83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 April 2021                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: April 12 – 16

Reviu Pasaran (Forex): April 5 – 9

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan penyataan yang dovish daripada Bank Pusat AS. Menurut kepada Reuters, ahli Bank Pusat AS Richard Clarida telah menegaskan bahawa Bank Pusat AS akan terus mengekalkan dasar monetari yang agresif sambil mengulangi bahawa lonjakan inflasi jangka pendek hanya akan kesan untuk jangka pendek. Tambahan pula, peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dari rantau AS telah mengurangkan daya tarikan ke atas permintaan Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 92.00.

 

Pada minggu yang lalu, FOMC telah membebaskan minit daripada mesyuarat Bank Pusat AS pada masa 16hb-17hb Mac, menunjukkan bahawa ahli FOMC telah bersetuju untuk melaksanakan pelonggaran dasar monetari sambil mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah dan membeli bon sekurang-kurangnya $120 bilion setiap bulan dalam pasaran kewangan. Tambahan pula, ringkasan mesyuarat juga menunjukkan bahawa mereka tidak akan mengubar dasar moneteri sehingga “kemajuan yang kuat” dapat dilihat dalam pertumbuhan ekonomi di AS. Pelonggaran dalam dasar moneteri dan juga program pembelian bon akan meningkatkan bekalan mata wang dalam pasaran kewangan, yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas Doalr AS. Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut masih optimis terhadap prospek ekonomi AS, dengan unjuran KDNK yang optimis pada kadar 6.5% pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, , pandemik Covid-19 masih kekal sebagai cabaran utama dalam jalan pemulihan ekonomi. Dari segi wabak Covid-19, Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 di AS telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Menurut kepada CNN, untuk minggu ketiga berturut-turut, kes-kes Covid-19 baru dan kemasukan ke hospital semakin meningkat di AS. Pada minggu lalu, AS telah mencapai lebih daripada 68,000 kes Covid-19 baru, lebih tinggi sebanyak 20% sejak 10hb Mac 2021.

 

Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19, data-data ekonomi yang penting dari A.S. dan juga pergerakan ke atas hasil bon perbendaharaan AS untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah menyusut pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.45. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, peningkatan dalam kes-kes Covid-19 yang ketara di seluruh dunia telah mengurangkan sentimen risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen Jepun. Pada masa kini, lebih daripada 135 juta kes Covid-19 dan hampir 3 juta kematian yang akibat daripada virus tersebut telah dicatatkan, menurut kepada Johns Hopkins Coronavirus Research Center. Para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19 untuk menjangkakan pergerakan ke atas aset selamat Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat meningkat pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1885. Momentum bullish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, Euro telah menerima momentum bearish yang lanjut susulan dengan penyataan hawkish daripada Bank Pusat Eropah terhadap perkembangan ekonomi di zon EU. Menurut kepada CNBC, Gabenor Bank Pusat Austria telah memberitahu CNBC pada minggu lalu bahawa beliau menjangkakan bahawa Bank Pusat Eropah mungkin dapat mulai mengurangkan pembelian bonnya pada suku ketiga sambil menjangkakan bahawa perkembangan ekonomi di zon Euro akan terus memulih dengan ketara pada masa yang akan datang.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3685. Momentum peningkatan keseluruhan bagi pasangan GBP/USD adalah disebabkan terutamanya oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan prospek negatif ke atas vaksin AstraZeneca telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau United Kingdom. Menurut kepada BBC, lebih daripada 10 orang telah mati akibat daripada “blood-clotting” selepas mereka menerima vaksin dari Oxford-AstraZeneca di UK. Para pelabur khuatir terhadap kerajaan UK mungkin akan menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca pada masa yang akan datang, yang selanjutnya memperlambat program vaksinasi di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 5 – 9

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1745.00 se troy auns susulan dengan peningkatan dalam kes-kes Covid-19 di seluruh dunia telah mencetuskan permintaan ke atas aset selamat emas. Tambahan pula, Jerman mungkin akan terus melanjutkan dasar-dasar “lockddown” untuk memerangi gelombang ketiga kes-Covid-19. Walaupun kes-kes Covid-19 menjadi dengan lebih serius dari zon Eropah, peluncuran vaksin Covid-19 adalah tetap lembap. Sementara, negara-negara seperti Australia, Filipina, Afrika Union telah menangguhkan vaksin Oxford/AstrZeneca susulan dengan beberapa kematian dilaporkan selepas menerima vaksin, yang selanjutnya menyeret program vaksinasi sambil mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di seluruh dunia.

 

Crude Oil

Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $59.20 se tong susulan dengan prospek negatif ke atas perkembangan vaksinasi Covid-19 telah mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi minyak mentah. Menurut kepada CNBC, negara-negara utama seperti Australia, Philippines, Africa Union dan juga beberapa negara Eropah telah menangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca kerana kebimbangan mengenai pembekuan darah yang terjadi pada orang yang diberi vaksin. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -0.876M ke bacaan sebanyak -3.522M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.436M.

 

Tinjauan Pasaran: April 12 – 16

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti data GDP dari rantau UK dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 12 – 16

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 12hb April 2021
N/A
Selasa – 13hb April 2021
14:00 GBP GDP (MoM) -2.9%
16:30 GBP Manufacturing Production (MoM) (Feb) 0.5% -2.3%
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Apr) 79.5 76.6
20:30 USD Core CPI (MoM) (Mar) 0.2% 0.1%
Rabu – 14hb April 2021
10:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
10:00 NZD RBNZ Rate Statement
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -3.522M
Khamis – 15hb April 2021
09:30 AUD Employment Change (Mar) 35.0K 88.7K
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Mar) 4.8% -2.7%
20:30 USD Initial Jobless Claims 700K 744K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) 43.0 51.8
Jumaat – 16hb April 2021
10:00 CNY GDP (YoY) (Q1) 18.8% 6.5%
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Mar) 15.6% 35.1%
17:00 EUR CPI (YoY) (Mar) 1.3% 1.3%
20:30 USD Building Permits (Mar) 1.750M 1.770M