83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Januari 2019          Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 14 – Januari 18

Reviu Pasaran (Forex): Januari 7 – Januari 11

US Dollar

Dolar AS telah mengalami tekanan dan menutup niaga Jumaat lepas di paras 95.20. Mata wang tersebut menerima sentimen yang bearish susulan dengan pembebasan data yang bercampuran bagi sepanjang minggu lepas.

 

Pada awal minggu lepas, data ISM Non-Manufacturing PMI yang lebih suram telah menghamparkan sentimen para pelabur terhadap mata wang tersebut. Menurut kepada Institute for Supply Management, data tersebut memberi bacaan hanya 57.6, lebih rendah berbanding jangkaan ekonomis iaitu 59.6. Data tersebut telah mengehadkan kenaikan momentum bullish tersebut dan ia mengakibatkan penjualan yang ketara. Ia juga telah meningkatkan permintaan bagi mata wang yang lain seperti GBP dan EUR. Selain itu, perkembangan positif diantara AS dan China juga telah memburukan lagi pergerakannya sambil meningkatkan permintaan bagi aset yang lebih berisiko tinggi. Pada lewat minggu lepas, Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell yang memberikan isyarat negatif juga telah menurunkan prestasi dolar. Beliau menyatakan bahawa kadar inflasi berkemungkinan untuk dikekalkan sekiranya kadar inflasi kekal stabil bagi tempoh masa yang akan datang. Namun, data CPI yang dilepaskan pada hari Jumaat lepas telah mampu memangkas kerugian pada dolar selepas keputusannya berada di dalam jangkaan sebanyak 0.2%.

 

Secara keseluruhannya, para pelabur masih kekal berhati-hati ke atas dolar AS sementara menunggu pembebasan data PPI pada hari Selasa untuk menentukan pelan kenaikan kadar faedah dari Fed bagi tahun ini.


 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah memberhentikan aliran menurunnya sambil berayun berhampiran 108.55 bagi sepanjang minggu lepas. Pada awal minggu lalu, permintaan bagi aset selamat Yen telah meningkat selepas AS membebaskan data yang kritikal dan ia memaparkan isyarat kemelesetan. Oleh itu, para pelabur telah mengagihkan portfolio mereka kepada aset selamat seperti yen dan emas. Selepas ia mencapai paras tinggi 109.00, pasangan USD/JPY telah melantun kembali selepas data CPI dari AS memberikan bacaan di dalam jangkaan ekonomis.

 

EUR/USD

EURUSD telah mengukuh bagi sepanjang minggu lepas berikutan dengan data yang positif serta isyarat yang dovish dari Fed. Harganya telah menutup minggu lepas di paras 1.1470. Pada awal minggu lepas, zon Eropah telah mengumumkan beberapa data yang penting seperti Retail Sales dan German Industrial Production. Kesemua data tersebut telah memaparkan bacaan lebih tinggi daripada ramalan dan ia membekalkan sokongan yang tinggi ke atas mata wang Euro. Data yang positif ini telah meningkatkan sentimen positif ke atas zon EU sementara perkembangan ekonominya masih di dalam ramalan ECB untuk meningkatkan kadar faedah mereka di dalam lewat tahun ini. Selain itu, mata wang euro juga tertakluk kepada pergerakan dolar oleh kerana pengetatan dasar di AS berkemungkinan untuk dihentikan bagi tahun ini.

 

GBP/USD

GBPUSD telah melonjak secara mendadak pada minggu lepas sambil mencecah paras tinggi enam minggu di paras 1.2860. Pasangan ini telah menutup niaganya bagi minggu lepas di paras 1.2840. Pada minggu lepas, pound sterling telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan data GDP yang optimistik dengan bacaan sebanyak 0.2% berbanding ramalan iaitu 0.1%. Data tersebut memaparkan bahawa ekonomi UK adalah masih kukuh walaupun terdapatnya risiko Brexit.

 

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 7 – Januari 11

GOLD

Harga emas telah meneruskan kenaikannya pada minggu lepas sambil menutup niaganya di paras $1,287.25 se troy auns. Momentum tersebut telah didorong berikutan dengan data yang bercampuran dan isyarat yang dovish oleh Pengerusi Fed Jerome Powell. Ketidaktentuan di dalam pasaran kewangan serta masalah politik di AS telah mendorong para pelabur untuk meninggalkan pasaran dolar dan memasuki pasaran aset selamat seperti yen dan emas.

 

Secara keseluruhannya, harga emas masih di dalam jangkaan untuk meneruskan kenaikannya berikutan dengan ketidaktentuan pasaran global serta masalah politik di dalam kerajaan AS yang bakal memasuki hari ke 22 semenjak kerajaannya ditutup akibat daripada masalah dinding Mexico.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah masih di dalam jangkaan untuk meneruskan trend menaik sambil menutup minggu lepas di paras 51.70 berikutan dengan sentimen pasaran yang telah bertukar bullish sambil disokong oleh pembekuan pembekalan minyak mentah OPEC.

 

Pada minggu lepas, harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi selepas sentimen para pelabur bertukar optimistik dengan kemungkinan penyelesaian perang perdagangan diantara AS dan China. Selain itu, sentimen tersebut juga telah disokong dengan lebih lanjut selepas laporan stok minyak mentah EIA memaparkan penyusutan pada inventorinya.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah masih di dalam jangkaan untuk memulih dari kerugiannya sementara para pelabur menunggu data inventori minyak pada hari Rabu untuk melihat sama ada pelan pembekuan OPEC adalah berkesan untuk mengehad penurunannya.

 

Pandangan Mingguan: Januari 14 – Januari 18

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada beberapa data yang lebih penting seperti PPI dan Retail Sales yang boleh memberikan petunjuk yang lebih lanjut mengenai keadaan ekonomi AS dan jangkaan masa depannya.

 

Bagi pelabur minyak mentah, mereka akan memberi fokus kepada paras inventori minyak mentah dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan negara tersebut.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 14 – 18

Isnin, Januari 14  

Data

CNY – Trade Balance (USD)(Dec)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

Selasa, Januari 15 Data

EUR – Trade Balance (Nov)

USD – PPI (MoM) (Dec)

 

Acara

GBP – UK Parliament vote on Brexit deal

 

Rabu, Januari 16  

Data

USD – API Weekly Crude Oil Stock

EUR – German CPI(MoM)(Dec)

GBP – CPI (YoY)(Dec)

USD – Retail Sales(MoM)(Dec)

USD – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Januari 17  

Data

CNY – GDP(YoY)(Q4)

EUR – CPI(YoY)(Dec)

USD – Building Permits(Dec)

USD – Goods Trade Balance (Nov)

USD – Initial Jobless Claim

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan)

USD – New Home Sales

 

Acara

USD – OPEC Monthly Report

 

 

Jumaat, Januari 18

 

 

Data

CHF – PPI (MoM)(Dec)

GBP – Retail Sales (MoM)(Dec)

CAD – Core CPI (MoM)(Dec)

USD – Industrial Production (MoM)(Dec)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Jan)

USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – IEA Monthly Report

USD – OPEC Meeting