83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Januari 2021                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: January 18  – 22

Reviu Pasaran (Forex): Januari 11  –  15

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat sepanjang minggu lalu dan menutup sesi Jumaat lalu dengan harga 90.70. Walaupun terdapat keputusan yang bercampuran dari kebanyakan data ekonomi, optimisme terhadap vaksin COVID-19 dan rekod hasil perbendaharaan AS yang tinggi menjadi pemangkin utama untuk dolar AS.

 

Dari segi data, data CPI A.S. meningkat sebanyak 0.4% sementara CPI teras meningkat sebanyak 0.1% dengan sederhana. Namun, pelbagai data pada separuh kedua minggu lalu telah mengecewakan di mana statistik utama seperti tuntutan pengangguran mingguan, penjualan runcit dan sentimen pengguna keluar lebih rendah daripada yang dijangkakan. Data Initial Jobless Claims melonjak dari 784K ke 965K sementara data Retail Sales jatuh kepada 0.7%. Sentimen Pengguna Michigan juga jatuh ke 79.2 yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 80.0. Di samping itu, Fed juga memberikan beberapa kenyataan yang dovish dan meyakinkan pasaran bahawa kadar faedah tidak akan naik dalam waktu yang terdekat. Namun, penurunannya telah dihadkan oleh sokongan daripada optimisme yang berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan rekod tinggi dalam hasil perbendaharaan yang tidak dijangka. Hasil 10-tahun Perbendaharaan A.S. mencapai tahap 1.15% pada 12 Januari dan meningkat 19 mata asas dari 5 Januari semasa Demokrat memenangi pertandingan untuk dua kerusi Senat Georgia dan mengubahkan keseimbangan Kongres. Kemenangan Demokrat di kerusi senat juga memberikan dorongan lebih lanjut untuk dolar AS di mana Presiden AS Joe Biden dijangka akan mencadangkan rangsangan yang lebih besar bernilai $ 1.9 trilion untuk membantu ekonomi.

 

Dengan hari pelantikan akan berlaku pada minggu yang akan datang, semua mata akan tertumpu pada acara tersebut di mana ia berpotensi mencetuskan pergerakan yang besar di pasaran. Pada masa yang sama, para pelabur juga akan memantau perkembangan kes vaksin dan COVID-19 untuk mengukur keadaan dan menentukan arah selanjutnya untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY  telah didagang secara stabil secara keseluruhan tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan kerugian pada harga 103.85. Dari segi data, data pesanan mesin teras meningkat sebanyak 1.5% pada bulan November, lebih baik daripada jangkaan pasaran -6.2. Selain itu, data PPI Jepun juga meningkat kepada 0.5% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Pada masa yang sama, politik dari A.S. dan COVID-19 juga menambah pengaruh terhadap sentimen.

 

EUR/USD

EUR/USD telah menyerahkan keuntungan sebelumnya dan didagang lebih rendah sepanjang minggu lalu sambil menutup dengan harga 1.2064. Data-data ekonomi memberi bacaan yang bercampuran tetapi komen dari ECB dan peningkatan kes COVID-19 di EU mencetuskan tekanan kepada pasangan ini. Data Industrial Production dalam zon euro melonjak sebanyak 2.5% pada bulan November, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Sebaliknya, data Trade Balance telah mengecewakan dengan bacaan sebanyak 25.8B berbanding jangkaan pasaran sebanyak 26.0B. Presiden ECB Lagarde terus berpegang teguh pada ramalan ekonomi ECB, walaupun dengan langkah-langkah sekatan yang lebih lanjut di EU. Lagarde menegaskan bahawa ramalan tersebut telah merangkumi faktor sekatan pada suku pertama. Pada masa yang sama, lonjakan yang berterusan dalam kes COVID-19 yang baru juga membebankan pasangan ini di mana sebahagian besar daripada negara-negara EU telah mengenakan langkah pergerakan yang ketat kerana penyebaran COVID-19 tanpa henti.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang lebih tinggi pada separuh pertama minggu lalu, tetapi menyerahkan sebahagian besar daripada kenaikan pada akhir minggu lalu sambil menutup dengan harga 1.3583. Sebilangan besar datanya adalah cenderung ke arah negatif. GDP U.K telah jatuh ke -2.6% berbanding dengan bacaan sebelumnya sebanyak 0.4%. Data Industrial Production juga mengecewakan dengan bacaan sebanyak -0.1% berbanding jangkaan sebanyak 0.5% sementara data Manufacturing Production memberi bacaan sebanyak 0.7%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.9%. Jauh dari kalendar ekonomi, peningkatan kadar vaksinasi di UK telah membantu dalam mengimbangi sesetengah sentimen yang negatif.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 11 – 15

