83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 April 2020                       Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 13 – 17

US Dollar

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyerahkan sesetengah keuntungan sebelumnya pada minggu lepas dan jatuh sementara menutup sesi pasaran Jumaat lepas pada harga 99.47 di tengah-tengah wabak koronavirus wabah di U.S. dan pelan baru-baru dari Fed. Pada masa yang sama, data ekonomi yang lemah turut menyumbang kepada kelemahan dolar.

 

Oleh kerana keadaan koronavirus yang semakin teruk menjejaskan selanjutnya ekonomi negara yang terbesar, Fed telah mengumumkan rancangan pinjaman baru minggu lalu yang akan memberikan pinjaman sebanyak $ 2.3 trilion dalam tambahan untuk menyokong ekonomi. Dalam satu kenyataan, pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan bahawa bank pusat berusaha untuk “memberikan sebanyak mungkin kelegaan dan kestabilan” dalam tempoh ini di mana orang Amerika tinggal di rumah untuk menghentikan penyebaran wabak tersebut. Program ini akan menawarkan pinjaman 4 tahun kepada syarikat sehingga 10,000 pekerja dan juga membeli bon perbandaran. Di hadapan isu koronavirus, A.S telah mencapai satu lagi pencapaian yang bahaya di mana kematian koronavirus dalam Amerika Syarikat yang melampaui Itali, menjadikan negara A.S dengan jumlah kematian yang tertinggi dengan mempunyai lebih daripada 20,000 kematian pada hari Sabtu. Berikutan dengan angka yang semakin meningkat Presiden A.S Donald Trump telah mengumumkan bencana besar di semua 50 negeri buat kali pertama dalam sejarah di mana perisytiharan tersebut akan membuat pembiayaan persekutuan disediakan untuk kerajaan negeri dan tempatan serta beberapa pertubuhan amal, menurut kepada Rumah Putih. Selain itu, data ekonomi utama seperti tuntutan pengangguran mingguan dan sentimen pengguna minggu lalu juga menekan dolar. Data Initial Jobless Claims telah melonjak sebanyak 6.606m pada akhir minggu 3 April mengikuti kenaikan sebanyak 6,867 juta pada minggu sebelumnya manakala data Michigan Consumer Sentiment Index turun dari 89.1 kepada 71.0 dan ia merupakan penurunan terbesar dalam rekod.

 

Oleh kerana virus koronavirus dijangka akan kekal meningkat  dan mengancam A.S serta ekonomi global, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada isu koronavirus serta alat kewangan dan fiskal yang dilaksanakan oleh Fed. Di samping itu, pasaran juga akan menumpukan kepada prestasi Wall Street dan juga keluk hasil perbendaharaan sebagai penunjuk ekonomi untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah minggu lalu sambil menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 108.31. Mata wang Yen yang selamat telah dibeli oleh para pelabur  pada minggu lepas kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelemahan dalam A.S. Selain itu, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe juga telah membuat langkahnya dengan mengisytiharkan keadaan kecemasan untuk melawan jangkitan koronavirus baru di pusat-pusat utama dan meluluskan pakej rangsangan sebanyak $ 1 trilion untuk memerangi kesan koronavirus COVID-19. Berbanding dengan rangsangan Fed A.S, saiz pakej Fed pada minggu lepas adalah dua kali ganda daripada saiz rangsangan Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD kekal stabil pada minggu lepas sambil menutup sesi perdagangan Jumaat lalu dengan harga 1.0935 berikutan dengan sentimen lemah terhadap dolar serta tolak ansur daripada menteri kewangan EU. Pada awal minggu lalu, menteri kewangan EU gagal mencapai persetujuan dalam mengeluarkan bon korona untuk mengatasi kesan koronavirus dalam ekonomi Eurozone. Namun, para menteri kewangan EU akhirnya telah bersetuju untuk meluluskan rangsangan sebanyak € 500 bilion pada lewat minggu lalu untuk negara-negara Eropah yang dilanda teruk oleh wabak koronavirus. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut adalah tidak mencukupi daripada jumlah yang dijangka oleh ECB.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD kekal stabil sepanjang minggu dan menutup pasaran pada 1.2450. Mata wang paun sterling telah meningkat minggu lalu selepas berita mengenai Perdana Menteri Boris Johnson telah keluar dari ICU dan kesediaan oleh BoE. Sebelum ini, Boris Johnson telah dibawa ke Hospital St Thomas London selepas ujian yang positif untuk Covid-19 dan menghabiskan tiga malam dalam rawatan intensif sebelum pulang ke wad pada hari Khamis. Selain itu, mata wang paun sterling juga disokong oleh BoE di mana ia mengumumkan kesediaan untuk membiayai kerajaan bagi menampung perbelanjaan tambahan yang diperlukan akibat daripada wabak virus pada minggu lepas.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 6 – 10

