83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Mei 2020                        Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 18 – 23

Reviu Pasaran (Forex): Mei 11 – Mei 16

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat pada minggu yang lalu selepas Pengerusi Rizab Persektuuan Jerome Powell memberikan pernyataan yang hawkish mengenai dasar monetari dan juga kebimbangan terhadap ancaman jangkitan koronavirus gelombang kedua telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data yang suram dari rantau A.S dibebaskan. Indeks dolar menutup harganya pada 100.275 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari A.S. telah memberikan bacaan yang sangat negatif. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, A.S. Core Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak -0.15% ke bacaan sebanyak -0.40%, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu -0.2% manakala A.S. Producer Price Indeks (PPI) telah menurun dari bacaan terdahulu sebanyak -0.2% ke -1.3%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu -0.5%. Selain itu, Census Bureau melaporkan bahawa A.S. Core Retail Sales untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak -17.25%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -8.6%. Untuk data-data pekerjaan, A.S. Initial Jobless Claims telah memberikan bacaan sebanyak 2,981K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 2,500K. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell menotak cadangan untuk mengurangkan kadar faedah A.S. ke negatif sebagai alat monetari untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Dari segi wabak koronavirus di A.S., jumlah kematian A.S. yang akibat daripada wabak koronavirus telah meningkat sebanyak 780 orang pada hari Ahad yang lalu, menjadikan jumlah kematian lebih daripada 90,978 orang. Selain itu, Baltimore-based University melaporkan bahawa lebih daripada 1.527 juta orang telah dijangkiti wabak koronavirus di Amerika Syarikat. Selain itu, Dolar AS tela menerima isyarat bullish yang lanjutnya susulan dengan peningkatan tekanan di antara A.S. dan China, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat seperti Dolar AS. Menurut kepada Reuters, Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa beliau sangat kecewa dengan kegagalan China untuk menangani kes koronavirus. Selain itu, pentadbiran Trump telah menyekat bekalan cip ke Huawei Technologies, setelah akhbar Global Times China mengkritikkan A.S. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga perang perdagangan di antara A.S. dan China untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 107.08. Yen Jepun telah menerima momentum bullish susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX susulan dengan para pelabur masih khuatir bahawa ancaman gelombang kedua koronavirus selepas beberapa negara-negara telah membuka semula ekonominya. Selain itu, ketegangan di antara A.S dan China juga meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Namun, Yen Jepun telah mengehadkan kerugiannya selepas Menteri Ekonomi Jepun Yasutoshi Nishimura menegaskan bahawa ekonomi dari rantau Jepun dijangkakan akan menguncup sebanyak 3.4% pada suku pertama tahun 2020 susulan dengan wabak koronavirus.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.0814. Pasangan tersebut menerima tekanan bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kekuatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, pasangan euro menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas data yang suram dari rantau Eropah telah dibebaskan. Menurut kepada Statistisches Bundesamt Deutschland, Jerman Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak -0.1% ke -2.2%, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Eropah. Walau bagaimanapun, para pelabur masih perlu memberi pemantauan kepada perkembangan wabak koronavirus di Eropah selepas beberapa negara-negara telah membuka semula beberapa sektor ekonomi.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2115. Pasangan GBP/USD telah mencatat kerugiannya kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar A.S. dan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX pada minggu yang lepas, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara terhadap aset berisiko seperti Paun Sterling. Selain itu, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas tidak dapat mencapai konsensus terhadap perjanjian perdagangan selepas Brexit. Menurut kepada Reuters, kebimbangan terhadap “hard-Brexit” selepas pemerintah Britain menolakkan untuk memperpanjang tempoh peralihan Brexit telah mengurangkan daya tarikan terhadap Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 11 – 16

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1742.28 se troy auns. Harga emas telah melonjak ke paras tertinggi untuk 7 tahun selepas Federal Reserve menegaskan bahawa harga saham dan aset A.S boleh mengalami serangan yang signifikan dari koronavirus, sementara itu mereka juga memberi amaran bahawa kerosakan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus akan berlangsung lama. Selain itu, aset selamat seperti emas telah melanjutkan keuntungannya selepas data-data yang negatif dibebaskan dari rantau A.S. pada hari Jumaat yang lalu. A.S. Retail Sales dan Factory Output telah memberi bacaan yang paling buruk sejak kewangan krisis kewangan 2008. Selain itu, kekurangan harapan terhadap resolusi perang perdagangan di antara A.S-China dan juga ancaman gelombang kedua koronavirus juga meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat emas.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $29.70 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa pemotongan minyak mentah dari OPEC dan allies yang akan bermula pada 1hb Mei akan dapat mengatasi masalah bekalan berlebihan yang akibat daripada wabak koronavirus. Selain itu, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas pengeksport utama dunia Arab Saudi pada minggu yang lalu mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan pemotongan untuk minyak mentah sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Jun. Selain itu, mengenai data inventori, Energy Information Administration (EIA) melaporkan bahawa Inventori minyak mentah A.S. telah menurun secara mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak 4.590M ke bacaan sebanyak -0.745M, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 4.147M

 

Tinjauan Pasaran: Mei 18 – 23

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti A.S. Initial Jobless Claims yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 18 – 23

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 18hb Mei 2020
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q1) -1.2% -1.8%
Selasa – 19hb Mei 2020
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
14:00 GBP Average Earnings Indeks +Bonus (Mar) 2.7% 2.8%
14:00 GBP Claimant Count Change (Apr) 150.0K 12.1K
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (May) 33.5 28.2
20:30 USD Building Permits (Apr) 1.000M 1.350M
Rabu – 20hb Mei 2020
09:30 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.85%
14:00 GBP CPI (YoY) (Apr) 0.8% 1.5%
17:00 EUR CPI (YoY) (Apr) 0.4% 0.7%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Apr) 0.7%
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 4.147M -0.745M
Khamis – 21hb Mei 2020
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
16:30 GBP Composite PMI 13.8
16:30 GBP Manufacturing PMI 32.6
16:30 GBP Services PMI 13.4
20:30 USD Initial Jobless Claims 2,981K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) -45.0 -56.6
22:00 USD Existing Home Sales (Apr) 4.30M 5.27M
Jumaat– 22hb Mei 2020
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Apr) -16.5% -5.1%
15:30 EUR German Manufacturing PMI (May) 40.0 34.5
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Mar) -5.0% -15.6%
01:00

(23hb)

CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 258