83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Januari 2020             Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 4 – 8

 

Reviu Pasaran (Forex): Disember 28 – Januari 1

US Dollar

Indeks dolar yang didagang dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama gagal memulih kerugiannya sambil mencatat tahap terendah dalam tempoh dua tahun kerana ekonomi AS masih bergelut dalam kejatuhan wabak sementara para pelabur menjangkakan lebih banyak pelan rangsangan pada tahun 2021.

 

Awal minggu lalu, indeks dolar berjaya memulihkan sebahagian kerugiannya selepas Presiden AS akhirnya menandatangani pelan rangsangan $900 bilion ke dalam undang-undang, menurunkan kebimbangan pasaran mengenai kehilangan tuntutan pengangguran yang dimana akan memudaratkan 14 juta orang kehilangan insurans pengangguran. Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengekal pendirian yang keras sambil menegaskan bahawa pelan rangsangan itu terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk menyokong ekonomi AS, di mana beliau meminta Kongres untuk meningkatkan jumlah cek rangsangan dari $600 ke $2000. Walaupun begitu, ramalan untuk lebih banyak rangsangan dan sokongan fiskal dari pemerintah dan bank pusat AS terus mempengaruhi indeks dolar. Pelabur bertaruh bahawa Joe Biden akan melaksanakan pelan rangsangan yang lebih lanjut untuk meningkatkan ekonomi AS dalam tahun 2021. Walaupun begitu, pergerakan pasaran amat perlahan pada minggu lalu kerana dagangan yang nipis pada cuti Krismas dan Tahun Baru.

 

Setakat ini, para pelabur menunggu lebih banyak pemangkin pada tahun 2021 untuk menentukan arah indeks dolar lebih lanjut sambil mengawasi perkembangan wabak di seluruh dunia.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY didagang dengan lebih rendah sepanjang minggu sambil menamatkan pasaran pada harga 103.24. Sumbangan utama momentum bearish terhadap pasangan mata wang ini bersumber dari jangkaan bahawa pelan rangsangan yang lebih lanjut akan dilancarkan di AS yang dimana akan merosotkan nilai dolar AS. Selain itu, kes pandemik global yang semakin meningkat juga telah meningkatkan daya tarikan yen Jepun Pada minggu ini, pelabur akan terus mengawasi data ekonomi seperti PMI perkhidmatan untuk mengukur arah pasangan mata wang ini.

 

EUR/USD

EUR/USD berjaya melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lalu sambil menamatkan pasaran dengan harga 1.2215. Selepas berbulan-bulan rundingan perjanjian perdagangan Pasca-Brexit, EU dan UK akhirnya mencapai kesepakatan di mana membenarkan UK meninggalkan kesatuan EU pada 31 Disember 2020. Kedua-dua belah pihak telah memulai proses meninggal EU sejak musim panas 2016, ketika referendum mengenai keanggotaan EU telah menunjukkan bahawa hampir 52% pengundi Britain memilih untuk meninggalkan EU, dan 48% tidak sokong untuk meninggal EU. Perjanjian Brexit dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak kerana dapat mengelakkan hubungan perdagangan yang rumit di masa depan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan sambil mengakhiri pasaran pada harga 1.3670. Walaupun dengan kekhuatiran yang semakin meningkat mengenai ketegangan coronavirus baru di UK, pencapaian kesepakatan antara UK dan EU telah meningkatkan nilai paun sterling. Pada 1 Januari 2021, bak baru telah bermula dalam sejarah hubungan Britain dengan negara Eropah yang lain. Keluar dari blok tersebut merupakan peluang untuk mendapatkan kembali kuasa untuk membuat keputusan di UK, namun masih banyak ketidakpastian di depan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 28 – Januari 1

GOLD

Harga emas terus didagang dengan lebih tinggi sementara mengakhiri pasaran pada harga 1900.40 kerana para pelabur meramalkan pelan rangsangan dan sokongan fiskal yang lebih besar di masa depan selepas Joe Biden dilantik sebagai Presiden AS berikutnya. Selain itu, strain coronavirus baru di UK meningkatkan kebimbangan pasaran kerana virus yang bermutasi mencatatkan kadar penyebaran yang lebih tinggi sebanyak 70% berbanding dengan virus sebelumnya di UK. Menurut statistik terkini, beberapa negara telah melaporkan kes virus bermutasi seperti Perancis, Australia, Kanada dan sebagainya. Kemunculan virus baru telah meningkatkan kebimbangan pasaran sambil mendesak para pelabur untuk memindahkan modal mereka ke pasaran logam kuning ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah berjaya memulihkan kerugiannya sebelum mengalami kerugian yang mendadak pada akhir minggu, tetapi masih mangakhiri pasaran dengan kerugian pada harga 48.40. Wabak virus bermutasi di UK dan data inventori yang optimis menyebabkan sentimen pasaran bercampur.

 

Pada awal minggu ini, komoditi mengalami tekanan belian yang besar kerana API telah melaporkan penurunan inventori minyak mentah AS yang tidak dijangka. Menurut kepada data, Stok Minyak Mentah Mingguan API telah dilaporkan pada -4.785M, tersasar ramalan ahli ekonomi pada -2.100M, menimbulkan sentimen positif dalam pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, inventori minyak mentah EIA juga turun lebih banyak daripada yang dijangkakan pada minggu lepas. Secara terperincian, inventori minyak mentah turun 6.065 juta, berbanding dengan jangkaan penganalisis untuk penurunan 2.583 juta. Walaupun begitu, keuntungan produk minyak ini terhad kerana strain baru virus covid-19 di UK mengancam lebih banyak sekatan penguncian akan dilaksanakan di seluruh Eropah. Sekiranya perkembangan virus bermutasi mencetuskan penutupan negara, ia dijangka akan menjejas pemulihan permintaan minyak global.

 

Setakat ini, para pelabur masih menunggu lebih banyak pemangkin untuk menentukan arah harga minyak mentah seperti mesyuarat OPEC + yang akan datang dan data inventori minyak mentah selanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 4 – 8

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan koronavirus serta data-data ekonomi seperti data NFP untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 4 – 8

 

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 4hb Januari 2021
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Dec) 58.6 58.6
17:30 GBP Manufacturing PMI (Dec) 57.3 57.3
Selasa – 5hb Januari 2021
16:55 EUR German Unemployment Change (Dec) 10K -39K
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Dec) 56.5 57.5
Rabu – 6hb Januari 2021
17:30 GBP Composite PMI (Dec) 50.7 50.7
17:30 GBP Services PMI (Dec) 49.9 49.9
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change 307K
22:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
23:30 USD Crude Oil Inventories -6.065M
Khamis – 7hb Januari 2021
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
17:30 GBP Construction PMI (Dec) 55.0 54.7
18:00 EUR CPI (YoY) (Dec) -0.2% -0.3%
20:30 EUR ECB Monetary Policy Statement
21:30 USD Initial Jobless Claims 833K 787K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) 54.6 55.9
23:00 CAD Ivey PMI (Dec) 54.7 52.7
Jumaat – 8hb Januari 2021
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Dec) 100K 245K
21:30 USD Unemployment Rate (Dec) 6.8% 6.7%
21:30 CAD Employment Change (Dec) -5.0K 62.1K