18 Februari 2019 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 18 – Februari 22
Reviu Pasaran (Forex): Februari 11 – Februari 15
US Dollar
Dolar AS telah melanjutkan momentum bullish bagi sepanjang minggu lepas apabila dibandingkan dengan sekumpulan pasangan mata wang utama sementara menutup pasaran Jumaat di 96.70.
Pada awal minggu lepas, dolar telah meneruskan peningkatannya berikutan dengan sentimen pasaran Eropah yang makin suram akibat kelembapan ekonomi global. Selera risiko yang makin menyusut telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran yang lebih selamat seperti dolar, Yen Jepun dan emas. Selain itu, perbincangan perdagangan yang berterusan telah menjadi tumpuan utama pelabur di mana perang perdagangan tersebut telah menjejaskan pasaran dolar selama beberapa bulan.
Di samping itu, kekukuhan pada dolar juga didorong oleh data ekonomi yang optimis pada lewat minggu lepas. Menurut kepada US Labor Department, data Core CPI telah memberi bacaan sebanyak 2.2%, melebihi jangkaan ahli ekonomis sebanyak 2.1%. Data tersebut telah menggambarkan peningkatan kadar inflasi yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi di AS masih berdaya tahan. Hal ini telah meningkatkan kemungkinan Fed untuk mengetatkan dasar mereka dan mencetuskan pembelian secara mendadak bagi dolar.
Kesimpulannya, perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung antara dua ekonomi terbesar turut menjadi pemacu utama bagi sentimen pasaran sejak tahun lalu dan kemajuan terkini masih memihak kepada AS. Para pelabur mengambil kesempatan ini untuk memasuki ke dalam pasaran dolar di tengah-tengah penyusutan pertumbuhan global. Dalam pada itu, tumpuan kini difokuskan kepada hasil perbincangan perdagangan untuk menentu negara yang mana lebih bermanfaat sebelum memasuki pasaran.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah melanjutkan trend bullish sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 110.35. Penyusutan pertumbuhan ekonomi global telah mendorong para pelabur untuk menjual mata wang utama dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat seperti dolar dan Yen Jepun. Namun, sentimen pasaran terhadap dolar adalah lebih baik dan kukuh disebabkan oleh perkembangan dalam perbincangan perdagangan dan juga data ekonomi yang kuat. Malah, dolar yang lebih kukuh dalam nilainya telah mendorong kepada peningkatan dalam pasangan USD/JPY.
EUR/USD
Pada minggu lepas, pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu sambil menutup pasaran Jumaat di 1.1290. Berikutan dengan penyusutan pertumbuhan ekonomi global, data ekonomi di Zon Eropah yang diumumkan pada minggu lepas adalah lebih suram berbanding dengan ramalan ahli ekonomis, termasuk data Industrial Production dan juga data GDP dari Jerman. Kedua-dua data tersebut telah menunjukkan bahawa isu penyusutan ekonomi di pasaran Eropah telah menambah buruk sentimen dan nilai mata wang euro. Tambahan pula, hasil hutang kerajaan Eropah yang telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun turut memberi tekanan negatif dan menekankan harga euro. Namun begitu, tumpuan terkini telah difokuskan kepada penyusutan ketegangan perdagangan antara AS dan China.
GBP/USD
Pound sterling telah melanjutkan trend menurunnya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 1.2885. Pada awal minggu lepas, pound sterling telah mengalami penjualan yang mendadak berikutan dengan pembebasan data GDP UK yang memberi bacaan sebanyak 0.2%, tersasar daripada jangkaan sebanyak 0.3%. Data tersebut telah menambah buruk kebimbangan pelabur terhadap ekonomi UK oleh kerana ia bakal mengharungi risiko kemelesetan selepas Brexit. Selain itu, pelan Brexit Perdana Menteri UK Theresa May telah menghadapi kegagalan untuk mendapat sokongan daripada ahli Parlimennya kerana pelan tersebut masih tidak menyingkirkan kemungkinan Brexit keras. Setakat ini, keyakinan pelabur terhadap Theresa May telah diburukkan sewaktu isu sempadan Ireland yang masih tidak diselesaikan.
Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 11 – Februari 15
GOLD
Harga emas telah mengekalkan kekuatannya secara keseluruhannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di $1321.00 se troy auns. Pada awal minggu lepas, permintaan terhadap emas yang selamat masih tinggi di tengah-tengah penyusutan pertumbuhan global dan juga ketegangan perang perdagangan antara AS dan China. Hal tersebut telah menurunkan selera risiko pelabur dan menyebabkan mereka untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran selamat seperti emas dan Yen Jepun. Emas mengalami pembelian yang mendadak pada lewat minggu lepas susulan dengan komen Donald Trump mengenai perkembangan perbincangan perdagangan yang baik.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya ke paras tinggi 3 bulan sementara menutup pasaran Jumaat di $55.80. Sepanjang minggu lepas, data positif seperti API Weekly Crude Oil Stock dan juga laporan bulanan OPEC telah mendorong kenaikan harga minyak mentah. Menurut kepada American Petroleum Institute, stok mingguan minyak telah memberi bacaan sebanyak -0.9980M, jauh rendah berbanding dengan ramalan ahli ekonomis sebanyak 2.514M. Jurang besar data tersebut telah mencetuskan pembelian secara mendadak terhadap minyak mentah. Selain itu, OPEC juga menyatakan bahawa pembekalan minyak mereka telah menjatuh sebanyak 0.8 juta tong sehari pada bulan Januari. Pemotongan bekalan yang terutamanya ditangani oleh Arab Saudi dan Rusia dan juga sekatan AS terhadap minyak Venezuela juga memberi kesan kepada harga minyak.
Selain itu, ketegangan perdagangan yang berterusan antara negara AS dan China juga kini memberi kesan kepada prospek minyak mentah semasa. Oleh kerana AS dan China merupakan pengguna minyak yang terbesar, ketegangan perdagangan tersebut berkemungkinan untuk menjejaskan permintaan global terhadap minyak.
Pandangan Mingguan: Februari 18 – Februari 22
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada kemajuan perbincangan perdagangan dan juga beberapa data ekonomi penting seperi Existing Home Sales dan Fed Monetary Policy Report untuk menentukan prospek dan sentimen pasaran dengan selanjutnya.
Bagi para pedagang komoditi minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data inventori dari API dan EIA untuk melihat kekukuhan permintaan dari pengimport minyak yang terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 18 – Februari 22
| Isnin, Februari 18 |
Data N/A
Acara N/A
|
| Selasa, Februari 19 |
Data GBP – Average Earnings Index +Bonus (Dec) GBP – Claimant Count Change (Jan) GBP – Unemployment Rate (Dec) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Feb)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Februari 20 |
Data EUR – German PPI (MoM) (Jan) GBP – CBI Industrial Trends Orders (Feb)
Acara N/A
|
| Khamis, Februari 21 |
Data USD – API Weekly Crude Oil Stock AUD – Employment Change (Jan) EUR – German CPI (MoM) (Jan) EUR – German Manufacturing PMI (Feb) EUR – German Services PMI (Feb) EUR – Manufacturing PMI (Feb) EUR –Markit Composite PMI (Feb) EUR – Services PMI (Feb) USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) USD – Manufacturing PMI (Feb) USD – Markit Composite PMI (Feb) USD – Services PMI (Feb) USD – Existing Home Sales (Jan)
Acara USD – FOMC Meeting Minutes EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
|
|
Jumaat, Februari 22
|
Data USD – Crude Oil Inventories EUR – German GDP (QoQ) (Q4) EUR – German Ifo Business Climate Index EUR – CPI (YoY) (Jan) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Dec)
Acara CAD – BoC Gov Poloz Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks USD – Fed Monetary Policy Report USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
|