutup pasaran dengan keuntungan secara keseluruhan pada harga $ 63.44 setong. Pada separuh awal minggu lalu, komoditi tersebut berusaha untuk mengabaikan bencana COVID-19 di India dan meningkat susulan dengan keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan untuk tahun ini yang dijangkakan oleh OPEC + dan data inventori positif. Namun, kenaikan yang berterusan tersebut telah diputuskan selepas ada berita mengenai peningkatan sekatan di India dan juga Brazil yang merupakan pasaran utama minyak lain. Pengimport minyak ketiga terbesar, India mencatatkan 18 juta jangkitan minggu lalu dan banyak negeri dan ibu kota seperti New Delhi dan Mumbai menghadapi sekatan dan perintah berkurung yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Rystad Energy juga memberi amaran pada minggu lalu bahawa krisis di India dapat mengurangkan 915,000 tong sehai dalam penggunaan bahan bakar untuk Mei 2021.

 

Tinjauan Pasaran: Mei 3 – 7

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rangsangan A.S , situasi koronavirus dan data-data ekonomi seperti data ADP Nonfarm Employment dan Nonfarm Payrolls untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 3 – 7

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 3hb Mei 2021
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Apr) 66.4 66.4
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Apr) 65.0 64.7
Selasa – 4hb Mei 2021
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (May) 0.10% 0.10%
12:30 AUD RBA Rate Statement
16:30 GBP Manufacturing PMI (Apr) 60.7 60.7
Rabu – 5hb Mei 2021
06:45 NZD Employment Change (QoQ) (Q1) 0.2% 0.6%
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Apr) 815K 517K
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 64.3 63.7
22:30 USD Crude Oil Inventories 0.090M
Khamis – 6hb Mei 2021
16:30 GBP Composite PMI (Apr) 60.0 60.0
16:30 GBP Services PMI (Apr) 60.1 60.1
19:00 USD BoE Interest Rate Decision (May) 0.10% 0.10%
20:30 USD Initial Jobless Claims 540K 553K
Jumaat – 7hb Mei 2021
16:30 GBP Construction PMI (Apr) 62.5 61.7
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Apr) 978K 916K
20:30 USD Unemployment Rate (Apr) 5.7% 6.0%
20:30 CAD Employment Change (Apr) -187.5K 303.1K
22:00 CAD Ivey PMI (Apr) 60.5 72.9