83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Julai 2021                 Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 5 – 9

Reviu Pasaran (Forex): Jun 28 – Julai 2

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sementara tutup harganya pada 92.19. Keseluruhan tren untuk Dolar AS adalah kekal bullish susulan dengan data-data ekonomi yang positif dan penyataan hawkish daripada Bank Pusat AS, yang selanjutnya mencetuskan prospek positif ke atas perkembangan ekonomi di A.S. dan meningkatkan harapan bahawa Bank Pusat AS mungkin akan mengetatkan dasar monetarinya.

 

Dari segi data ekonomi, angka keyakinan pengguna A.S. telah mengagumkan pasaran pada hari Selasa di mana data CB Consumer Confidence Indeks telah melonjak ke paras tertinggi dalam 16 bulan pada bulan Jun dengan bacaan sebanyak 127.3 berbanding jangkaan pasaran sebanyak 119.0. Selain itu, data ADP Nonfarm Employment Change juga menunjukkan lonjakan yang ketara dalam pengambilan pekerja untuk bulan Jun dengan bacaan sebanyak 692K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 600K. Sementara itu, Data Pending Home Sales juga meningkat dengan ketara dengan bacaan sebanyak 8.0%, lebih baik daripada jangkaan sebanyak -0.8%. Selain itu, data Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 364K, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 390K. Walau bagaimanapun,data yang penting pada hari Jumaat seperti Non-farm Payroll dan Kadar Pengangguran telah memberikan pandangan yang agak bercampur-campuran. Nonfarm Payroll telah melepasi jangkaan pasaran 700K hingga 850K, tetapi kadar pengangguran meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 5.8% ke 5.9%.

 

Walaupun begitu, laporan keseluruhannya adalah kekal baik dan penganalisis telah menjangkakan bahawa Bank Pusat AS mungkin akan mengetatkan pembelian bon dalam masa terdekat. Selepas mesyuarat Fed yang mengejutkan pada 16 Jun, beberapa anggota Fed telah meminta untuk meningkatkan kadar faedah pada akhir 2022 untuk memerangi peningkatan kadar inflasi yang ketara dalam jangka pendek. Menurut Anggota Fed Robert Kaplan, beliau baru-baru ini menegaskan bahawa mereka perlu mulai memperketat dasar monetari untuk memastikan peralihan yang lancar. Kaplan juga mengulangi bahawa pemulihan ekonomi di AS dijangkakan akan meneruskan momentumnya dan adalah wajar untuk bertindak lebih awal kerana pemulihan ekonomi itu sejajar dengan pengaturan dasar monetari semasa.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah didagang engan lebih tinggi pada minggu lepas dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu dengan harga 111.00. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan ini adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam Dolar AS selepas Bank Pusat AS memberikan penyaaan yang hawkish. Selain itu, peningkatan jumlah kes Covid-19 di Jepun tetap menjadi kebimbangan para pelabur utama. Menurut kepada data, ibukota Jepun, Tokyo telah melaporkan peningkatan kes-kes Covid-19 varian Delta.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD melonjak sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1940. Momentum penyusutan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah disebabkan oleh peningkatan dalam dolar AS. Walaupun dengan statistik penting Jerman seperti Jerman Unemployment Change dan Jerman Manufacturing PMI telah memberi bacaan yang positif, ia tidak cukup untuk mengimbangi tekanan yang dicetuskan oleh pertemuan Fed AS baru-baru ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3832 susulan dengan peningkatan dalam kes-kes Covid-19 Delta. Menurut kepada data terbaru dari Public Health England, jumlah kes varian Delta yang disahkan atau kemungkinan berlaku di UK telah meningkat 46% dalam masa seminggu dari bacaan terdahulu sebanyak 111,157 ke bacaan sebanyak 161,981. Sebanyak 95% kes baru di UK adalah melibatkan varian. Kes yang meningkat sebelumnya telah menunda rancangan Boris Johnson untuk membuka kembali ekonomi UK hingga 19 Julai dan berpotensi untuk menangguhkan pembukaan ekonomi sekiranya kes-kes Covid-19 masih serius. Selain itu, data dan kekuatan dolar yang lemah juga mencetuskan tekanan tambahan. Dari segi data, U.K. GDP telah menyusut ke -1.6% berbanding jangkaan pasaran sebanyak -1.5% sementara PMI Pembuatan U.K juga turun ke bacaan sebanyak 63.9, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak 64.2.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 28 – Julai 2

