83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Jun 2021                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 14 –  18

Reviu Pasaran (Forex): Jun 7 – 11

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan latar belakang data ekonomi yang stabil dari negara AS. Sementara itu, para pelabur menunggu dengan sabar untuk acara penting mesyuarat FOMC minggu ini untuk panduan mengenai dasar kewangan masa depan. Kenyataan hawkish dari Federal Reserve berkemungkinan akan meningkatkan daya tarikan Dolar AS. Indeks dolar menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 90.45.

 

Dari segi data ekonomi,  data JOLTS Job Opening AS telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 8.288M kepada 9.286M, melebihi ramalan pasaran sebanyak 8.300M, menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja. Selain itu, data Core Consumer Price Index AS (CPI) memberi bacaan sebanyak 0.7%, melebihi ramalan pasaran pada 0.4%. Kadar inflasi yang tinggi berpotensi mencabar Fed untuk membincangkan mengenai pengurangan program pembelian bonnya sambil mengurangkan pembelian asetnya secara besar-besaran untuk memerangi risiko inflasi. Banyak ahli ekonomi menekankan kepentingan jawatankuasa untuk menguruskan matlamat dasar jangka panjangnya dengan jelas sambil mengekalkan kadar inflasi pada kadar yang stabil. Walaupun demikian, kenyataan secara keseluruhan dari Fed tetap kabur sementara pelabur akan terus memberi perhatian kepada perkembangan terbaru berkenaan dengan mesyuarat FOMC untuk mengukur pergerakan dolar AS.

 

Untuk masa ini, dengan gabungan ketidakpastian dalam dasar kewangan, para pelabur tetap berhati-hati menjelang pertemuan Fed minggu ini sebelum memasuki pasaran.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY tekah mengalami momentum bullish pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 109.75. Momentum  bullish  secara keseluruhan bagi pasangan ini adalah disebabkan oleh kenaikan Dolar AS. Walaupun begitu, peningkatan dalam jumlah Covid-19 dan pelaksanaan sekatan Covid-19 di rantau Asia telah meningkatkan sentimen penghindaran risiko di pasaran FX dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah Yen Jepun yang selamat sementara mengehadkan keuntungan yang dialami oleh pasangan USD/JPY.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah melonjak sepanjang minggu dan mengakhiri pasaran sesi minggu lalu dengan harga 1.2180. Euro mengalami momentum bearish pada semalam di tengah-tengah peningkatan dalam ketegangan Brexit antara U.K dan E.U yang telah mengurangkan daya tarikan Euro. Menurut kepada BBC, EU mendakwa bahawa kesabarannya adalah “sangat tipis” dengan U.K dalam perbincangan yang bertujuan untuk mengelakkan perang perdagangan pasca-Brexit. Walaupun UK secara rasmi meninggalkan EU pada tahun 2020, kedua-dua pihak masih mengancam perdagangan mengenai perjanjian Brexit setelah London menangguhkan pelaksanaan klausa perjanjian Ireland Utara. Sefcovic mendakwa bahawa jika UK mengambil tindakan sepihak dalam beberapa minggu yang akan datang, EU tidak akan teragak-agak untuk bertindak dengan pantas dan tegas untuk memastikan UK mematuhi kewajiban antarabangsa. EU dan Britain pada masa ini kekal berusaha untuk menyelesaikan masalah perbatasan dengan perjanjian Brexit Protokol Ireland Utara, yang menjaga wilayah itu di UK dan pasaran tunggal EU. Pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan hubungan pasca-Brexit untuk mengukur pergerakan pasangan tersebut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.4100. Mata wang paun sterling telah merosot dengan latar belakang data ekonomi yang menurun minggu lalu dan menurunkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Menurut kepada Pejabat Statistik Nasional, Pengeluaran Pembuatan UK untuk bulan lalu telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 2.1% kepada -0.3%, tersasar daripada ramalan pasaran pada 1.5%. Selain itu, paun sterling juga menambah kerugiannya di tengah-tengah kebangkitan semula kes Covid-19 di UK menjelang keputusan untuk membuka penuh ekonomi pada 21 Jun 2021 yang telah meningkatkan kebimbangan para pelabur. Menurut kepada data terkini, U.K telah melaporkan lapan kematian baru dan 7,490 kes positif lagi. Peningkatan dalam kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital adalah masalah yang serius dan boleh mendorong Perdana Menteri U.L Boris Johnson untuk kurang optimis dalam membuka semula ekonomi negara tersebut. Walaupun demikian, Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan menyatakan pada hari Isnin sama ada rancangan untuk pembatalan sekatan Covid-19 yang telah dirancangkan dapat dilakukan menjelang 21 Jun.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 7 – 11

