8 Oktober 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 8 – 12
Kajian Pasaran (Forex):Oktober 1 – Oktober 5
Dolar AS
Dolar AS telah mengalami penurunan dari paras tinggi satu bulan di tengah-tengah pembebasan data ekonomi Nonfarm Payrolls (NFP) sebelum memulih sebahagian kerugiannya akibat data Kadar Pengangguran AS sebelum menutup pasaran dengan harga 95.25 pada hari Jumaat lalu.
Data NFP pada hari Jumaat lalu mempunyai bacaan sebenar sebanyak 134K, lebih suram berbanding dengan jangkaannya sebanyak 185K. Sebagai petunjuk utama bagi harga dolar, data tersebut telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah anti-USD dan mengakibatkan harga dolar bertukar bearish. Walau bagaimanapun, penurunan harga dolar telah dihadkan oleh data Kadar Pengangguran AS yang mempunyai bacaan sebenar sebanyak 3.7%, 0.1% lebih rendah berbanding dengan ramalannya sebanyak 3.8%. Kadar Pengangguran yang lebih rendah menunjukkan status pekerjaan yang lebih sihat bagi AS kerana lebih ramai penduduk mempunyai pekerjaan.
Secara keseluruhannya, dolar terus mengukuhkan harganya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama sementara keyakinan para pelabur dipulih terhadap dolar akibat status pengangguran yang lebih baik serta jangkaan kenaikan kadar faedah sampai ke tahap neutral sebanyak 3.4%.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah melonjak ke paras tinggi sejak November 2017 pada harga 114.50 sebelum menurun kembali ke 113.65 pada sesi dagangan lewat hari Jumaat. Secara keseluruhannya, pasangan tersebut turut didagang dalam trend yang menaik.
EUR/USD
EURUSD telah menyusut sepanjang minggu lalu sebelum menutup pasaran dengan harga yang lebih tinggi di 1.1530 semasa sesi dagangan Jumaat lepas di tengah-tengah data NFP yang suram menyebabkan penurunan harga dolar. Secara keseluruhannya, pasangan tersebut kekal didagang dalam trend yang menurun akibat krisis bajet Itali di mana mereka telah memutuskan untuk menyelesaikan sasaran defisit sebanyak 2.4% untuk tahun berikutnya dan tindakan ini telah mencetuskan penjualan dalam bon Itali.
GBP/USD
GBPUSD telah mengalami kenaikkan sepanjang minggu lalu sebelum menutup pasaran di 1.3115 pada sesi Jumaat lepas. Pasangan ini telah menurun pada awal minggu sebelum memulih kekuatannya di tengah-tengah sentiment positif Brexit di mana Theresa May sedang mencuba sedaya upayanya untuk membuat perjanjian sebelum tarikh akhirnya di dalam dua minggu.
Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 1 – Oktober 5
GOLD
Harga emas telah menaik sepanjang minggu lalu di tengah-tengah ketidakpastian dolar sebelum pembebasan data NFP. Logam kuning ini telah melonjak pada awal minggu sebelum menurun kembali ke $1203.60 se troy auns semasa sesi dagangan lewat hari Jumaat.
Secara keseluruhannya, harga emas telah menaik sepanjang minggu semasa para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran emas yang menjadi aset selamat sementara ketidakpastian terhadap dolar sebelum pelepasan data NFP. Pada lewat minggu lalu, harga emas berjaya untuk menutup pasaran dengan keuntungan akibat data NFP yang suram menurunkan harga dolar.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah meningkat sepanjang minggu lepas di tengah-tengah kehampiran perlaksanaan sanksi Iran. Harga komoditi tersebut telah meningkat ke $74.30 setong semasa sesi Jumaat lepas.
Harga minyak mentah telah melonjak ke paras tinggi 4 tahun pada awal minggu di tengah-tengah kebimbangan terhadap sekatan Iran yang akan dilaksanakan pada 4hb Novermber sementara AS menyatakan bahawa mentah rizabnya tidak akan diggunakan untuk mengimbangkan kekurangan bekalan dari Iran. Keyakinan terhadap penurunan bekalan minayk secara global telah mewujudkan sentiment positif terhadap pasaran minyak.
Walaupun begitu, minyak mentah telah menurun dari paras tinggi 4 tahunnya pada lewat minggu lalu di tengah-tengah perbincangan secara peribadi antara Saudi Arabia dengan Rusia untuk mengimbangkan kekurangan bekalan akibat sekatan Iran. Tambahan pula, data Crude Oil Inventories yang mempunyai bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaannya telah memburukkan keyakinan para pelabur terhadap pasaran minyak mentah.
Pandangan Mingguan: Oktober 8 – 12
Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada pembebasan pelbagai data ekonomi seperti PPI dan Core CPI yang akan menyumbang kepada pengukuran tahap inflasi negara.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 8 – 12
| Isnin, October 8 |
Data EUR – German Industrial Production (Mom) (Aug)
Events N/A
|
| Selasa, October 9 |
Data EUR – German Trade Balance (Aug)
Events N/A
|
| Rabu, October 10 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – GDP (MoM) GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) USD – PPI (MoM) (Sep)
Events N/A
|
|
Khamis, October 11 |
Data USD – Core CPI (MoM) (Sep) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Events CrudeOIL – OPEC Monthly Report EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
|
|
Jumaat, October 12
|
Data EUR – Industrial Production (MoM) (Aug) EUR – German CPI (MoM) (Sep) USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct)
Events CrudeOIL – IEA Monthly Report
|