83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Februari 2019        Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 11 – Februari 15

Reviu Pasaran (Forex): Februari 4 – Februari 8

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan momentum bullish berbanding dengan sekumpulan pasangan mata wang utama sementara menutup pasaran Jumaat di 96.36.

 

Pada minggu lepas, dolar telah meneruskan peningkatannya berikutan dengan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China yang makin meningkat. Menurut kepada laporan, perunding perdagangan AS memberi tekanan kepada pihak China untuk melakukan reformasi mengenai cara pengendalian hak intelektual syarikat AS supaya perjanjian perdagangan dapat dicapai untuk mengelakkan peningkatan tarif AS.  Selain itu, Presiden AS Donald Trump juga mengancam untuk meningkatkan tarif dari 10% ke 25% terhadap $200 bilion barangan China sekiranya kedua-dua pihak gagal untuk mencapai perjanjian sebelum 1hb Mac. Walaupun Fed telah memberi kenyataan dovish mengenai pertumbuhan ekonomi di AS, namun dolar masih berjaya untuk mengekalkan kekukuhannya susulan dengan ketegangan perang perdagangan di mana peningkatan tarif tersebut bakal memberi manfaat kepada ekonomi di AS.

 

Sebagai kesimpulannya, ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar turut menjadi pemacu utama bagi sentimen pasaran sejak tahun lepas dan kemajuan perang perdagangan tersebut masih memihak kepada negara AS. Hal ini telah menyebabkan para pelabur untuk mendapat perlindungan daripada dolar yang selamat di tengah-tengah kebimbangan kelembapan pertumbuhan global. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data ekonomi AS dan juga kemajuan perbincangan perdagangan antara AS dan China yang dijadualkan pada minggu ini.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang secara stabil bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat di 109.76. Berikutan dengan pandangan ekonomi Jepun terkini, Yen Jepun telah berjaya untuk mengekalkan permintaan yang tinggi akibat sifat aset selamatnya akibat peningkatan kebimbangan pertumbuhan global dan juga peningkatan ketegangan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar. Di samping itu, mata wang Yen Jepun turut  didorong oleh pasaran saham dan ekuiti AS yang lemah.

 

EUR/USD

Euro telah menjunam sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.1318 di tengah-tengah prospek ekonomi yang negatif di Zon Eropah, disahkan dengan data ekonominya yang suram. Menurut kepada data Retail Sales dan German Services PMI yang tersasar dengan ramalannya, kelembapan ekonomi di Eropah terus untuk menyebar dan menjejaskan sentimen pasaran Eropah. Selain itu, sentimen pasaran telah bertambah buruk selepas Suruhanjaya Eropah menurunkan prospek pertumbuhan Eropah bagi tahun ini. Susulan dengan prospek yang makin merosot dan ekonomi yang makin menyusut di Zon Eropah terutamanya di Jerman, ia berkemungkinan besar untuk menjejaskan jangkaan kenaikan kadar daripada ECB bagi jangka masa yang panjang.

 

GBP/USD

Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya ke paras rendah terdahulu sementara menutup pasaran Jumaat di 1.2938 berikutan dengan ketidakpastian mengelilingi Brexit. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri UK Theresa May telah menolak tawaran Parti Pembangkang untuk membuat kompromi rancangan Brexit yang membolehkan UK untuk berada di dalam kesatuan kastam. Hal ini telah menjejaskan potensi UK untuk mewujudkan perjanjian Brexit. Para peniaga di UK juga memberi amaran bahawa UK dalam proses untuk memasuki ‘zon kecemasan’ dengan hanya kurang daripada 50 hari sebelum tempoh akhir Brexit. Ketua Konfederasi Industri British (CBI) Carolyn Fairbairn telah menyatakan bahawa ‘zon kecemasan’ tersebut bakal menjejaskan sektor pekerjaan dan juga status UK sebagai tempat pelaburan bagi jangka panjang.

 

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 4 – Februari 8

GOLD

Harga emas telah didagang secara stabil bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran dengan harga $1313.83 se troy auns pada Jumaat lepas. Oleh sebab dengan sifat aset selamat emas, kebimbangan penyusutan pertumbuhan global dan juga ketegangan perang perdagangan yang makin meningkat telah menyebabkan para pelabur untuk melindungi pelaburan mereka dengan memasuki ke dalam pasaran aset selamat. Selain itu, pembatalan mesyuarat perdagangan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada minggu lepas yang bermatlamat untuk mencapai perjanjian perdagangan sebelum 1hb Mac turut memberi sokongan kepada sentimen pasaran emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah berundur dari paras tingginya sementara menutup pasaran Jumaat dengan harga sebanyak $52.67 setong berikutan dengan peningkatan dalam bilangan pelantar minyak yang memaparkan peningkatan dalam pengeluaran minyak mentah. Menurut kepada data yang dibebaskan oleh Bakers Hughes, bilangan pelantaran minyak telah dinaikkan ke jumlah 854 berbanding dengan terdahulunya sebanyak 847. Hal ini telah menunjukkan lagi kenaikan dalam pengeluaran minyak mentah yang telah mencecah paras tinggi 11.9 juta tong sehari.

 

Di samping itu, ketegangan perdagangan yang berterusan antara negara AS dan China juga membimbangkan para pelabur bahawa perang tersebut berkemungkinan untuk menjejaskan permintaan China terhadap minyak mentah.

 


 

Pandangan Mingguan: Februari 11 – Februari 15

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada kemajuan perbincangan perdagangan dan juga beberapa data ekonomi penting seperi Retail Sales untuk menentukan prospek dan sentimen pasaran dengan selanjutnya.

 

Bagi para pedagang komoditi minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data inventori dari API dan EIA untuk melihat kekukuhan permintaan dari pengimport minyak yang terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 11 – Februari 15

Isnin, Februari 11  

Data

GBP – GDP (QoQ)(Y4)

GBP – Manufacturing Production (MoM)(Dec)

GBP – Monthly GDP 3M/3M Change

 

Acara

N/A

 

Selasa, Februari  12  

Data

USD – Jolts Job Opening (Dec)

 

Acara

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 

Rabu, Februari  13  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

GBP – CPI (YoY) (Jan)

USD – Building Permits

USD – Core CPI (MoM)(Jan)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

NZD – RBNZ Rate Statement

NZD – RBNZ Press Conference

 

Khamis, Februari  14  

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q4)

EUR – German GDP (QoQ) (Q4)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec)

USD – PPI (MoM) (Jan)

USD – Retail Sales (MoM) (Dec)

 

Acara

NZD – RBNZ Gov Orr Speaks

 

 

Jumaat, Februari  15

 

 

Data

GBP – Retail Sales (MoM) (Jan)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec)

USD – Retail Sales (MoM) (Dec)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A