GOLD

Harga emas telah jatuh sepanjang minggu lalu dengan harga $ 1865.50 se troy ounce di tengah-tengah harapan terhadap Rizab Persekutuan akan mula mengurangkan rangsangan ekonominya yang besar untuk mengekalkan kadar inflasi yang stabil di masa depan. Sebelum ini, beberapa pegawai memberi komen mengenai perbincangan dalam pengurangan program pembelian bonnya setelah ekonomi AS pulih sepenuhnya dari pandemik Covid-19. Pada masa itu, cadangan untuk pengurangan pembelian bon akan menimbulkan panik ke pasaran kewangan global dan mempengaruhi dolar AS. Buat masa ini, para pelabur telah dicadangkan untuk tetap fokus pada data inflasi masa depan dan juga kenyataan dasar kewangan masa depan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak minggu lalu sambil menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $70.55 setong di tengah-tengah pasaran berspekulasi bahawa perkembangan yang positif dalam program vaksinasi Covid-19 akan meningkatkan prospek ekonomi dan juga permintaan minyak mentah pada masa akan datang. Sebaliknya, harga minyak juga meningkat berikutan dengan diplomat AS yang mendakwa bahawa walaupun Amerika Syarikat mencapai kesepakatan nuklear dengan Iran, masih ada ratusan dalam sekatan AS terhadap Tehran. Ini bermaksud bahawa penambahan bekalan minyak Iran tidak akan diperkenalkan kembali ke pasar dalam masa yang terdekat. Dari segi data, harga minyak mentah mendapat momentum bullish dengan latar belakang data inventori yang positif. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah AS memberi bacaan sebanyak -5.241M, lebih baik daripada ramalan pasaran pada -2.036M.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 14 –  18

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti mesyuarat FOMC untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 14 –  18

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 14hb Jun 2021
21:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 15hb Jun 2021
09:30   AUD RBA Meeting Minutes 4.90% 4.00%
14:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Apr) -15.1K
14:00   GBP Claimant Count Change (May)
20:15   GBP BoE Gov Bailey Speaks 0.40% -0.80%
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (May) 0.60% 0.60%
20:30   USD PPI (MoM) (May) -0.80% 0.00%
20:30   USD Retail Sales (MoM) (May) 4.90% 4.00%
Rabu – 16hb Jun 2021
14:00   GBP CPI (YoY) (May) 1.80% 1.50%
15:00   CNY Industrial Production (YoY) (May) 8.90% 9.80%
20:30   USD Building Permits (May) 1.740M 1.733M
20:30   CAD Core CPI (MoM) (May) 0.50%
22:30   USD Crude Oil Inventories -2.036M -5.241M
Khamis – 17hb Jun 2021
02:00   USD FOMC Meeting Minutes
02:00   USD FOMC Statement
02:00   USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
02:30   USD FOMC Economic Projections
06:45   NZD GDP (QoQ) (Q1) 0.10% -1.00%
09:30   AUD Employment Change (May) 30.0K -30.6K
15:30   CHF SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
16:30   CHF SNB Press Conference
17:00   EUR CPI (YoY) (May) 2.00% 1.60%
20:30   USD Initial Jobless Claims 360K 376K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) 31 31.5
Jumaat – 18hb Jun 2021
Tentatif   JPY BoJ Monetary Policy Statement
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (May) 1.80% 9.20% 1.80%
Tentatif   JPY BoJ Press Conference