GOLD

Harga emas telah didagang dalam lingkungan sepanjang minggu lalu sambil menutup harganya pada $ 1778.50 se troy auns. Pasaran kini sedang berusaha untuk menentukan arah emas yang bertentangan dengan mereka seperti Fed hawkish dan kenaikan inflasi yang menyebabkan pelabur dalam kebingungan. Sebelumnya, komoditi emas telah mengalami penjualan besar setelah spekulasi mengenai kenaikan rangsangan dan kenaikan kadar oleh bank pusat A.S. dengan anggota FOMC mengulas kemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan. Namun, kenaikan tekanan inflasi di AS juga membantu menyokong permintaan emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Data inflasi seperti Personal Consumption Expenditure Indeks telah meningkat dengan tinggi multi-tahun sebanyak 3.4 peratus dalam 12 bulan hingga Mei. Indeks Consumer Price indeks telah melonjak sebanyak 5% pada tahun hingga Mei, yang paling banyak sejak tahun 2008. Selain itu, peningkatan coronavirus varian Delta juga mengurangkan sentimen selera risiko sambil meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat emas. Untuk arah yang jelas, para pelabur masih perlu menunggu lebih banyak pemangkin untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut untuk komoditi tersebut.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak pada minggu lalu sambil menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 75.01 setong berlatarbelakangkan permintaan minyak mentah yang melonjak, mencatatkan penurunan stok minyak mentah AS dan isyarat daripada OPEC. Berikutan perkembangan terbaru, pembukaan semula di banyak negeri A.S. dan permulaan musim memandu musim panas telah menyebabkan penggunaan petrol dalam beberapa minggu terakhir menjadi yang tertinggi sejak wabak itu bermula. Perjalanan syarikat penerbangan domestik juga melambung, walaupun jumlah penumpang di lapangan terbang masih berada pada sekitar 80 peratus hari pra-pandemik. Lebih-lebih lagi, inventori minyak mentah yang jatuh juga membantu memberi sokongan kepada komoditi tersebut. Dari segi data, inventori minyak mentah A.S. jatuh sebanyak -6.718M, lebih baik daripada jangkaan pasaran -4.686M. Selain itu, komoditi tersebut juga mendapat manfaat dari perjuangan OPEC untuk mencapai kata sepakat mengenai rancangan untuk mengurangkan pengeluaran. Pada hari Jumaat, pertemuan OPEC berakhir tanpa kesepakatan setelah Emiriah Arab Bersatu gagal membuat perjanjian awal. Walau bagaimanapun, mesyuarat akan bersidang semula pada hari Isnin.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 5 – 9

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti FOMC untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 5 –  9

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 5hb Julai 2021
16:30   GBP Composite PMI (Jun) 61.7 61.7
16:30   GBP Services PMI (Jun) 61.7 61.7
Selasa – 6hb Julai 2021
12:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Jul) 0.10% 0.10%
12:30   AUD RBA Rate Statement
16:30   GBP Construction PMI (Jun) 63.5 64.2
17:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Jul) 75.4 79.8
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) 63.5 64
Rabu – 7hb Julai 2021
22:00   USD JOLTs Job Openings (May) 8.300M 9.286M
22:00   CAD Ivey PMI (Jun) 64.7
Khamis – 8hb Julai 2021
02:00   USD FOMC Meeting Minutes
19:30   EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30   USD Initial Jobless Claims 355K 355K 364K
23:00   USD Crude Oil Inventories -6.718M
Jumaat – 9hb Julai 2021
14:00   GBP GDP (MoM) 2.30%
14:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (May) 1.00% -0.30%
18:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
18:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30   CAD Employment Change (Jun) 175.0K -68.0K