83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 November 2020                           Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 16 – 20

Reviu Pasaran (Forex): November 9 – 13

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah memulihkan sebahagian daripada kejatuhannya sebelum ini tetapi masih mengalami tekanan penjualan pada akhir minggu lalu sementara menutup sesi minggu lalu dengan harga 92.65. Laporan mengenai keberkesanan vaksin yang tinggi telah menjadi pemacu utama pasaran tetapi data yang lemah juga mempengaruhi pasaran.

 

Pada minggu lalu, syarikat Jerman BioNTech dan rakannya di Amerika Syarikat Pfizer telah mengumumkan pada hari Isnin bahawa keputusan awal dari percubaan fasa 3 menunjukkan bahawa vaksin mereka mencapai keberkesanan setinggi 90% dalam mencegah jangkitan COVID-19. Kenyataan dari kedua-dua syarikat tersebut merupakan pengeluaran data pertama yang berjaya dari percubaan vaksin koronavirus berskala besar. Namun,  optimisme yang awal mulai pudar kerana pasaran tetap bimbang akan cabaran logistik di mana vaksin mesti disimpan pada suhu -70C dan bagaimana boleh menyebarkannya ke pasaran global dengan cepat.

 

Dari segi data, data JOLTs job opening untuk bulan September kecewa dengan kejatuhan dari 6.493m ke 6.440m, ini merupakan satu lagi bendera merah untuk pasaran buruh. Data tuntutan pengangguran memberikan bacaan yang lebih optimis dengan bacaan 709K, lebih baik daripada minggu sebelumnya sebanyak 757K. Namun, ia adalah tidak cukup untuk meredakan kebimbangan mengenai pasaran buruh. Selain itu, CPI AS juga jatuh dengan bacaan sebanyak 0.0%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.1%.

 

Walaupun begitu, para pelabur kini akan terus fokus pada perkembangan yang berterusan mengenai vaksin untuk mengukur arah untuk dolar AS. Pada masa yang sama, pasaran juga akan memperhatikan kesihatan ekonomi yang dapat dilihat dari data ekonominya.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah jatuh sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 104.59. Dari segi data, data akaun semasa tidak memberikan kesan yang ketara kepada Yen Jepun. Namun, keadaan koronavirus yang semakin teruk telah membantu dalam meningkatkan permintaan bagi Yen sebagai mata wang selamat. Walaupun dengan optimisme vaksin yang berpotensi, peningkatan dalam jangkitan dan kematian yang cepat telah mengimbangi optimisme yang menyebabkan para pelabur beralih ke pasaran selamat pada akhir minggu lalu.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD berjaya menutup minggu lalu dengan keuntungan dan mengakhiri sesi perdagangan Jumaat lalu dengan harga 1.1836. Walaupun dengan kebanyakan data yang mengecewakan, Euro telah disokong oleh jaminan dari ECB dan juga kelemahan dolar. Dalam dasar kewangan, Presiden ECB Lagarde telah memberi jaminan bahawa pasaran akan mendapat sokongan lebih banyak bulan depan. Komen tersebut dikeluarkan selepas berita mengenai percubaan vaksin yang optimis dari Pfizer Inc.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD mengalami naik dan turun sepanjang minggu lalu tetapi masih berjaya mengakhiri pasaran dengan keuntungan pada harga 0.3221. Dari segi data, data Retail Sales UK telah meningkat sebanyak 5.2%, tersasar dari bacaan sebanyak 6.1 pada bulan September. Data pekerjaan di UK juga mengecewakan dengan kadar pengangguran meningkat dari 4.5% kepada 4.8%. Namun dari segi positif, data Claimant Count Change telah turun sebanyak 40.2k. Walaupun dengan keseluruhan data yang lemah, mata wang paun tetap disokong oleh kemas kini Brexit. Pada minggu lalu, penasihat khas PM UK Johnson dan pihak yang menyokong Brexit keras, Dominic Cummings telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari perkhidmatan kerajaan dengan segera. Peletakan jawatan tersebut telah diambil sebagai catatan yang positif disebabkan oleh ia boleh meningkatkan peluang dalam EU dan UK untuk bersetuju dalam perjanjian perdagangan bebas.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 9 – 13

