18 Mac 2019 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 18 – 22
Reviu Pasaran (Forex): Mac 11 – 15
US Dollar
Dolar AS telah meneruskan kerugiannya apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain sambil menutup niaganya di paras 96.48 susulan dengan data ekonomi yang suram dari AS.
Pada minggu lepas, dolar telah mencatat kerugian mingguan yang terbesar selepas mata wang tersebut dipukau oleh tekanan bearish akibat daripada data yang negatif. Kadar inflasi gagal untuk melantun dari paras rendahnya sementara output sektor pembuatan merosot sebanyak 0.4%, pengecutan untuk bulan kedua berturut-turut. Selain itu, aktiviti sektor perkilangan juga telah mencatat kemerosotan di New York selepas ia memberi bacaan hanya 3.7 berbanding dengan ramalan iaitu 10.0. Beberapa data ini telah mengesahkan bahawa momentum ekonomi AS makin berkurang dan ia telah meningkatkan jangkaan bahawa Bank Pusat AS berkemungkinan untuk memotong kadar faedah bagi tahun ini. Selain itu, kekurangan perkembangan diantara rundingan AS dan China juga telah menekan sentimen pasaran terhadap dolar oleh kerana ketegangan perdagangan boleh menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi global.
Secara ringkasnya, sentimen dolar masih kekal ditekan oleh data yang suram susulan dengan kemungkinan yang besar ke atas Fed dalam menurunkan kadar faedah mereka bagi tahun ini. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberikan tumpuan ke atas mesyuarat polisi dari Fed bagi mengesahkan sama ada Fed akan mengambil pendekatan yang dovish memandangkan data ekonomi baru-baru ini telah memberikan pengesahan yang kukuh.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah meneruskan kenaikannya bagi minggu lepas sambil menutup niaga Jumaat lalu di paras 111.45. Pasangan ini telah mengukuhkan kedudukannya selepas Bank Pusat Jepun mengekalkan kadar dengan tidak berubah sambil menurunkan optimisme terhadap pertumbuhan eksport dan output perkilangan untuk menyokong perkembangan ekonomi mereka yang bakal meningkatkan status aset selamat.
EUR/USD
Euro telah mencatat keuntungan mingguan yang terbesar semenjak bulan September yang lepas selepas ia menutup pasaran Jumaat lalu di paras 1.1323. Dolar telah kehilangan sentimen bullish sementara euro masih kekal disokong akibat daripada peralihan tumpuan dari pasaran dolar ke dalam zon EU. Selain itu, berita positif mengenai Brexit telah meningkatkan permintaan bagi Euro pada minggu lepas selepas Parlimen UK menyokong inisiatif untuk mengelakkan Brexit tanpa perjanjian – salah satu inisiatif yang ditolak oleh pentadbiran Theresa May.
GBP/USD
Pound sterling telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan dolar AS pada minggu lepas sambil menutup pasaran minggu lepas di kadar 1.3291. Mata wang tersebut menerima sokongan bullish susulan dengan perkembangan Brexit yang optimis selepas Parlimen UK menyokong untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit dan inisiatif untuk mengelakkan Brexit tanpa perjanjian. Penangguhan tersebut telah meningkatkan keyakinan ahli Parlimen untuk mempunyai proses Brexit yang teratur sementara ketegangan diantara Parlimen dan Theresa May makin meningkat di mana beberapa ahli penggubal dasar bersiap sedia untuk melucutkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Para pelabur kini akan memberi fokus ke atas perkembangan terkini dari Brexit sama ada May mampu untuk memperoleh sokongan ke atas perjanjian Brexit beliau bagi kali ketiga atau jawatannya dilucutkan oleh ahli Parlimen sama sekali.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 11 – 15
GOLD
Harga emas telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas sambil menutup pasaran Jumaat lepas di kadar 1301.95. Permintaan bagi aset emas masih kukuh susulan dengan ketegangan perdagangan AS-China serta dolar AS yang makin merosot akibat daripada data ekonomi suram yang menyebabkan para pelabur untuk memasuki pasaran aset selamat. Selain itu, walaupun perkembangan Brexit adalah agak positif, ketidaktentuan yang menyelubungi proses Brexit dengan perjanjian masih menghantui pasaran kewangan. Justeru, ini telah meningkatkan penampilan aset emas di dalam pasaran kewangan. Para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas perkembangan global serta keputusan Fed dari mesyuarat polisi yang boleh mencetuskan pergerakan yang ketara di dalam pasaran.
Crude Oil
Sentimen pasaran terhadap harga minyak mentah adalah masih kukuh sementara harganya ditutup di kadar $58.39 setong. Harga komoditi ini telah disokong oleh berita positif pada seluruh minggu lepas di mana pelan pembekuan paras output minyak dari OPEC telah mendorong harga minyak untuk meningkat selanjutnya. Selain itu, menteri tenaga Arab Saudi iaitu Khalid al-Falih menegaskan untuk meneruskan komitmen mereka dalam memotong kadar output diantara OPEC dan bukah ahli OPEC. Selain itu, Baker Hughes juga melaporkan bahawa aktiviti penggerudian minyak telah menyusut sebanyak 1 ke 833 dan ini berkemungkinan untuk mendorong kepada pembekalan minyak yang lebih rendah bagi tempoh masa yang pendek.
Secara kesimpulannya, sementara OPEC meneruskan pelan mereka, para pelabur masih memberikan keyakinan mereka ke atas komoditi ini sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut untuk melihat momentum pergerakannya kelak.
Pandangan Mingguan: Mac 18 – 22
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan terkini dari rundingan perdagangan AS-China serta data ekonomi seperti Fed Interest Rate Decision dan kenyatannya yang boleh memberikan pergerakan ketara kepada pasaran kewangan.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 18 – 22
| Isnin, Mac 18 |
Data JPY – Industrial Production (MoM) (Jan)
Acara N/A
|
| Selasa, Mac 19 |
Data GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jan) GBP – Claimant Count Change (Feb) GBP – Unemployment Rate (Jan) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Mac 20 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – CPI (YoY) (Feb) CrudeOIL- Crude Oil Inventories
Acara JPY – Monetary Policy Meeting Minutes
|
| Khamis, Mac 21 |
Data USD – Fed Interest Rate Decision NZD – GDP (QoQ) (Q4) AUD – Employment Change (Feb) CHF – SNB Interest Rate Decision GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) GBP – BoE Interest Rate Decision (Mar)
Acara GBP – UK Parliament vote on Brexit deal USD – FOMC Economic Projections USD – FOMC Statement USD – FOMC Press Conference CHF – SNB Press Conference CHF – SNB Monetary Policy Assessment EUR – ECB Economic Bulletin EUR – EU Leaders Summit
|
|
Jumaat, Mac 22
|
Data EUR – German Manufacturing PMI (Mar) CAD – Core CPI (MoM) (Feb) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) USD – Existing Home Sales (Feb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count (23th)
Acara EUR – EU Leaders Summit
|