4 Mei 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 4 – 9
Reviu Pasaran (Forex): April 27 – Mei 2
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan dalam sentimen selera risiko selepas beberapa negara telah memutuskan untuk melonggarkan sekatan perniagaan yang telah ditutup akibat wabak koronavirus, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara dalam aset selamat seperti Dolar AS. Selain itu, Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya selepas data-data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan. Indeks dolar menutup harganya pada 98.93 pada hari Jumaat yang lalu.
Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari A.S. telah memberikan bacaan yang sangat negatif, walaupun beberapa keputusan adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran. Menurut kepada Conference Board, A.S. CB Consumer Confidence telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 118.8 ke bacaan sebanyak 86.9, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 87.9. Selain itu, A.S. Gross Domestic Produk (GDP) telah menurun dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.8% ke bacaan sebanyak -4.8%, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu -4.0%, dilaporkan oleh Bureau Of Economic Analysis. Sementara itu, A.S. Pending Home Sales untuk bulan yang lepas telah menyusut ke -20.8% dari bacaan terdahulu iaitu 2.3%. Untuk data-data pekerjaan A.S., Department of Labor dari A.S. telah melaporkan bahawa A.S. Initial Jobless Claims memberikan bacaan sebanyak 3,839K, yang juga lebih buruk daripada jangkaan ekonomis sebanyak 3,500K. Data-data negatif tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mengurangkan permintaan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas data pembuatan yang psoitif telah dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu. Menurut kepada Institute for Supply Management, A.S. ISM Manufacturing Purchasaing Manager Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 41.5, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 36.9. Selain itu, Bank Pusat A.S. telah mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25% sambil menegaskan bahawa mereka bersedia untuk menggunakan dasar-dasar monetari yang agresif untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi A.S.
Dari segi wabak koronavirus di A.S., jumlah kematian A.S. yang akibat daripada wabak koronavirus telah meningkat sebanyak 1,450 orang pada hari Ahad yang lalu, menjadikan jumlah kematian lebih daripada 67,600 orang. Selain itu, Baltimore-based University melaporkan bahawa lebih daripada 1.15 juta orang telah dijangkiti wabak koronavirus di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Gilead Sciences dari A.S. mendakwa bahawa ubat antivirus Remdesivir dapat membantu untuk memperbaiki gejala pada pesakid coronavirus, yang selanjutnya mendorong beberapa prospek positif untuk perkembangan koronavirus. Namun, pada masa kini, para pelabur tetap berhati-hati dengan strategi perdagangan mereka ketika Presiden A.S. Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif yang baru kepada China sebagai tindak balas untuk wabak koronavirus krisis, yang mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Pada masa kini, para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai wabak koroanvirus dan juga isu-isu perang perdagangang di antara A.S. dan China untuk menerima isyarat dagangang yang lanjutnya.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 106.82. Momentum bearish keselurahan untuk pasangan tersebut kebanyakannya didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Selain itu, Yen Jepun telah mencatat keuntungannya selepas Bank Pusat Jepun terus membeli bon kerajaan dalam jumlah yang tidak terhad untuk meringankan isu-isu kecairan bagi syarikat-syarikat Jepun bagi mengatasi pemusnahan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Tambahan pula, peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China selepas Diplotmat A.S. menuduh China mengenai kegagalan untuk menangani isu-isu wabak koronavirus, yang selanjutnya meningkatkan risiko geopolitik dunia sambil mendorong beberapa permintaan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.0979. Pasangan tersebut menerima sokongan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kekuatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, pasangan euro menerima momentum bullish selepas negara Jerman telah merangcang untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi. Menurut kepada CNBC, Canselor Angela Markel, dan para pemimpin daripada 16 negeri persekutuan di Jerman telah bersetuju untuk membuka muzium, galeri, zoo dan juga taman permainan di Jerman.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2491. Pasangan GBP/USD telah mencatat keuntungannya kebanyakkan didorong oleh penyusutan dalam Dolar A.S. dan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX pada minggu yang lepas, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya selepas data yang negatif dari rantau U.K. dibebaskan. Menurut kepada Markit/CIPS, UK Manufacturing Purchasing Manager Indeks (PMI) telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 47.8 ke bacaan sebanyak 32.6, tersasar dengan jangkaan pasaran iaitu 32.8. Namun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan mesyuarat di antara A.S. dan UK untuk perjanjian perdagangang yang penting yang akan diadakana pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut.
