83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Jun 2020                            Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 8 – 13

Reviu Pasaran (Forex): Jun 1 – 6

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan para pelabur memberi prospek positif terhadap perkembangan ekonomi untuk masa depan. Justeru itu, sentimen tersebut telah meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset selamat seperti Dolar AS. Walau bagaimanapun, Indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data yang positif dari rantau A.S. telah dibebaskan. Indeks dolar menutup harganya pada 98.243 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang sangat positif. Menurut kepada Institue for Supply Management, A.S ISM Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 41.5 ke bacaan sebanyak 43.1, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 43.0. Sementara itu, A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) juga meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 41.8 ke bacaan sebanyak 45.4, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 45.4. Tambahan pula, A.S. ADP Nonfarm Employment Change juga meningkat dengan ketara dari bacaan tedahulu sebanyak -19,557K ke bacaan sebanyak -2,760K, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu -9,000K, dilaporkan oleh Automatic Data Processing (ADP). Selain itu, A.S. Nonfarm Payrolls dan kadar pengangguran A.S. juga kedua-dua memberikan bacaan yang sangat positif, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Namun, A.S. Initial Jobless Claims memberikan bacaan sebanyak 1,877K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 1,800K.

 

Pada masa kini, sentimen pasara kini telah meningkat secara mendadak di pasaran FX di tengah-tengah para pelabur memfokuskan pada tanda-tanda pemulihan dari wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling atau Euro. Selain itu, pasaran ekuiti dunia telah mencapai paras tertinggi tiga bulan pada minggu yang lalu susulan dengan rangsangan ekonomi monetari dan fiskal telah memberikan keyakinan kepada para pelabur, walaupun masih terdapat beberapa risiko mengenai pemulihan ekonomi yang perlahan, peningkatan ketegangan antara A.S-China dan juga peningkatan jangkitan koronavirus. Sebilangan penganalisis menjangkakan bahawa Dolar AS akan melanjutkan kerugiannya susulan dengan harapan bahawa bank-bank pusat utama akan terus membeli bon kerajaan dan aset kewangan lain untuk memperbaiki kesolvenan dan kecairan dalam sistem kewangan global. Walau bagaimanapun, beberapa penganalisis yang lain meramalkan bahawa masih banyak ketidakpastian mengenai tinjauan tersebut, termasuk ketegangan diplomatik antara A.S. dan China dan pemilihan presiden A.S. pada akhir tahun ini. Justeru itu, pada masa kini para pelabur masih perlu memberi pemantaun ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga hubungan di antara China dan A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.84. Pada masa kini, Yen Jepun telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan para pelabur membuat spekulasi terhadap prospek positif untuk perkembangan ekonomi dunia untuk masa depan selepas beberapa negara-negara yang besar telah membuka semulua ekonomi mereka, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset selamat Yen Jepun. Tambahan pula, Yen Jepun telah melanjutkan kerugiannya selepas data yang suram dari rantau Jepun telah dibebaskan. Menurut kepada Cabinet Office, Jepun Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah memberikan bacaan sebanyak -0.6%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu -0.5%. Sementara itu, Menteri Ekonomi Jepun Nishimuara menegaskan bahawa pemerintah Jepun akan menumpukan perhatian pada pencegahan wabak koronavirus untuk memberangsangkan pertumbuhan ekonominya.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1292. Pasangan tersebut menerima tekanan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, Euro telah menerima momentum bullish yang ketara selepas Bank Pusat Eropah telah meningkatkan rangsangan ekonomi untuk memberangsangkan perkembangan ekonominya yang dimusnahkan oleh wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat Eropah telah meningkatkan ukuran Pandemik Emergency Purchase Program (PEPP) dari 750 billion euro ke 1.35 trillion euro, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.27127. Pasangan GBP/USD telah mencatat keuntungannya kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar A.S. Tambahan pula, Paun Sterling telah menerima isyarat bullish yang lanjutnya seleaps pengara eksekutif Bank Pusat UK menegaskan bahawa kadar faedah negatif tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Walaupun begitu, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan ketidakpastian terhadap masalah Brexit selepas Kesatuan Eropah dan perunding Britain menegaskan bahawa terdapat sedikit kemajuan dalam perbincangan perjanjian post-Brexit. Pada masa kini, para pelabur perlu fokus pada perkembangan Brexit dan juga data-data ekonomi dari rantau UK yang lanjutnya untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 1 – 6

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1674.90 se troy auns. Harga emas telah menyusut dengan ketara selepas data-data pekerjaan yang positif dari rantau A.S. telah dibebaskan. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, A.S. Nonfarm Payrolls telah meningkatn denga mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak -20,687K ke bacaan sebanyak 2,509K, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu -8,000K. Selain itu, kadar pengangguran A.S  telah menurun ke bacaan sebanyak 13.3% dari bacaan terdahulu 14.7%. Selain itu, pasaran ekuiti global telah melantun susulan dengan para pelabur tetap optimisme terhadap prospek ekonomi global, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang lanjutnya ke atas komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $40.35 se tong. Pasara minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan OPEC dan Alliesnya termasuk Rusia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak mentah hinggi akhir bulan Julai. Selain itu, kumpulan itu, yang dikenal sebagai OPEC+, yuga menuntut negara-negara seperti Nigeria dan Iraq, yang melebihi kuota pengeluaran pada bulan Mei dan Jun, harus mengimbangi pemotongan tambahan pada bulan Julai hingga September. Bagi segi data inventori, menurut kepada Energy Information Administration (EIA), A.S. minyak mentah telah menyusut secara besar-besaran dari bacaan sebelumnya sebanyak 7.928M ke bacaan sebanyak -2.077M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 3.038M, yang selanjutnya memacu beberapa momentum bullish ke atas komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 8 – 13

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 8 – 13

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 8hb Jun 2020
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q1) -0.5% -0.9%
Selasa – 9hb Jun 2020
22:00 USD JOLTs Job Openings (Apr) 5.750M 6.191M
Rabu – 10hb Jun 2020
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock -0.500M
20:30 USD Core CPI (MoM) (May) -0.1% -0.4%
22:30 USD Crude Oil Inventories 3.038M -2.077M
Khamis – 11hb Jun 2020
02:00 USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
02:00 USD FOMC Press Conference
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,877K
20:30 USD PPI (MoM) (May) 0.1% -1.3%
Jumaat– 12hb Jun 2020
14:00 GBP GDP (MoM) -18.7% -5.8%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Apr) -15.0% -4.6%
01:00

(13hb)

CrudeOIL US Baker Hughes Oil Rig Count 206