GOLD

Harga emas mengalami penjualan yang ketara pada separuh pertama minggu lalu, tetapi perlahan-lahan mengehadkan kerugian pada hari Jumaat lalu sambil berakhir pada harga $ 1933.48 per troy auns. Oleh disebabkan pengumuman yang mengejutkan dalam vaksin dan pilihan raya, permintaan untuk komoditi yang selamat telah jatuh dengan ketara berikutan dengan prospek pemulihan ekonomi yang mendorong para pelabur untuk memilih dolar AS. Selain itu, peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS dan lonjakan niaga hadapan ekuiti AS yang didorong oleh berita itu juga menambah tekanan yang lebih lanjut di mana ia juga manarik pergi permintaan dari logam kuning yang tidak memberi sebarang hasil.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak sepanjang minggu lalu dan mengambil keuntungannya pada penutupan pasaran sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga $40.04 setong berikutan dengan prospek vaksin dan OPEC merancang untuk menangguhkan peningkatan dalam pengeluaran.

 

Minggu lalu, syarikat farmaseutikal terbesar di dunia Pfizer mengumumkan bahawa vaksin Covid-19nya menunjukkan kadar kejayaan setinggi 90% dalam analisis percubaan klinikal fasa 3. Penembusan vaksin utama telah menimbulkan harapan untuk pemulihan ekonomi yang lebih pantas dan meningkatkan prospek permintaan tenaga. Selain itu, harapan OPEC dan sekutunya untuk melanjutkan pelan pemotongannya juga memberi dorongan untuk komoditi ini. Minggu lalu, menteri OPEC + menyatakan secara terbuka mengenai kemungkinan dalam mengubah perjanjian pemotongan minyak mereka dan memberi isyarat terbaru bahawa kumpulan ini mempertimbangkan semula pelan untuk kenaikan pengeluaran Januari. OPEC dan sekutunya dijangka akan meningkatkan pengeluaran pada tahun depan dan menurun sebanyak 7.7 juta tong dalam pengurangan pengeluaran harian hampir 2 juta tong. Mereka mempunyai kemampuan untuk mengubah rancangan ini jika diperlukan, tetapi semua anggota harus setuju.

 

Namun, OPEC juga menurunkan ramalan permintaan minyak pada minggu lalu setelah peningkatan yang berterusan dalam kes koronavirus yang boleh memperlahankan pemulihan. Walaupun vaksin Pfizer terbukti berjaya, ia masih diperlukan beberapa bulan sebelum ia tersedia untuk semua.

 

 

Tinjauan Pasaran: November 16 – 20

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus mengikuti perkembangan terbaru yang berkaitan dengan perkembangan koronavirus, vaksin dan  juga data inflasi yang penting seperti Retail Sales untuk mengukur arah setiap pasangan mata wang.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 16 – 20

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 16hb November 2020
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Oct) 4.4% -7.9%
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa – 17hb November 2020
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
21:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.6% 1.5%
21:30 USD Retail Sales (MoM) (Oct) 0.5% 1.9%
22:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Rabu – 18hb November 2020
00:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
15:00 GBP CPI (YoY) (Oct) 0.6% 0.5%
18:00 EUR CPI (YoY) (Oct) -0.3% -0.3%
21:30 USD Building Permits (Oct) 1.560M 1.545M
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Oct) 0.1%
23:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:30 USD Crude Oil Inventories -0.913M 4.278M
Khamis – 19hb November 2020
08:30 AUD Employment Change (Oct) -30.0K -29.5K
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 USD Initial Jobless Claims 705K 709K
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) 24.0 32.3
23:00 USD Existing Home Sales (Oct) 6.45M 6.54M
Jumaat– 20hb November 2020
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Oct) -1.5% -1.1%
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Oct) 0.1% 1.5%
16:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Sep) 0.9% 0.5%