83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Julai 2021               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 19 – 23

Reviu Pasaran (Forex): Julai 12 – 16

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak susulan dengan data ekonomi yang optimis dari Amerika Syarikat pada minggu lalu yang mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi dan mencetuskan harapan bahawa Fed akan mulai mengurangkan program pembelian bonnya sambil mengurangkan pembelian asetnya secara besar-besaran untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh dolar AS adalah terhad di tengah-tengah kenyataan yang dovish dari Fed. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.70.

 

Dari sudut data ekonomi AS, kebanyakan data ekonomi penting dari Amerika Syarikat adalah cenderung  kepada arah positif. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja A.S., data Core Consumer Price Index (CPI) MoM A.S meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.7% kepada 0.9%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Sementara itu, data Producer Price Index (PPI) A.S meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.8% kepada 1.0%, ia juga lebih tinggi daripada jangkaan pasaran pada 0.6%. Data inflasi yang tinggi akan menyebabkan Fed untuk mengetatkan dasar kewangannya yang akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan sambil meningkatkan daya tarikan dolar AS. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad susulan dengan Fed mengeluarkan nada dovish mereka pada minggu lalu, walaupun data inflasi yang tinggi telah dikeluarkan. Menurut kepada Reuters, pengerusi Fed Jerome Powell mendakwa bahawa ekonomi A.S. masih jauh dari tahap matlamat bank pusat sebelum mengurangkan sokongan wangnya. Oleh itu, beberapa para pelabur masih berspekulasi bahawa Fed akan terus mengekalkan dasar kewangan yang longgar dalam jangka panjang untuk meningkatkan momentum ekonomi.

 

Walaupun begitu, kenyataan secara keseluruhan dari Fed buat masa ini kekal tidak jelas. Oleh itu, para pelabur akan dicadangkan untuk tetap fokus terhadap data ekonomi masa depan, dasar kewangan Fed dan juga perkembangan Covid-19 untuk mengukur pergerakan kemungkinan untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu pada harga 109.85. Peningkatan dalam jumlah varian Delta dan pelaksanaan sekatan Covid-19 di rantau Asia telah mencetuskan sentimen pengelakan risiko di pasaran FX dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah mata wang Yen Jepun yang selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1800. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan EUR / USD adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan pemangkin pasaran, momentum keseluruhan untuk pasangan Euro tetap lemah. Para pelabur akan terus memberi perhatian kepada data ekonomi lebih lanjut serta perkembangan Covid-19 di rantau Eropah untuk mengukur kemungkinan pergerakan mata wang.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3760. Mata wang paun sterling mengalami momentum penurunan yang ketara pada minggu lalu di tengah-tengah kes Covid-19 yang tinggi di UK. Menurut kepada statistik kerajaan Britain, UK mencatatkan 48,161 kes Covid-19 yang tinggi baru-baru ini pada hari Ahad, peningkatan hampir sebanyak 36% dari bulan sebelumnya. Para pelabur bimbang bahawa jangkitan Covid-19 dapat terus meningkat dengan lebih tinggi berikutan dengan sekatan telah dilonggarkan. Menurut kepada CNN, hampir semua sekatan di England akan dilonggarkan pada hari Isnin. Pemakaian topeng yang wajib akan hilang, dan tempat-tempat seperti kelab malam dan stadium sukan akan dibebaskan dengan kapasiti penuh. Buat masa ini, para pelabur akan menumpukan pada perkembangan Covid-19 di UK untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 12 – 16

GOLD

Harga emas telah jatuh dengan ketara pada minggu lalu dengan harga $ 1880.00 se troy auns berikutan dengan Amerika Syarikat mengeluarkan data ekonomi yang optimis dan mencetuskan harapan bahawa Fed berkemungkinan akan mulai untuk mengurangkan dasar kewangan besarnya untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Dasar kewangan yang longgar biasanya akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan dan memacu nilai mata wang sambil mengurangkan permintaan pasaran terhadap komoditi emas. Walaupun begitu, kerugian yang dialami oleh emas sebagai aset selamat adalah terhad di tengah-tengah kebimbangan terhadap kenaikan inflasi dan kes Covid-19 di dunia dan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah merosot dengan ketara minggu lalu sambil menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 70.35 setong di tengah-tengah kenaikan jumlah kes Covid-19 di rantau Asia yang telah mengurangkan daya tarikan permintaan minyak mentah. Menurut kepada The StraitsTimes, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Malaysia telah menyaksikan lonjakan dalam kes dalam beberapa minggu yang lalu. Di samping itu, dari segi bekalan, OPEC dan negara-negara sekutunya telah mencapai kata sepakat pada hari Ahad untuk meningkatkan bekalan minyak dari bulan Ogos untuk menyejukkan harga yang telah melonjak ke paras tertinggi 2 tahun ketika ekonomi global mulai pulih dari pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad dengan latar belakang data inventori yang optimis dari EIA minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -7.897M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -4.359M.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 19 – 23

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti GDP Jerman untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 19 – 23

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 19hb Julai 2021
N/A
Selasa – 20hb Julai 2021
20:30   USD Building Permits (Jun) 1.700M 1.683M
Rabu – 21hb Julai 2021
09:30   AUD Retail Sales (MoM) -0.50% 0.40%
22:30   USD Crude Oil Inventories -4.359M -7.897M
Khamis – 22hb Julai 2021
19:45   EUR ECB Monetary Policy Statement
19:45   EUR ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30   USD Initial Jobless Claims 350K 360K
20:30   EUR ECB Press Conference
22:00   USD Existing Home Sales (Jun) 5.90M 5.80M
Jumaat – 23hb Julai 2021
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Jun) 0.50% -1.40%
15:30   EUR German Manufacturing PMI (Jul) 64.1 65.1
16:30   GBP Manufacturing PMI 62.7 63.9
16:30   GBP Services PMI 62 62.4
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (May) -2.00% -7.20%