83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Oktober 2020                                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 7 – 11

Reviu Pasaran (Forex): November 30 – Disember 4

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama terus kekal merah untuk minggu ketiga berturut-turut dan jatuh sepanjang minggu lalu sementara mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 90.74. Selain daripada perkembangan vaksin yang berterusan terus mendorong pasaran yang berisiko, mata wang dolar A.S juga dikecewakan oleh data yang lemah.

 

Dari perspektif data, keseluruhan data telah memberikan bacaan yang bercampuran dengan kebanyakan statistik adalah cenderung kepada arah negatif. Pertumbuhan dalam sektor pembuatan telah lambat pada bulan November. Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan juga perlahan pada bulan November dengan data ISM Services PMI jatuh dari 56.6 ke 55.9. Lebih penting lagi, data Non-Farm Payroll yang sangat penting telah mencetuskan lebih banyak kekecewaan dengan bacaan hanya sebanyak 245k, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 469K. Namun, pasaran juga mendapat kelegaan dari beberapa data yang positif. Data Initial Jobless Claims telah menurun dari 778k kepada 712k pada minggu yang berakhir pada 27 November dan kadar pengangguran juga bertambah baik kepada 6.7%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 6.8%. Di samping itu, perkembangan yang positif dalam vaksin yang berterusan juga terus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap aset yang lebih berisiko, justerunya menekan dolar AS sebagai mata wang selamat.

 

Dengan perkembangan vaksin yang berterusan dan peningkatan dalam jangkaan terhadap ekonomi global akan pulih ke tahap pra-COVID 19, kekuatan dolar AS dijangka akan semakin pudar sementara pasaran terus fokus kepada pemangkin yang lebih lanjut untuk mendapatkan pengesahan bagi dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan stabil sepanjang minggu lalu tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan kerugian sambil menutup pasaran pada harga 104.16. Dari segi data, data Retail Sales telah meningkat dengan tidak dijangka sebanyak 6.4%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak -7.7. Industri pengeluaran juga bertambah baik dan membayangkan peningkatan dalam permintaan pada suku tahun. Selain itu, sektor perkhidmatan dan pembuatan juga bertambah baik. Data Manufacturing PMI telah memberi bacaan sebanyak 49.0 manakala data Services PMI telah memberi bacaan sebanyak 47.8, kedua-duanya adalah lebih tinggi daripada jangkaan masing-masing  sebanyak 48.3 dan 46.7. Namun begitu, selera risiko pasaran yang meningkat tetap membebankan mata wang Yen di mana berita vaksin COVID-19 memberi sokongan kepada aset berisiko.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah melonjak sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran dengan harga 1.2119. Walaupun dengan data yang mengecewakan, mata wang Euro mengalami permintaan yang tinggi kerana kemajuan dalam COVID-19 dan kelemahan dalam dolar telah membantu dalam meredakan pengaruh data yang lemah. Dari segi data, data Eurozone Composite PMI turun dari 50.0 ke 45.3 pada bulan November. Data CPI zon euro juga merosot ke -0.3%, tersasar daripada jangkaan sebanyak -0.2%. Di Jerman, data Manufacturing PMI Jerman untuk bulan November telah jatuh kepada 57.8 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 57.9. Beberapa data lain seperti data Retail Sales Jerman dan data pengangguran adalah bertambah baik.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD terus melanjutkan keuntungan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 1.3431. Selain dengan data yang positif, harapan terhadap perjanjian Brexit juga terus menyokong kenaikan pasangan ini. Dari segi data, data Manufacturing PMI U.K telah meningkat kepada 55.6 sementara Services PMI juga meningkat kepada 47.6, kedua-duanya melebihi jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 55.2 dan 45.8. Kebanyakan para pelabur tetap optimis terhadap perjanjian Brexit, namun, ketidakpastian pada akhir minggu lalu telah menghalang potensi penembusan untuk pasangan ini sementara pasaran menunggu lebih banyak berita untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 30 – Disember 4

GOLD

Harga emas berjaya menterbalikkan kebanyakan kerugian sebelumnya dan mengakhiri pasaran dengan minggu yang terbaik pada harga 1838.53 se troy auns. Walaupun dengan penekanan berterusan terhadap risiko, emas sebagai komoditi tempat selamat telah melantun dari salah satu penjualan yang ketara sebelumnya disebabkan oleh perbincangan mengenai usaha rangsangan Covid-19 A.S. yang baru di mana ia juga mencetuskan kejatuhan dolar. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kedua-dua belah pihak tetap teguh dalam syarat mereka. Namun, kebuntuan tersebut akhirnya menyusut pada minggu lalu setelah sekelompok ahli Demokrat dan Republikan mengusulkan rang undang-undang bantuan sebanyak $908 bilion di mana kedua-dua pihak masih meneruskan perundingan sejak itu.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat sepanjang minggu lalu sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $46.05 setong. Optimisme yang berterusan terhadap perkembangan vaksin dan keputusan OPEC telah menjadi pemacu utama untuk komoditi hitam ini.

 

Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) telah melaporkan pengurangan inventori minyak sebanyak -0.679 juta tong pada hari Rabu, lebih rendah daripada jangkaan pasaran untuk pengurangan sebanyak 2.358 juta. Walaupun begitu, para pelabur terus bersemangat terhadap prospek permintaan minyak masa depan yang semakin baik disebabkan oleh berita baik mengenai vaksin Pfizer, Moderna dan AstraZeneca. Di samping itu, pasaran juga mengambil lebih banyak petunjuk dari disiplin OPEC dalam pengeluaran yang mengagumkan. Minggu lalu, OPEC+ telah bersetuju pada mesyuarat menteri hari Khamis untuk mengurangkan pengurangan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari dari Januari 2021. Peningkatan tersebut membayangkan pengeluaran OPEC+ berkurang kepada 7.2 juta tong sehari, atau 7% daripada permintaan global dari Januari dan bulan seterusnya, berbanding dengan pemotongan sebanyak 7.7 juta tong semasa. Di samping itu, tanda-tanda kemajuan dalam rangsangan A.S. minggu lalu juga memberikan dorongan tambahan bagi komoditi hitam ini.

 

Dengan prospek komoditi terus bertambah baik, komoditi tersebut dijangka akan mengalami volatiliti yang besar di hadapan sementara para pelabur tetap fokus kepada pemangkin selanjutnya yang dapat mempengaruhi prospek permintaan dan inventori yang boleh mengubah arah untuk minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: December 7 – 11

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan yang berterusan mengenai rangsangan A.S, vaksin dan juga data-data ekonomi seperti CPI dan PPI untuk mendapat isyarat selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: December 7 – 11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb Disember 2020
23:00 CAD Ivey PMI (Nov) 51.5 54.5
Selasa – 8hb Disember 2020
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q3) 5.0% -7.9%
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Dec) 46.0 39.0
20:00 USD EIA Short-Term Energy Outlook
Rabu – 9hb Disember 2020
23:00 USD JOLTs Job Openings (Oct) 6.436M
23:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
23:30 USD Crude Oil Inventories -2.358M -0.679M
Khamis – 10hb Disember 2020
15:00 GBP GDP (MoM) 1.1%
17:30 GBP Manufacturing Production (MoM) (Oct) 0.2% 0.2%
20:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Dec) 0.00%
21:30 USD Core CPI (MoM) (Nov) 0.1% 0.2%
21:30 USD Initial Jobless Claims 725K 712K
21:30 USD ECB Press Conference
Jumaat – 11hb Disember 2020
21:30 USD PPI (MoM) (Nov) 0.2% 0.3%