83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Ogos 2021              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 16 – 20

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 9 – 13

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot sepanjang minggu lalu di tengah-tengah data ekonomi yang lemah di Amerika Syarikat. Buat masa ini, pelabur akan terus memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan dasar kewangan masa depan untuk mengukur pergerakan harga yang berpotensi untuk indeks dolar. Indeks dolar telh menutup harganya pada sesi Jumaat lalu pada harga 92.45.

 

Dari segi pandangan yang negatif, data Michigan Consumer Sentiment AS telah jatuh dari bacaan sebelumnya sebanyak 81.2 kepada 70.2, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 81.2, menurut kepada University of Michigan. Bacaan tersebut adalah tahap terendah sejak 2011 dan salah satu daripada enam penurunan yang terbesar dalam tinjauan sepanjang 50 tahun lalu. Selain itu, Biro Statistik Tenaga Kerja AS melaporkan bahawa data Core Consumer Price Indeks AS (CPI) telah menurun dengan ketara dari bacaan awal sebanyak 0.9% kepada 0.3%, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Ini telah meningkatkan harapan bahawa bank pusat Fed mungkin akan terus melaksanakan pelonggaran dasar kewangannya dalam jangka panjang untuk meningkatkan momentum ekonomi. Di sisi lain, data Producer Price Indeks A.S (PPI) memberi bacaan sebanyak 1.0%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.6. Sementara itu, data JOLT Jobs Opening AS meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 9.483M kepada 10.073M yang juga lebih baik daripada jangkaasn pasaran sebanyak 9.281M.

 

Para pelabur akan terus memberi perhatian kepada perkembangan yang terkini dari Fed di mana persidangan bank pusat Fed akan diadakan di Jackson Hole, Wyoming pada akhir bulan ini untuk menerima isyarat perdagangan yang lebih lanjut. Para pelabur menjangkakan bahawa pengerusi Fed Jerome Powell dapat memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai pengaturan pelan dasar kewangan Fed untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu dengan harga 110.20. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh penurunan selera risiko di pasaran kewangan global. Peningkatan jumlah varian Delta di seluruh dunia telah mendorong pengubahan sentimen ke arah mata wang yang selamat dan mencetuskan momentum kenaikan untuk Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakhiri sesi perdagangan minggu lalu pada harga 1.1755. Trend keseluruhan untuk EUR / USD kekal lemah di tengah-tengah nada yang dovish dari Bank Pusat Eropah. Menurut kepada Reuters, penggubal dasar Eropah berjanji untuk mengekalkan dasar kewangan yang akomodatif untuk meningkatkan momentum ekonomi di rantau Eropah. Selain itu, Euro melanjutkan kerugiannya dengan latar belakang data ekonomi yang lemah. Menurut kepada ZEW, data ZEW Economic Sentiment untuk Jerman telah merosot dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 63.3 kepada 40.4, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 56.7.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah meningkat pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3860. Momentum kenaikan keseluruhan untuk pasangan GBP / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan dolar AS. Selain itu, mata wang pound sterling telah melanjutkan keuntungannya dengan latar belakang data ekonomi yang meningkat. Menurut kepada Office for National Statistics, data GDP U.K telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -6.1% kepada 22.2%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 22.1%. Data tersebut menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi di U.K masih tetap optimis.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 9 – 13

GOLD

Harga emas telah melonjak pada minggu lalu dengan harga $ 1780.00 se troy auns di tengah data ekonomi yang lemah dari A.S serta peningkatan dalam jumlah varian Delta di seluruh dunia yang mengurangkan selera risiko di pasaran kewangan global sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah emas yang selamat. Di Amerika Syarikat, varian Delta mendorong peningkatan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital di seluruh negara. Menurut kepada Pusat Pencegahan Penyakit Penyakit (CDC), kes Covid-19 di Amerika Syarikat secara keseluruhan telah meningkat sekitar 18% pada minggu lalu berbanding dengan minggu sebelumnya. Para pelabur bimbang bahawa situasi pandemik yang semakin teruk akan menyebabkan kerajaan untuk meningkatkan kawalan pergerakan dan mencetuskan prospek negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menurun dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 67.35. Harga minyak mentah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu berdasarkan dengan latar belakang data inventori yang lemah pada minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, data inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -0.447M, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak -1.271M. Selain itu, pasaran minyak melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah peningkatan jumlah varian Delta di seluruh dunia yang terus mengurangkan daya tarikan untuk minyak mentah. Walaupun demikian, para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan harga untuk komoditi hitam ini.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 16 – 20

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 16 – 20

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 16hb Ogos 2021
N/A
Selasa – 17hb Ogos 2021
09:30   AUD RBA Meeting Minutes
14:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Jun) 8.70% 7.30%
14:00   GBP Claimant Count Change (Jul) -114.8K
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Jul) 0.20% 1.30%
Rabu – 18hb Ogos 2021
01:30   USD Fed Chair Powell Speaks
10:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.50% 0.25%
10:00   NZD RBNZ Rate Statement
11:00   NZD RBNZ Press Conference
14:00   GBP CPI (YoY) (Jul) 2.30% 2.50%
17:00   EUR CPI (YoY) (Jul) 2.20% 2.20%
20:30   USD Building Permits (Jul) 1.610M 1.594M
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Jul) 0.30%
22:30   USD Crude Oil Inventories -0.447M
Khamis – 19hb Ogos 2021
02:00   USD FOMC Meeting Minutes
09:30   AUD Employment Change (Jul) -45.0K 29.1K
20:30   USD Initial Jobless Claims 360K 375K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) 25 21.9
Jumaat – 20hb Ogos 2021
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Jul) 0.50% 0.50%
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Jun) 4.40% -2.00%