12 Julai 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 12 – 16
Reviu Pasaran (Forex): Julai 5 – 9
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh berlatarbelakangan dengan data ekonomi yang suram minggu lalu. Selain itu, ketegangan yang meningkat antara A.S. dan China juga mendorong momentum penurunan yang lebih lanjut terhadap dolar AS. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad di tengah-tengah kenyataan hawkish dari Fed. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.00.
Menurut kepada Reuters, Jabatan Perdagangan AS mendakwa bahawa mereka telah menambahkan 14 syarikat China dan entiti lain ke dalam senarai hitam ekonominya dengan menyatakan bahawa mereka telah terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia. Ini telah menurunkan optimisme pasaran terhadap hubungan AS-China sambil mencetuskan kebimbangan mengenai momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Dari segi data ekonomi, sebahagian besar data ekonomi penting dari Amerika Syarikat telah memberi bacaan yang suram. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, data Initial Jobless Claims telah menyusut dari bacaan sebelumnya sebanyak 371K kepada 373K, lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 350K. Ia menunjukkan bahawa pemulihan dalam pasaran buruh dari pandemik Covid-19 kekal lemah. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad daripada nada hawkish sebelumnya dari Fed. Tinjaun pendapat Reuters meramalkan bahawa Fed akan mengumumkan strategi untuk mengurangi pembelian asetnya pada bulan Ogos atau September, sementara kebanyakan para penganalisis meramalkan bahawa pengurangan pertama untuk program pembelian bonnya akan disambung pada awal tahun depan.
Secara kesimpulannya, pergerakan harga secara keseluruhan untuk dolar AS pada minggu lalu tetap stabil susulan dengan sentimen pasaran yang bercampuran. Walaupun demikian, para pelabur tetap memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting yang lebih lanjut, hubungan perdagangan AS-China dan juga perkembangan Covid-19 agar dapat menerima isyarat perdagangan lebih lanjut untuk Dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY mengalami momentum penurunan pada minggu lepas dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 110.65. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan ini adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan nilai dolar AS. Selain itu, peningkatan jumlah kes Covid-19 di rantau Asia pada hujung minggu telah mendorong perubahan sentimen terhadap mata wang yang selamat, seperti Yen Jepun. Menurut kepada Reuters, Indonesia sedang berjuang terhadap kes-kes yang tinggi sementara sekatan di Malaysia akan dilanjutkan. Di samping itu, peningkatan ketegangan antara hubungan AS-China juga telah mengurangkan selera risiko di pasaran FX danmeningkatkan daya tarikan untuk Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD melonjak sepanjang minggu lalu dan mengkhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1940. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah disebabkan oleh kejatuhan dolar AS. Namun, oleh kerana kekurangan pemangkin dalam pasaran, pergerakan secara keseluruhan dalam mata wang Euro tetap lemah. Para pelabur akan terus memberikan perhatian mereka terhadap data ekonomi yang lebih penting serta perkembangan Covid-19 di rantau Eropah untuk mengukur kemungkinan dalam pergerakan mata wang.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah meningkat pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3905. Mata wang paun sterling telah melonjak di tengah-tengah data ekonomi optimis dari wilayah U.K minggu lalu dan mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di U.K. Menurut kepada Markit Economics, data U.K Composite Purchasing Managers Index (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 62.2, melebihi ramalan pasaran sebanyak 61.7. Sementara itu, data U.K Service Purchasing Managers (PMI) juga masuk kepada 62.4, lebih baik daripada jangkaan pasaran pada 61.7. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh paun Sterling adalah terhad kerana jumlah Covid-19 yang meningkat telah mengurangkan harapan terhadap pelonggaran sekatan. Menurut kepada data terkini, UK melaporkan 36,362 kes harian baru Covid-19, jumlah harian kedua tertinggi sejak akhir Januari. Walaupun begitu, kemasukan ke hospital dan kematian adalah masih rendah, para pelabur dan kerajaan yakin bahawa pelonggaran sekatan pada akhir bulan ini akan terus berjalan. Para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan sekatan terkini serta data ekonomi lebih lanjut untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk paun sterling
Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 5 – 9
GOLD
Harga emas telah didagang dalam lingkungan sepanjang minggu lalu sambil menutup harganya pada $ 1813.05 se troy auns. Pada awalnya, harga emas telah didagang dengan lebih tinggi minggu lalu susulan dengan kejatuhan dolar AS. Para penganalisis berspekulasi bahawa kejatuhan dolar AS adalah disebabkan oleh pengambilan untung menjelang data utama Inflasi A.S. untuk bulan Jun yang akan dijadualkan minggu depan. Selain itu, peningkatan risiko inflasi di wilayah AS dan rancangan untuk rangsangan agresif yang awal juga telah meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset selamat, kerana para pelabur biasanya akan memasuki pasaran emas untuk melindungi diri dari risiko inflasi. Walaupun begitu, pergerakan emas secara keseluruhan tetap lemah di tengah-tengah para pelabur masih menunggu data inflasi penting minggu ini sebelum memasuki pasaran.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 74.00 setong berikutan dengan pertemuan antara OPEC dan sekutunya telah ditangguhkan selama tidak tentu dengan kumpulan tersebut gagal mencapai persetujuan mengenai dasar pengeluaran. Para pelabur berspekulasi bahawa sentimen seperti itu akan menangguhkan pengeluaran minyak di pasaran dan mendorong momentum kenaikan untuk harga minyak mentah. Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah A.S. telah berkurangan sebanyak -6.866M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -4.033M.
Tinjauan Pasaran: Julai 12 – 16
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti U.S Core CPI untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 12 – 16
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 12hb Julai 2021 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 13hb Julai 2021 | |||||
20:30 | USD | Core CPI (MoM) (Jun) | – | 0.4% | 0.7% |
Rabu – 14hb Julai 2021 | |||||
10:00 | NZD | RBNZ Interest Rate Decision | – | 0.25% | 0.25% |
10:00 | NZD | RBNZ Rate Statement | – | – | – |
14:00 | GBP | CPI (YoY) (Jun) | – | 2.20% | 2.10% |
20:30 | USD | PPI (MoM) (Jun) | – | 0.50% | 0.80% |
22:00 | CAD | BoC Monetary Policy Report | – | – | – |
22:00 | CAD | BoC Interest Rate Decision | – | 0.25% | 0.25% |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | – | -6.866M |
Tentatif | CAD | BOC Press Conference | – | – | – |
Khamis – 15hb Julai 2021 | |||||
09:30 | AUD | Employment Change (Jun) | – | 30.0K | 115.2K |
10:00 | CNY | GDP (YoY) (Q2) | – | 8.10% | 18.30% |
10:00 | CNY | Industrial Production (YoY) (Jun) | – | 7.90% | 8.80% |
14:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (May) | – | 7.20% | 5.60% |
14:00 | GBP | Claimant Count Change (Jun) | – | – | -92.6K |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 360K | 373K |
20:30 | USD | Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) | – | 28.3 | 30.7 |
Jumaat – 16hb Julai 2021 | |||||
06:45 | NZD | CPI (QoQ) (Q2) | – | 0.70% | 0.80% |
11:00 | JPY | BoJ Monetary Policy Statement | – | – | – |
11:00 | JPY | BoJ Outlook Report (YoY) | – | – | – |
11:00 | JPY | BoJ Press Conference | – | – | – |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Jun) | – | 1.90% | 1.90% |
20:30 | USD | Core Retail Sales (MoM) (Jun) | – | 0.50% | -0.70% |
20:30 | USD | Retail Sales (MoM) (Jun) | – | -0.40% | -1.30% |