83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Februari 2022                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 14 – 18

Reviu Pasaran (Forex): Februari 7 – 11

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungan dari paras rendah pada sesi pagi ini selepas Presiden AS Joe Biden memberi komen tentang Rusia-Ukraine pada minggu lepas. Dolar AS telah melonjak susulan dengan ketegangan antara Ukraine dan Rusia yang menjadikan kebimbangan yang meningkat di kalangan pelabur.

 

Selepas Presiden AS Joe Biden membuat kenyataan mengenai ketegangan antara Rusia dan Ukraine, ia menggalakkan pelabur untuk memindahkan pelaburan mereka ke aset yang selamat. Berdasarkan panggilan video dengan Biden, dia menegaskan untuk bertindak balas dan mengambil tindakan serta-merta bersama sekutunya jika Rusia memutuskan untuk menyerang Ukraine. Selain itu, beliau turut menggesa semua warga AS untuk meninggalkan Ukraine serta-merta dalam tempoh 48 jam. Negara-negara lain seperti Britain, Jepun, Latvia, Norway dan Belanda juga termasuk dalam penggesaan tersebut.

 

Dolar didagang secara berayun pada minggu yang lalu selepas indeks sentimen pengguna awal dari Universiti Michigan untuk Februari dibebaskan. Menurut kepada laporan itu, ia menyatakan bahawa sentimen pengguna AS menurun dengan ketara di susulan dengan jangkaan bahawa inflasi akan terus meningkat dalam jangka panjang.

 

Namun begitu, pergerakan pasaran keseluruhan kekal positif susulan dengan peserta pasaran melabur dalam dolar AS serta komoditi lain. Buat masa ini, pelabur dicadangkan untuk memantau data ekonomi yang penting seperti US Retail Sales dan Initial Jobless Claims untuk mengukur kemungkinan pergerakan dolar. Semasa penulisan, indeks dolar telah didagangkan pada harga 96.01.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas ke paras 114.98. Yen Jepun menerima tekanan menurun yang ketara berikutan dengan jangkaan terhadap Federal Reserve untuk mengetatkan dasar kewangan dengan lebih pantas bagi tahun ini. Jangkaan tersebut adalah berdasarkan data CPI yang telah mencecah 7.5%, paras yang tertinggi semenjak 1982. Namun, peningkatan pada pasangan tersebut adalah terhad berikutan dengan peningkatan ketegangan diantara Rusia dan Ukraine.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas dan menutup di paras 1.1350. Euro telah menerima tekanan menurun yang ketara selepas ahli Bank Pusat Eropah (ECB) memberikan isyarat dovish yang tidak sejajar dengan isyarat yang disampaikan semasa mesyuarat dasar kewangan. Beberapa ahli ECB memberikan amaran bahawa reaksi yang keterlaluan terhadap peningkatan inflasi bagi jangka pendek dengan meningkatkan kadar faedah akan menjejaskan pemulihan ekonomi bagi jangka masa pertengahan. Selain itu, Presiden ECB Christine Lagarde juga menegaskan bahawa ia adalah terlalu awal untuk meningkatkan kadar faedah dan mereka akan memantau data ekonomi yang lebih lanjut bagi mendapat isyarat yang teliti.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah dan menutup minggu lepas di 1.3561 sementara berlegar di dalam lingkungan harga yang kecil. Pound sterling telah menerima tekanan menurun berikutan dengan peningkatan risiko Brexit di UK. Semasa sidang media, Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengancam untuk melaksanakan Artikel 16 sekiranya UK dan EU gagal untuk mencapai perkembangan yang positif mengenai perjanjian Brexit. Para pelabur khuatir bahawa UK adalah kesuntukan masa untuk mencapai perjanjian bersama EU dan ekonomi UK mungkin akan terjejas sekiranya perjanjian gagal untuk dicapai.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 7 – 11

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup harganya di paras $1,859.14 se troy auns. Permintaan bagi aset emas telah meningkat dengan ketara berikutan dengan peningkatan ketegangan diantara Rusia dan Ukraine. Menurut kepada Reuters, Rusia telah mengumpul lebih daripada 100,000 tentera berhampiran dengan sempadan Ukraine. Ia memberikan isyarat bahawa Rusia boleh menyerang Ukraine pada bila-bila masa. Para pelabur khuatir bahawa kestabilan kewangan di rantau tersebut akan terjejas. Justeru, mereka telah mengalihkan dana ke dalam aset selamat seperti emas. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau keadaan diantara Rusia dan Ukraine bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas dan menutup dengan harga $93.91 setong. Harga minyak mentah kekal didagang dengan aliran menaik berikutan dengan ketegangan diantara Rusia dan Ukraine. Para pelabur membuat spekulasi bahawa pembekalan minyak dirantau tersebut akan terjejas sekiranya Rusia menyerang Ukraine. Tindakan tersebut akan mengakibatkan perlaksanaan sekatan ekonomi dari AS ke atas Rusia dan mengakibatkan pergolakan di dalam pasaran minyak global. Tambahan pula, peperangan di rantau tersebut akan menjejaskan aktiviti perdagangan di Black Sea dan ia akan mendorong kepada kesan negatif ke atas import dan eksport minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 14 – 18

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari UK, EU dan AS di dalam minggu ini bagi menentukan arah aliran bagi mata wang masing-masing.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 14 – 18

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 14hb Februari 2021
N/A
Selasa – 15hb Februari 2021
0:15   EUR ECB President Lagarde Speaks 53.5 51.7
7:50   JPY GDP (QoQ) (Q4) 1.40% -0.90%
8:30   AUD RBA Meeting Minutes    
15:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Dec) 3.90% 4.20%
15:00   GBP Claimant Count Change (Jan) -36.2K -43.3K
18:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Feb) 53.5 51.7
21:30   USD PPI (MoM) (Jan) 0.50% 0.30%
Rabu – 16hb Februari 2022
15:00   GBP CPI (YoY) (Jan) 5.40% 5.40%
21:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Jan) 0.80% -2.30%
21:30   USD Retail Sales (MoM) (Jan) 1.80% -1.90%
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Jan)  
23:30   USD Crude Oil Inventories -4.756M
Khamis – 17hb Februari 2021
3:00   USD FOMC Meeting Minutes -15.0K 64.8K
8:30   AUD Employment Change (Jan) 1.750M 1.885M
21:30   USD Building Permits (Jan) 220K 223K
21:30   USD Initial Jobless Claims 20 23.2
21:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) -15.0K 64.8K
Jumaat – 18hb Februari 2022
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Jan) 0.60%
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Dec) -2.30% 6.80%
23:00   USD Existing Home Sales (Jan) 6.12M 1.10%