9 Mac 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 9 – 13
Reviu Pasaran (Forex): Mac 2 – 6
US Dollar
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas susulan dengan penyebaran koronavirus di luar daripada China serta spekulasi terhadap pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS yang makin meningkat. Indeks dolar telah menutup niaga bagi minggu lepas di 95.99 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.
Para pelabur telah mencetuskan penjualan ke atas pegangan ekuiti dan aset di AS selepas US Centers for Disease Control and Prevention memberi amaran bahawa koronavirus telah mula merebak di AS. Untuk setakat ini, AS telah melaporkan 547 kes jangkitan dan 22 kematian. Para pelabur khuatir bahawa penyebaran koronavirus di AS akan menjejaskan momentum ekonominya oleh kerana majoriti daripada ekonomi AS bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan pendapatan dari sektor perkhidmatan.
Pada hari Rabu yang lepas, dolar AS menjunam secara mendadak selepas Bank Pusat AS mengumumkan pemotongan kadar secara mengejut bagi membendung impak ekonomi dari koronavirus. Menurut kepada Reuters, Fed telah menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke sasaran di dalam lingkungan 1.00% – 1.25%. Di dalam sidang media, Pengerusi Fed Jerome Powell mengulas bahawa ekonomi AS adalah masih kukuh. Namun beliau menegaskan bahawa penyebaran koronavirus akan menjejaskan pandangan ekonomi bagi jangka masa yang akan datang.
Walaupun laporan Nonfarm Payrolls telah memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, para pelabur masih kekal pesimistik ke atas dolar AS oleh kerana Fed telah memberi isyarat untuk memotong kadar bagi jangka masa yang terdekat. Di dalam Beige Book yang dibebaskan pada hari Rabu yang lepas, Fed menegaskan bahawa penyebaran koronavirus bakal memberi impak kepada sektor pelancongan di AS. Selain itu, Beige Book juga telah mengulangi istilah koronavirus sebanyak 48 kali dan ini memaparkan kepentingan isu tersebut bagi ahli Bank Pusat AS sambil meningkatkan prospek untuk memotong kadar faedah di dalam bulan ini.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya sambil menutup pasaran minggu lepas di 105.36. Yen Jepun telah menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran selepas para pelabur menjual pegangan mereka ke atas saham. Penyebaran koronavirus yang makin meningkat di luar daripada China terutamanya di AS dan EU telah meningkatkan kekhuatiran terhadap kemelesetan ekonomi berskala global. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada kemaskini terkini mengenai koronavirus bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kenaikannya sambil menutup niaga di kadar 1.1285. Euro telah meneruskan aliran menaik selepas penampilan bagi dolar AS makin merosot akibat daripada jangkaan yang lebih tinggi terhadap AS untuk memotong kadar faedah dengan lebih lanjut. Namun, keuntungan pada euro adalah terhad selepas koronavirus meneruskan penyebarannya di Itali. Pada hari mingguan yang lepas, Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan untuk mengehadkan aktiviti pengangkutan di daerah Lombardy yang temasuk Milan bagi membendung penyebaran koronavirus. Untuk setakat ini, kes koronavirus telah hampir mencecah 6,000 sementara kes kematian kini mencecah 223.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah meningkat dengan lebih lanjut sambil menutup pasaran minggu lepas di 1.3046. Pound sterling menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran selepas dolar AS menerima tekanan penjualan yang ketara akibat daripada spekulasi pasaran terhadap Fed untuk memotong kadar faedah dengan lebih lanjut. Namun, keuntungan pada pound sterling adalah terhad sementara rundingan diantara UK dan EU masih memberikan risiko kepada kedua-dua pihak sekiranya mereka gagal untuk mencapai perjanjian.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 2 – 6
GOLD
Harga emas meningkat secara mendadak pada minggu lepas sambil menutup niaganya di sekitar $1,673.48 se troy auns. Aset selamat tersebut menerima permintaan yang tinggi selepas koronavirus mula untuk merebak di luar daripada China. AS dan EU telah mencatat peningkatan yang ketara ke atas bilangan kes dan jumlah kematian dan ini telah meningkatkan jangkaan terhadap impak negatif ke atas momentum ekonomi global. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas kemaskini terkini mengenai koronavirus bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Crude Oil
Harga minyak mentah menjunam lebih daripada 30% selepas pasaran dibuka semula pada hari Isnin ini susulan dengan kegagalan dalam mencapai konsensus di dalam rundingan diantara OPEC+ dan Rusia. Terdahulu, OPEC+ telah bercadang untuk memotong pembekalan dengan lebih lanjut sebanyak 1.5 juta tong bagi membendung impak negatif dari koronavirus ke atas permintaan minyak global.
