83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Februari 2020                    Analisis Mingguan

 

 Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 17 – 22

Reviu Pasaran (Forex): Februari 10 – 15

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas sementara para pelabur masih memberikan jangkaan optimis terhadap perkembangan ekonomi di AS. Indeks dolar telah menutup pasaran minggu lepas di 98.98 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Sentimen pasaran terhadap dolar AS adalah masih positif selepas AS membebaskan laporan Nonfarm Payrolls yang lebih baik daripada jangkaan pada dua minggu yang lepas. Apabila dibandingkan dengan negara lain, ekonomi AS adalah masih mampan dengan pertumbuhan inflasi yang sederhana serta pengambilan pekerjaan yang kukuh.

 

Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, Core CPI bagi bulan Januari meningkat ke paras 2.3% bagi perbandingan tahun ke tahun, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 2.2%. Tambahan pula, Initial Jobless Claims bagi minggu lepas memberi bacaan yang lebih rendah sebanyak 205,000 individual, lebih baik daripada ramalan untuk meningkat ke 210,000 individual. Dari segi perbelanjaan pengguna, Retail Sales dan Core Retail Sales memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.3% masing-masing. Data tersebut juga telah disokong oleh Michigan Consumer Sentiment yang telah meningkat ke 100.9 bagi bulan Februari, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 99.5.

 

Namun, kenaikan pada dolar AS adalah terhad sementara para pelabur memberikan fokus mereka ke atas epidemik koronavirus di Asia Tenggara. Pada minggu lepas kerajaan tempatan Hubei mengumumkan peningkatan yang mendadak pada kes jangkitan koronavirus sebanyak 14,840. Ini telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur oleh kerana wabak tersebut memberikan impak ke atas momentum ekonomi global. Justeru itu, para pelabur telah menjual pegangan mereka pada ekuiti dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat untuk melindungi kapital mereka.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY didagang secara rata pada minggu lepas dan menutup niaga di sekitar 109.81. Yen Jepun masih menerima sokongan di dalam pasaran selepas para pelabur memasuki ke dalam pasaran aset selamat susulan dengan penyebaran epidemik koronavirus di Asia Tenggara. Kebanyakan daripada mereka khuatir bahawa epidemik tersebut bakal memberikan impak ke atas ekonomi China serta menjejaskan negara lain yang bergantung kepadanya sebagai rakan dagang utama. Namun, pasangan ini masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat oleh kerana dolar AS masih menerima sokongan bullish susulan dengan pembebasan data yang optimis dari AS.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas dan menutup niaga di 1.0827.3 Euro menerima tekanan menurun yang ketara selepas data ekonomi dari Jerman (ekonomi terbesar di dalam zon EU) memaparkan risiko kemelesetan. Bagi suku keempat, GDP dari Jerman memberi bacaan hanya 0.0%, tersasar daripada ramalan iaitu 0.1%. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberikan tumpuan mereka ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari rantau tersebut untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan kenaikannya sambil menutup pasaran di 1.3045. Pound sterling telah menerima sokongan bullish selepas GDP bagi suku keempat memberi bacaan sebanyak 1.1%, lebih baik daripada ramalan iaitu 0.8%. Data tersebut memaparkan bahawa ekonomi di UK adalah kukuh walaupun isu Brexit masih berlegar dan mengaburi pandangan ekonomi untuk masa depan. Namun, kenaikan pada pasangan tersebut adalah terhad oleh kerana UK dan EU perlu mencapai konsensus mengenai perjanjian perdagangan sebelum tarikh akhir transisi Brexit pada 31hb Disember 2020.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 10 – 15

GOLD

Harga emas telah melanjutkan kenaikannya sambil menutup niaga di $1,583.88 se troy auns. Permintaan pasaran kewangan terhadap aset emas masih meningkat selepas wabak koronavirus merebak di Asia Tenggara seperti China dan Singapura. Para pelabur khuatir bahawa epidemik tersebut boleh memberikan impak yang ketara ke atas ekonomi China dan menjejaskan negara lain yang bergantung kepadanya sebagai rakan dagangan utama. Oleh itu, para pelabur telah menjual pegangan mereka pada ekuiti dan memasuki ke dalam aset selamat bagi melindungi kapital mereka.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan pemulihannya dari paras rendah sementara menutup pasaran minggu lepas di $52.17 setong. Niaga hadapan minyak menerima permintaan yang tinggi selepas China mengumumkan untuk mengambil tindakan yang selanjutnya bagi membendung impak koronavirus dan memberi sokongan kepada momentum ekonominya. Para pelabur berharap bahawa ia boleh mendorong kepada pemulihan permintaan minyak mentah dari China – pengimport yang terbesar di dunia.

 

Namun, laporan dari International Energy Agency (IEA) menegaskan bahawa epidemik tersebut bakal menjejaskan permintaan harian sebanyak 435,000 tong sehari bagi suku pertama, penurunan yang terbesar semenjak krisis kewangan pada 2009. Oleh itu, para pelabur akan memberikan tumpuan mereka ke atas data manufacturing PMI dari beberapa negara untuk melihat samada ia memberi kesan yang ketara ke atas rangkaian bekalan global serta permintaan minyak mentah.

 

Sementara itu, kenaikan pada harga minyak adalah terhad selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan peningkatan pada stok minyak bagi minggu lepas. Di AS, stok minyak telah meningkat sebanyak 7.459 juta tong, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 2.987 juta tong. Sementara itu, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak telah meningkat sebanyak 2 ke 678 dan ini telah meningkatkan sentimen pesimis pasaran terhadap komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 17 – 22

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat dari FOMC untuk melihat pelan dasar kewangan yang lebih lanjut dari Bank Pusat AS. Selain itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data ekonomi dari AS, UK dan EU untuk memantau keadaan ekonomi masing-masing.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas laporan inventori mingguan dari American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 17 – 22

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 17hb Februari 2019
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q4) -0.9% 0.4%
Selasa – 18hb Februari 2019
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
17:30 GBP Average Earnings Index +Bonus (Dec) 3.0% 3.2%
17:30 GBP Claimant Count Change (Jan) 22.6K 14.9K
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Feb) 22.0 26.7
21:30 USD NY Empire State Manufacturing Index (Feb) 5.00 4.80
Rabu – 19hb Februari 2020
17:30 GBP CPI (YoY) (Jan) 1.6% 1.3%
21:30 USD Building Permits (Jan) 1.450M 1.420M
21:30 USD PPI (MoM) (Jan) 0.1% 0.2%
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Jan) -0.4%
Khamis –20 hb Februari 2020
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 6.000M
08:30 AUD Employment Change (Jan) 10.0K 28.9K
09:30 CNY PBoC Loan Prime Rate 4.15%
17:30 GBP Retail Sales (MoM) (Jan) 0.5% -0.6%
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) 12.0 17.0
Jumaat– 21hb Februari 2020
00:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories 2.987M 7.459M
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Feb) 44.8 45.3
17:30 GBP Composite PMI 53.3
17:30 GBP Manufacturing PMI 50.0
17:30 GBP Services PMI 53.9
18:00 EUR CPI (YoY) (Jan) 1.4% 1.4%
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.4% 0.2%
23:00 USD Existing Home Sales (Jan) 5.45M 5.54M
Sabtu – 22hb Februari 2020
02:00 CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 678