GOLD

Harga minyak mentah mengalami tekanan penjualan yang ketara pada minggu lalu dan menjunam sementara menutup sesi Jumaat lepas dengan $23.14 setong walaupun dengan perjanjian OPEC + dalam pemotongan pengeluaran. Lebih-lebih lagi, sentimen komoditi hitam ini juga semakin berkurang setelah Mexico menolak pelan untuk bergabung dalam usaha pemotongan pengeluaran serta laporan negatif mengenai inventori.

 

Pada awal minggu lalu, OPEC dan sekutunya termasuk Rusia  yang dikenali sebagai OPEC +, telah bersetuju dengan pemotongan sebanyak 10 juta sehari untuk pengeluaran minyak global. Perwakilan dari kartel tersebut telah menyebut bahawa OPEC akan mengikuti 60% daripada pemotongan yang dicadangkan manakala sekutu akan menawarkan 40% daripada angka yang dijanjikan. Menteri minyak Iran juga menyatakan bahawa penurunannya adalah sebanyak 10-11 juta bps. Walau bagaimanapun, berita tersebut tidak dapat menarik hati para pelabur minggu lalu apabila Mexico enggan menyertai rancangan dalam pemotongan pengeluaran dan menghentikan mesyuarat kecemasan video persekutuan OPEC + selepas perbincangan sebanyak sembilan jam pada hari Khamis, justerunya ia menyebabkan komoditi ini mengalami tekanan yang besar selepas penolakan tersebut. Mexico berkata ia hanya akan mengurangkan pengeluaran sebanyak satu perempat daripada jumlah yang diminta oleh OPEC +. Selain itu, para pelabur juga memutuskan bahawa pemotongan sebanyak 10 juta tong sehari adalah tidak mencukupi untuk mengimbangi defisit dalam permintaan. Dari segi data, data EIA mingguan juga memberikan kesan yang negatif. Inventori mentah telah melonjak 15.2 juta tong dan menyebabkan kebimbangan yang lebih lanjut dalam kelebihan isu bekalan berlebihan walaupun dengan perjanjian dalam pemotongan pengeluaran.

 

Namun demikian, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk utama koronavirus yang sedang berterusan serta tahap inventori minyak mentah untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: April 13 – 17

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, dan juga data ekonomi yang penting seperti Retail Sales  A.S dan tuntutan pengangguran mingguan untuk mendapat isyarat selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 13 – 17

 

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Rabu – 15 April 2020
04.30 USD API Weekly Crude Oil Stock 11.938M
20.30 USD Retail Sales (MoM) (Mar) -7.0% -0.5%
22.00 CAD BoC Monetary Policy Report
22.00 CAD BoC Rate Statement
22.00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25%
22.30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 9.271M 15.177M
23.15 CAD BOC Press Conference
Khamis –16 April 2020
09.30 AUD Employment Change (Mar) -40.0K 26.7K
16.00 EUR German Ifo Business Climate Index (Apr) 86.1
20.30 USD Building Permits (Mar) 1.300M 1.452M
20.30 USD Initial Jobless Claims 4606K 6606K
20.30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) -30.0 -12.7
Jumaat – 17 April 2020
09.30 AUD Retail Sales (MoM) 0.5%
10.00 CNY GDP (YoY) (Q1) -6.0% 6.0%
10.00 CNY Industrial Production (YoY) (Mar) 7.0% -13.5%
17.00 EUR CPI (YoY) (Mar) 0.7% 0.7%