GOLD

Harga emas telah didagang dalam lingkungan yang ketat minggu lalu tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan kerugian pada harga 1828.31 se troy auns. Logam kuning tersebut mengalami minggu yang berombak susulan pasaran menghadapi kesukaran untuk menghadamkan tema yang bertentangan seperti hasil AS yang tinggi dan kes koronavirus yang meningkat minggu lalu dan gagal memberikan arah yang jelas. Pada akhirnya, kekuatan dolar AS pada hari Jumaat yang menyebabkan kejatuhan yang besar bagi logam tersebut kerana harga emas berkorelasi negatif dengan dolar AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang lebih rendah dan diselesaikan dengan kerugian minggu lalu, menutup  dengan harga $ 52.12 setong. Mengikuti berita mengenai peningkatan kes COVID-19 dan sekatan di China dan negara-negara lain, prospek pemulihan permintaan sekali lagi terjejas.

 

China meningkatkan sekatan pada hari Jumaat setelah melaporkan jumlah kes Covid-19 harian tertinggi dalam lebih dari 10 bulan. Ekonomi no 2 yang terbesar di dunia ditutup untuk seminggu yang mengakibatkan lebih daripada 28 juta orang terkurung ketika mengalami kematian koronavirus yang pertama di negara tersebut sejak Mei. Pada masa yang sama, kebimbangan terhadap jangka masa sekatan yang lama di EU dan sekatan baru yang boleh mengurangkan permintaan untuk penggunaan bahan bakar juga membebani komoditi tersebut. Tambahan pula, kenaikan dolar pada hari Jumaat menambahkan lagi tekanan penjualan. Dari segi data, inventori minyak mentah A.S. turun sebanyak 3.247 juta tong berbanding dengan jangkaan pasaran untuk penurunan  sebanyak 2.266 juta tong. Namun, data optimis tersebut gagal memberi kesan kepada pembeli.

 

Oleh disebabkan wabak Covid-19 kembali menjadi tumpuan utama, keadaan COVID-19 yang semakin buruk berpotensi boleh melanjutkan kerugian komoditi hitam ini sementara para pelabur terus memantau perkembangan yang berterusan mengenai vaksin dan jumlah kes.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 18  – 22

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam politik A.S , perkembangan dan kesan koronavirus di AS serta data-data ekonomi seperti tuntutan pengangguran mingguan untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 18  – 22

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 18hb Januari 2021
21:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 19hb Januari 2021
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Jan) 60.0 55.0
Rabu – 20hb Januari 2021
15:00 GBP CPI (YoY) (Dec) 0.5% 0.3%
18:00 EUR CPI (YoY) (Dec) -0.3% -0.3%
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Dec) 0.2%
23:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -2.266M -3.247M
Khamis – 21hb Januari 2021
Tentatif USD US President Biden Speaks
Tentatif CAD BoC Press Conference
08:30 AUD Employment Change (Dec) 50.0K 90.0K
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentatif JPY BoJ Press Conference
17:00 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) 12.0 9.1
20:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Jan) -0.50%
21:30 USD Building Permits (Dec) 1.604M 1.635M
21:30 USD Initial Jobless Claims 868K 965K
21:30 EUR ECB Press Conference
Jumaat – 22hb Januari 2021
05:45 NZD CPI (QoQ) (Q4) 0.9% 0.7%
08:30 AUD Retail Sales (MoM) 7.1%
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Dec) 0.9% -3.8%
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Jan) 57.5 58.3
17:30 GBP Manufacturing PMI (Jan) 57.3 57.3
17:30 GBP Services PMI (Jan) 49.9 49.9
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Nov) 0.3% 1.0%
23:00 USD Existing Home Sales (Dec) 6.54M 6.69M