Reviu Pasaran (Komoditi): April 27 – Mei 2
GOLD
Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1670.40 se troy auns. Harga emas telah menusut pada minggu yang lalu selepas beberapa negara merancang untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi dan Bank Pusat Global telah melancarkan rangsangan ekonomi yang agresif untuk melindungi perkembangan ekonomi dari wabak koronavirus. Selain itu, National Institutes of Health’s National of Allegory dan Infection Diseases (NIAID) melaporkan bahawa ubat Remdesivir dari Gilead Science akan mendorong pemulilhyan yang lebih cepat dan effisien untuk penyakit wabak koronavirus, yang selanjutnya meningkatkan prospek positif untuk koronavirus. Namun, komoditi emas telah mengehadkan kerugiannya selepas Presiden A.S. Donald Trump telah mengancam tarif baru terhadap China ke atas krisis koronavirus, yang selanjutnya meningkatkan risiko geopolitik dunia dan mencetuskan permintaan ke atas aset selamat seperti komoditi emas. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, wabak koronavirus dan juga data-data ekonomi yang penting untuk menerima isyarat dagangang yang lantjunya.
Crude Oil
Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $19.53 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa pemotongan minyak mentah dari OPEC dan allies yang akan bermula pada 1hb Mei akan dapat mengatasi masalah bekalan berlebihan yang akibat daripada wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, Organization of Petroleum Exporting Countries (OPE), Russia dan juga OPEC+ telah memutuskan untuk mengurangkan bekalan miinyak sebanyak 9.7 juta tong sehari dari 1hb Mei 2020. Tambahan pula, beberapa negara dan wilayah termasuk China Hubei telah mengurangkan sekatan “lock-down” yang akibat daripada koronavirus. Sentimen tersebut akan mendorong beberapa prospek positif untuk permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Dari sesi data inventori, Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 15.022M ke bacaan sebanyak 8.991M, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 10.619M, mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan berlebihan terhadap komoditi minyak mentah.
Tinjauan Pasaran: Mei 4 – 9
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkemgan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti A.S. Nonfarm Payrolls yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 4 – 9
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 4hb Mei 2020 | |||||
09:45 | CNY | Caixin Manufacturing PMI (Apr) | – | 50.3 | 50.1 |
15:55 | EUR | German Manufacturing PMI (Apr) | – | 34.4 | 45.4 |
Selasa – 5hb Mei 2020 | |||||
12:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (May) | – | 0.25% | 0.25% |
12:30 | AUD | RBA Rate Statement | – | – | – |
16:30 | GBP | Composite PMI (Apr) | – | 12.9 | 36.0 |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI (Apr) | – | 44.0 | 39.3 |
16:30 | GBP | Services PMI (Apr) | – | 12.3 | 34.5 |
22:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) | – | 44.0 | 52.5 |
Rabu – 6hb Mei 2020 | |||||
06:45 | NZD | Employment Change (QoQ) (Q1) | – | – | 0.0% |
09:30 | AUD | Retail Sales (MoM) (Mar) | – | 8.2% | 0.5% |
16:30 | GBP | Construction PMI (Apr) | – | 22.2 | 39.3 |
20:15 | USD | ADP Nonfarm Employment Change (Apr) | – | -20,000K | -27K |
22:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | 10.619M | 8.991M |
Khamis – 7hb Mei 2020 | |||||
14:00 | GBP | BoE Interest Rate Decision (May) | – | 0.10% | 0.10% |
19:00 | GBP | BoE Inflation Report | – | – | – |
19:00 | GBP | BoE MPC Meeting Minutes | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | – | 3,893K |
22:00 | CAD | Ivey PMI (Apr) | – | 41.0 | 26.0 |
Jumaat– 8hb Mei 2020 | |||||
20:30 | USD | Nonfarm Payrolls (Apr) | – | -21,000K | -701K |
20:30 | USD | Unemployment Rate (Apr) | – | 16.0% | 4.4% |
20:30 | CAD | Employment Change (Apr) | – | -2,750.0K | -1,010.7K |
01:00
(9hb) |
CrudeOIL | U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | – | – | 325 |