Namun, Rusia enggan bersetuju dengan cadangan tersebut dan menegaskan bahawa mereka adalah “selesa” dengan harga minyak semasa dan negara mereka mempunyai sumber yang mencukupi sekiranya harganya meneruskan aliran menurun dengan lebih lanjut. Pertemuan diantara OPEC+ dan Rusia juga gagal untuk mencungkil sebarang maklumat yang baru mengenai perjanjian pemotongan pembekalan yang sedia ada di mana ia akan luput pada akhir bulan Mac ini.
Susulan dengan penolakan dari Rusia, Arab Saudi dilaporkan sedang bersiap sedia untuk meningkatkan pembekalannya ke paras lebih tinggi daripada 10 juta tong sehari bagi membalas inisiatif Rusia dan memperoleh syer pasaran yang lebih tinggi. Pada hari Sabtu yang lepas, Arab Saudi telah mengumumkan diskaun yang ketara ke atas harga jualan rasminya bagi bulan April, dan ini telah meningkatkan kekhuatiran untuk berlakunya peperangan harga minyak.
Menurut kepada para ekonomis, Arab Saudi dan Rusia kini sedang memasuki ke dalam fasa peperangan harga minyak mentah di mana ia adalah terhad dan taktikal. Hasil daripada krisis ini berkemungkinan untuk berlanjut selama beberapa minggu sehingga beberapa bulan sehingga harganya adalah cukup rendah bagi mencapai kompromi diantara kedua-dua pihak.
Tinjauan Pasaran: Mac 9 – 13
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi utama dari AS, UK dan EU untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas laporan inventori mingguan dari American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 9 – 13
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Isnin – 9hb Mac 2020 | |||||
| 08.00 | JPY | GDP (QoQ) (Q4) | – | -1.7% | -1.6% |
| Selasa – 10hb Mac 2020 | |||||
| 09.30 | CNY | CPI (MoM) (Feb) | – | 0.8% | 1.4% |
| Rabu – 11hb Mac 2020 | |||||
| 17.30 | GBP | GDP (MoM) | – | 0.2% | 0.3% |
| 17.30 | GBP | Manufacturing Production (MoM) (Jan) | – | 0.5% | 0.3% |
| Tentatif | GBP | Autumn Budget | – | – | – |
| 20.30 | USD | Core CPI (MoM) (Feb) | – | 0.2% | 0.2% |
| 20.30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | 0.785M |
| Khamis –12hb Mac 2020 | |||||
| 20.30 | USD | PPI (MoM) (Feb) | – | -0.1% | 0.5% |
| 20.45 | EUR | Deposit Facility Rate (Mar) | – | -0.50% | -0.50% |
| 20.45 | EUR | ECB Marginal Lending Facility | – | 0.25% | 0.25% |
| 20.45 | EUR | ECB Monetary Policy Statement | – | – | – |
| 20.45 | EUR | ECB Interest Rate Decision (Mar) | – | 0.00% | 0.00% |
| 21.30 | EUR | ECB Press Conference | – | – | – |
| Jumaat– 13hb Mac 2020 | |||||
| 22.00 | USD | Michigan Consumer Sentiment (Mar) | – | 95.0 | 101.0 |